omniture

GWM Adakan Festival Teknologi ke-8 dan Lancar Secara Rasmi Strategi 2025

GWM
2021-07-02 13:17 142

BAODING, China, 2 Julai 2021 /PRNewswire/ -- "Persidangan Pelancaran Global Strategi 2025 GWM dan Majlis Perasmian Festival Teknologi ke-8" diadakan secara besar-besaran di Baoding HAVAL Technical Center pada 28 Jun. GWM melancarkan secara rasmi strategi 2025nya yang bertujuan untuk mencapai jualan global tahunannya iaitu 4 juta kenderaan menjelang tahun 2025 yang mana 80% merupakan kenderaan tenaga baharu, dengan pendapatan kendalian melebihi 600 bilion CNY dan dijangka untuk melabur sehingga 100 bilion CNY dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Jack Wei , Pengerusi GWM
Jack Wei , Pengerusi GWM

Jack Wei, Pengerusi GWM, berkata di persidangan tersebut, "Satu-satunya cara untuk jenama-jenama auto Cina mengatasi pesaing kami dalam erti kata sebenar adalah dengan meningkatkan kelebihannya dengan pantas dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang untuk menjadi peneraju dalam bidang tenaga baharu dan kecerdasan. Tambahan pula, peluang untuk jenama-jenama automobil Cina hanya datang sekali."

Pada masa akan datang, GWM akan berusaha bersungguh-sungguh demi inovasi dan perubahan yang komprehensif serta menyeluruh dan terus membina daya saing untuk menjadi peneraju dalam bidang baharu dan memajukan transformasi GWM menjadi sebuah syarikat mobiliti berpandukan teknologi global berdasarkan kedudukan baharu "susun atur global", "pelaburan besar dalam R&D", "perubahan besar perusahaan" dan "operasi bertumpukan pengguna".

Bagi "memenangi China dan menuju global", GWM bukan sahaja merancang R&D, pengeluaran dan jualan global, tetapi juga terus memperdalam globalisasi jenama, teknologi dan bakat. GWM menyasarkan untuk menjual 4 juta kenderaan di seluruh dunia menjelang tahun 2025. Jualan kenderaan tenaga baharu akan menyumbang sebanyak 80% daripada jumlah jualan, dengan pendapatan kendalian melebihi 600 bilion CNY. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, jumlah pelaburan R&Dnya akan mencecah sehingga 100 bilion CNY bagi memastikan penguasaan teknologi dalam mencipta produk yang lebih mesra alam, lebih pintar dan lebih selamat untuk pengguna global. Selain itu, GWM akan memperluas kumpulan bakat R&D globalnya. Menjelang tahun 2023, kakitangan R&D globalnya akan melebihi 30,000 termasuk 10,000 bakat pembangunan perisian.

Melalui "perubahan besar perusahaan", GWM akan mengamalkan konsepnya iaitu perkhidmatan "bertumpukan pengguna" dalam erti kata sebenar bagi membina sistem nilai serba baharu yang mana perusahaan dan pengguna dapat beroperasi bersama-sama melalui "operasi bertumpukan pengguna" yang inovatif dalam semua aspek dan seluruh bidang. GWM akan bergantung kepada Internet industri untuk memperdalam kaedah operasi pengguna iaitu pengguna kepada perniagaan (C2B); membina model perniagaan baharu melibatkan "produk +perisian+ perkhidmatan" untuk berkongsi keputusan yang membuahkan hasil serta mencapai keadaan yang saling menguntungkan bersama pengguna melalui penciptaan bersama.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation