omniture

Mitsubishi Heavy Industries Umum Percapaian Persetujuan Perolehan Pratt & Whitney Power Systems

Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
2013-05-19 10:32 207

GLASTONBURY, Connecticut, 19 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI) hari ini mengumumkan ia mencapai persetujuan perolehan Pratt & Whitney Power Systems (PWPS).  Syarikat yang diperoleh kini dikenali sebagai PW Power Systems dan akan menjadi aset teras bagi peneraju global terkenal dalam industri penjanaan kuasa.

MHI memacu inovasi dan telah menetapkan standard bagi produk penjanaan kuasa berkecekapan tinggi dengan membangunkan turbin gas termaju di dunia.  Sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan MHI, perolehan ini membolehkan MHI, yang menumpu kepada sistem berkapasiti besar, meluaskan jangkauan pelanggan melalui PW Power Systems yang menawarkan pakej penjanaan kuasa bersaiz kecil dan sederhana.

Presiden MHI, Shunichi Miyanaga menyatakan, "Kesan sinergi penggabungan bakat dan sumber MHI dan PW Power Systems akan mendorong perkembangan yang hebat bagi 'Tenaga & Alam Sekitar', satu daripada empat teras sektor korporat MHI, dan meningkatkan daya saing MHI dalam pasaran penjanaan kuasa seluruh dunia."

"Ini sudah pasti meningkatkan penawaran peralatan MHI dan memperluaskan lagi keupayaan perkhidmatan, menjadikannya kedai sehenti bagi ramai pelanggan,"  ujar Peter Christman, presiden PW Power Systems.  "Dalam masa yang sama, penjajaran bersama MHI ini akan memberikan faedah strategik yang besar dalam mengembangkan jangkauan pasaran kami dan membuka peluang baharu bagi PW Power Systems," kata Christman.

Sumber dan operasi MHI juga akan menyediakan sinergi penting yang akan membolehkan PW Power Systems berkembang seiring dengan permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian generasi anjal.

Para pelanggan PW Power Systems akan terus mendapat manfaat daripada penawaran teknologi canggih Pratt & Whitney dengan enjin turbin serta kepakaran pengilangan, kejuruteraan dan rantaian bekalan syarikat tersebut.

PW Power Systems akan beribu pejabat di Glastonbury, Connecticut.

Mengenai Mitsubishi Heavy Industries
Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), beribu pejabat di Tokyo, Jepun, adalah salah satu pengilang mesin berat peneraju dunia dengan jualan disatukan melebihi $28 bilion dolar dalam tahun fiskal 2011, tahun berakhir pada 31 Mac 2012. Barisan produk dan perkhidmatan MHI yang pelbagai merangkumi pembinaan kapal, loji janakuasa, loji kimia, peralatan alam sekitar, struktur besi, mesin industri dan awam, pesawat, sistem angkasa dan sistem penghawa dingin.

Untuk maklumat lanjut, sila layari lamanweb MHI.

Source: Mitsubishi Heavy Industries, Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Machinery Utilities Acquisitions, mergers, takeovers