omniture

#WeToo melancarkan gerakan untuk mendorong perniagaan dan individu terkemuka ke arah usaha memerangi penderaan kanak-kanak

#WeToo
2021-09-18 22:33 287

GENEVA dan PARIS, 18 September 2021 /PRNewswire/ -- #WeToo, organisasi global pertama di dunia yang membanteras penderaan kanak-kanak, dilancarkan hari ini. Organisasi ini akan menyatukan perniagaan dan individu terkemuka untuk mengumpulkan dana dan kesedaran bagi membantu menangani isu penderaan kanak-kanak yang semakin meningkat di seluruh dunia.

UNICEF dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan bahawa setiap tahun, 55 juta orang kanak-kanak di Eropah – dan kira-kira satu bilion di seluruh dunia – menjadi mangsa penderaan fizikal, seksual, psikologi atau kecuaian. Bilangan kanak-kanak yang didera di seluruh dunia ini melebihi bilangan penduduk di Eropah.

Walaupun kedua-dua kerajaan dan NGO seperti UNICEF telah melakukan pelbagai usaha untuk menangani penderaan kanak-kanak, masalah ini tetap meningkat dan menjadi semakin teruk ketika pandemik COVID. #WeToo berhasrat untuk membawa dinamisme dan sumber sektor swasta ke dalam usaha mengakhiri penderaan kanak-kanak.

Perkara ini akan dilakukan dengan tiga cara:

  1. Kutipan dana: usaha membanteras penderaan kanak-kanak kurang dibiayai. Individu dan perniagaan terkemuka boleh membantu memperbetulkan keadaan ini.
  2. Pengagihan yang berkesan: tindakan sekadar mengutip dana masih belum mencukupi; kami juga perlu mengagihkan sumber ini kepada mereka yang boleh memanfaatkannya dengan cara yang paling cepat dan berkesan. Jawatankuasa pakar #WeToo akan memilih projek untuk dibiayai di seluruh dunia mengikut tahap keberkesanan dan kualiti. Kesemua sumbangan akan diagih, dipantau dan disemak semula secara terbuka setiap 6 bulan sekali dengan kajian semula interim untuk memastikan matlamat dicapai tepat pada masanya dengan menggunakan teknologi rantaian blok terkini daripada Concordium.
  3. Kempen untuk bertindak: kita juga, boleh melakukan sebaiknya untuk meningkatkan kesedaran terhadap bukan hanya masalah, malah juga penyelesaiannya. Semakin tinggi keutamaan penderaan kanak-kanak ini dalam agenda umum, menjadikan masyarakat termasuk kerajaan semakin cenderung untuk bertindak.

Acara pertama gerakan ini akan berlangsung pada 16 Oktober 2021 dengan acara yoga bersama DJ global yang dianjurkan oleh Stewart Gilchrist dan Rakan-rakan, dengan beberapa sesi yang akan diadakan di Himalaya, London, Paris, Bali, Copenhagen, Shanghai dan New York.

"Suara kanak-kanak perlu diberi keutamaan dan didengari, bukan didiamkan sahaja. Ini merupakan masa yang tepat dan wajar bagi golongan dewasa untuk bersatu dan komited menghentikan penderaan kanak-kanak dan saya amat gembira kerana tokoh-tokoh terkemuka dalam sektor swasta telah menawarkan diri untuk membantu kami menyelesaikan krisis penderaan kanak-kanak global yang penting dan mendesak ini. Inilah yang kami perlukan untuk meningkatkan kesedaran terhadap anak-anak kita," kata Hanna Dam-Stokholm, pengasas #WeToo.

#WeToo telah bersetuju untuk bekerjasama dengan salah sebuah penyedia perkhidmatan profesional yang terkenal di dunia iaitu Ernst & Young, Live Nations, penggalak muzik langsung yang ternama di dunia dan Concordium, sebuah syarikat rantaian blok terkemuka.

Perancangan kempen organisasi ini telah dirancang oleh Jawatankuasa Pakar #WeToo yang terdiri daripada beberapa orang pakar perlindungan kanak-kanak terbaik di dunia seperti Dr. Pierre Levy-Soussan, seorang pakar Tribunal Perancis yang juga merupakan pakar perlindungan kanak-kanak antarabangsa serta Dr. Rasmus Kjeldahl, Pengarah NGO kanak-kanak Denmark, "Børns Vilkår."

#WeToo telah pun merancang agenda menarik untuk acara, kempen, kerjasama dan konsert yang akan diadakan dan butiran lanjut tentang inisiatif ini akan dikeluarkan kemudian.

Tentang Hanna Dam-Stokholm 

Merupakan seorang pakar kanan daripada sektor logistik dan dalam pelancaran dan pembangunan jenama mewah di seluruh dunia (A.P.Moller-Maersk, Estee Lauder, KAO...). Seorang aktivis yang bertekad untuk menghentikan penderaan kanak-kanak dan keganasan konjugal.

Hubungan #WeToo:
Maribel Conti  
Pegawai Akhbar
maribelc@wetoo.info 
+44 (0)7557 491860
6 Rue de la Rôtisserie, 1204 Genève, Switzerland
15 Rue Danielle Casanova, 75001 Paris, Perancis

Source: #WeToo
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Mental Health Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit Public Interest