omniture

Kestabilan TrinaTracker disahkan dengan ujian terowong angin komprehensif

Trina Solar Co., Ltd
2021-07-29 20:52 179

CHANGZHOU, China, 29 Julai 2021 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, pengeluar penjejak dan unit perniagaan Trina Solar Co., Ltd. yang terkemuka telah menerbitkan secara global satu kertas putih "Strategi untuk mengurangkan risiko berkaitan angin dalam penjejak yang serasi dengan modul berkuasa ultra tinggi" selepas melancarkan webinar "Menjamin kestabilan penjejak dalam keadaan cuaca melampau" dengan kerjasama PV Magazine. TrinaTracker mengesahkan kestabilan Agile 1P dan Vanguard 2P dalam keadaan cuaca melampau dengan menjalankan ujian terowong angin dengan kerjasama firma-firma perunding kejuruteraan angin yang terkemuka CPP dan RWDI.

Sistem penjejakan PV telah menjadi pelaburan penting untuk pemilik aset dan pelabur yang mengharapkan sistem yang bertahan lama dan andal untuk mengoptimumkan pulangan. Pada masa kini, loji PV dipasang di pelbagai tapak, kebanyakannya dengan ciri-ciri rupa bumi yang sangat mencabar dan keadaan cuaca yang melampau. Tambahan pula, pemasangan modul berkuasa ultra tinggi, dengan permintaan yang tinggi oleh industri, melibatkan beban angin yang lebih tinggi ditambah kepada penjejak. Industri solar telah lama menyedari bahawa kod bangunan tidak mengambil kira kesan-kesan aeroelastik khusus-penjejak yang dihasilkan oleh tindakan angin. Justeru itu, ujian analitik yang lebih canggih diperlukan untuk reka bentuk penjejak yang andal.

Dalam webinar tersebut, Markus Balz (Pengarah Urusan SBP – firma perunding kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui terkemuka global pihak ketiga bebas) dan para pembentang Trina Solar Cruz Argüeso Chamorro (Jurutera Awam Kanan TrinaTracker), Marcos Cerezo (Jurutera TrinaTracker) dan Gonzalo de la Viña (Ketua Trina Solar Eropah) membincangkan mengenai modul-modul berbeza yang digunakan dalam ujian terowong angin dan kepentingan menjalankan Ujian Model Aeroelastik Penuh. Di samping itu, mereka membentangkan mengenai penyelesaian reka bentuk dioptimumkan TrinaTracker untuk mengurangkan risiko berkaitan angin ke atas penjejak. Reka bentuk tersebut melibatkan struktur yang diperkukuh dan strategi pemuatan yang berbeza untuk konfigurasi 1P dan 2P berdasarkan kepada keputusan ujian terowong angin yang meningkatkan lagi kestabilan dan keandalan TrinaTracker dari segi aplikasi dengan modul berkuasa ultra tinggi.

Markus Balz, Pengarah Urusan SBP menyatakan: "selepas beberapa tahun menyokong syarikat-syarikat penjejak, EPC dan pembangun dalam bidang penjejak, lega rasanya melihat TrinaTracker menawarkan pendekatan reka bentuk yang sofistikated untuk menangani keselamatan dan dalam masa yang sama pengoptimuman kos."

Jason Duan, Ketua unit perniagaan penjejak di Trina Solar berkata: "Saya dengan bangganya mengesahkan bahawa TrinaTracker menawarkan produk yang andal kepada pemilik aset dan pelabur. TrinaTracker akan terus berusaha untuk mereka bentuk penyelesaian penjejakan yang dioptimumkan untuk pelanggan yang dapat memberikan keandalan, ketahanan dan hasil tenaga maksimum yang disahkan di setiap tapak."

Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana TrinaTracker memastikan kestabilan penjejak dalam keadaan cuaca yang melampau, sila muat turun kertas putih di: https://bit.ly/36RSXSI.

Maklumat lanjut mengenai Trina Solar:
https://www.trinasolar.com/en-glb/about_trina_solar

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities Survey, Polls & Research