omniture

CGTN: China menyeru inovasi untuk galakkan pembangunan berkualiti tinggi di Shaanxi

CGTN
2021-09-17 03:22 157

BEIJING, 17 September 2021 /PRNewswire/ -- Inovasi sering kali dianggap sebagai tugas yang mencabar di China dan untuk memudahkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam bidang yang menyeluruh, usaha harus dibuat berhubung hal ini.

Pesanan tersebut benar-benar ditekankan semasa lawatan pemeriksaan selama dua hari oleh Presiden Cina Xi Jinping di Wilayah Shaanxi, barat laut China, yang mana beliau menekankan mengenai inovasi dan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam tenaga, pemuliharaan ekologi, pendidikan dan mata pencarian rakyat.

Inovasi, tugas paling mencabar 

Inovasi teknologi sains merupakan tugas yang paling mencabar dan usaha harus digiatkan bagi mencapai kejayaan dalam teknologi utama dan teras, tegas Xi semasa lawatan ke sebuah syarikat kimia pada hari Isnin untuk mengetahui mengenai penggunaan dan pembangunan industri arang batu China.

Industri kimia arang batu, sebagai sektor yang mempunyai potensi yang besar dan prospek yang baik harus ditransformasikan menjadi industri yang berkualiti tinggi, pelbagai dan rendah karbon, kata Xi.

Setakat ini, arang batu merupakan penggunaan tenaga yang utama di China. Melihatkan keadaan ini, Xi berkata laluan pembangunan mesra alam dan rendah karbon untuk industri ini penting terhadap misi negara ini untuk merealisasikan keneutralan karbon menjelang tahun 2060. Beliau menekankan mengenai kepentingan inovasi teknologi sains untuk mentransformasikan industri tradisional menjadi industri yang berkualiti tinggi, pelbagai dan rendah karbon.

Pemuliharaan ekologi, keseimbangan antara manusia dan alam semula jadi 

Dataran Tinggi Loess, dahulunya terkenal dengan tanah tinggi bumi kuning yang tidak berkesudahan daripada hakisan tanah di tebing Sungai Kuning, kini telah berubah warnanya menerusi usaha penghutanan penduduk tempatan yang gigih.

Antaranya, Kampung Gaoxigou terkenal sebagai model pemuliharaan ekologi. Semasa kunjungan beliau ke kampung tersebut, Xi mengesahkan usaha penduduk kampung sekali gus menekankan keperluan untuk mengintegrasikan tadbir urus ekologi dengan pembangunan perniagaan tempatan yang tersendiri.

Kita perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh konsep "perairan jernih dan gunung-ganang menghijau merupakan aset yang tidak ternilai" serta meninjau cara untuk mencapai pembangunan yang diselaraskan antara ekologi dan ekonomi serta keharmonian antara manusia dan alam semula jadi, kata presiden Cina.

Pendidikan, asas untuk penggiatan semula negara 

Xi memberi penjelasan selanjutnya mengenai peranan asas pendidikan apabila melawat ke sekolah menengah di Suide pada hari Selasa.

Menurut beliau, matlamat pendidikan adalah untuk meningkatkan kualiti keseluruhan individu agar dapat meninggikan taraf peradaban sosial negara, mencapai keyakinan budaya dan meningkatkan kevitalan kreatif negara.

Beliau menekankan kepentingan pembaharuan dalam sektor pendidikan dan menyeru usaha untuk memupuk anak muda yang dilengkapi dengan asas moral, kemampuan intelek dan fizikal serta kepekaan estetika yang dapat menyumbang kepada masyarakat.

Sementara itu, presiden Cina turut menggesa untuk mengukuhkan peranan penting sekolah dalam bidang pendidikan, menyatakan bahawa kualiti pendidikan harus ditingkatkan dengan cara yang menyeluruh di samping mengurangkan beban kerja sekolah pelajar yang berlebihan serta bimbingan luar kampus.

Seni rakyat, aset tidak ternilai bangsa Cina

Semasa melawat dewan pameran untuk warisan budaya tak ketara tempatan di Suide, Xi menyatakan penghargaan kepada usaha tempatan dalam melindungi dan mewarisi budaya tradisional.

Menyatakan bahawa Suide ialah salah satu asal usul penting Budaya Loess, dengan sumber warisan budaya tak ketara yang banyak dan seni rakyat tradisional, Xi menekankan kepentingan untuk melindungi seni rakyat memandangkan ia merupakan aset tidak ternilai untuk bangsa Cina dan penting untuk mengekalkan legasi bersejarah dan membina sebuah negara sosialis dengan kekuatan budaya yang hebat.

Beliau menyeru transformasi yang kreatif dan pembangunan budaya tradisional agar dapat menghubungkannya kepada kehidupan moden dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat demi kehidupan yang lebih baik.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-16/China-highlights-innovation-for-high-quality-development-in-Shaanxi-13AdqnXt6Fi/index.html 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Domestic policy