omniture

Handheld memperkenalkan RS60 Ring Scanner boleh dipakai yang baharu

Handheld Group AB
2021-08-26 14:45 23

LIDKÖPING, Sweden, 26 Ogos 2021 /PRNewswire/ -- Handheld Group, sebuah syarikat pengeluar komputer mudah alih tahan lasak yang terkemuka, hari ini memperkenalkan RS60 Ring Scanner (Pengimbas Cincin), penyelesaian pengimbasan bebas tangan yang selesa untuk digunakan di gudang, peruncitan, pengedaran dan keadaan lain yang amat memerlukan pengimbasan mudah alih. Peranti ini merupakan yang kedua daripada barisan produk boleh dipakai yang baharu diperkenalkan oleh Handheld selepas SP500X ScanPrinter yang dikeluarkan awal bulan ini.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8941251-handheld-introduces-new-wearable-rs60-ring-scanner/.

"Pengimbas cincin RS60 baharu ini memiliki kecekapan dan juga mobiliti. Ia boleh dipakai sama ada di tangan kanan atau kiri supaya pekerja boleh memaksimumkan produktiviti secara bebas tangan," kata Johan Hed, Pengarah Pengurusan Produk Handheld. "Berbanding memegang peranti pengimbasan, pengimbas cincin boleh dipakai dan membolehkan para pekerja gudang hanya tunjuk dan klik yang memberikan kebebasan kepada mereka untuk turut memindahkan produk dan bungkusan."

Ciri-ciri utama pengimbas cincin RS60: 

  • Mempunyai kecekapan pengimbas tradisional dan penyelesaian boleh dipakai bebas tangan yang menyenangkan
  • 'Super-fast 2D-imager' (pengimbas imej 2D teramat pantas) mengimbas kod bar dengan tepat sambil bergerak
  • Ketik untuk dipasangkan dengan mana-mana peranti yang menggunakan NFC atau imbas kod bar untuk menyambung
  • Kelas 1 Bluetooth membolehkan para pekerja tetap bersambung dengan peranti yang jaraknya sejauh 100 m (300 kaki)
  • IP65 yang kalis habuk dan air, beroperasi pada suhu 0°C hingga 50°C dan boleh bertahan walaupun beberapa kali terjatuh di atas konkrit
  • Ia mempunyai waktu jalan hingga 11 jam
  • Mempunyai aksesori berfokuskan perusahaan yang merangkumi stesen pengecasan empat slot dan pengecas bateri lapan slot

"Perusahaan semakin melihat nilainya dalam melengkapkan para pekerja mereka dengan alatan untuk memaksimumkan kecekapan dan mobiliti. Barisan produk boleh dipakai baharu kami direka untuk memenuhi keperluan tersebut," kata Thomas Löfblad, Ketua Pegawai Eksekutif Handheld Group. "Handheld sentiasa fokus tentang pengkomputeran mudah alih dan kami akan terus memperluas barisan produk boleh dipakai kami pada masa hadapan."

Ketersediaan
Peranti ini mempunyai stok dan tersedia untuk pesanan serta penghantaran segera.

Pautan berguna
Maklumat produk pengimbas cincin RS60 
Video produk 
Gambar media RS60 
Barisan produk Handheld 

Tentang Handheld
Handheld Group ialah pengilang dan pembekal global komputer mudah alih tahan lasak termasuk telefon bimbit dan tablet. Handheld dan rakan kongsinya di seluruh dunia memberikan penyelesaian mudah alih yang lengkap kepada perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan keselamatan. Handheld Group beribu pejabat di Sweden dan mempunyai anak syarikat di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan Amerika Syarikat. Ketahui lebih lanjut di www.handheldgroup.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1601070/rs60_ring_scanner.jpg?p=medium600
Video - https://www.youtube.com/watch?v=Obx762BhGHo

 

 

 

The wearable RS60 Ring Scanner is a comfortable hands-free scanning solution for use in warehouses, retail, distribution and other situations requiring highly mobile scanning.
The wearable RS60 Ring Scanner is a comfortable hands-free scanning solution for use in warehouses, retail, distribution and other situations requiring highly mobile scanning.

 

Source: Handheld Group AB
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services