omniture

TECNO Bawakan Telefon Kamera Gimbal Ultra-stabil dan Ultra-jelas CAMON 18 Premier

Telefon pro-kamera paling canggih daripada siri TECNO CAMON - Kamera Gimbal Ultra-stabil; Zum Hiper 60X Ultra-jelas; Pakar potret-diri; Cip MediaTek Helio G96 terbaharu yang direka bentuk untuk telefon kamera 4G dan skrin AMOLED 120Hz; Paparan untuk Perlindungan Mata Diperakui TÜV Rheinland daripada cahaya biru rendah dan sistem pengecasan pantas diperakui.
TECNO
2021-10-06 16:00 135

SHENZHEN, China, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- TECNO, meningkat naik sebagai jenama telefon pintar global generasi baharu, hari ini melancarkan siri CAMON18 terbaharunya -- CAMON 18 Premier, CAMON18P dan CAMON18, yang menerobos sempadan untuk apa yang diertikan sebagai telefon pintar kamera profesional bagi antigegaran dan kejelasan. CAMON 18 Premier baharu menghimpunkan yang terbaik daripada siri CAMON seperti TAIVOS, Mod Malam Super, Mod Swafoto untuk digabungkan dengan Kamera Gimbal Ultra-stabil yang serba baharu, Zum Hibrid 60X dan ciri-ciri AI yang lebih dipertingkatkan bagi mencapai videografi profesional. Menampilkan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120hz menjadikan setiap pengalaman sentuhan lebih pantas dan lebih lancar. Di samping itu, CAMON 18 Premier daripada TECNO yang mendapat Pensijilan Cahaya Biru Rendah daripada TÜV Rheinland akan memberi penjagaan mata yang sebaik mungkin kepada pengguna. Dikuasakan oleh cip MediaTek Helio G96 terkini dan disokong oleh HiOS 8.0 yang direka bentuk semula menunjukkan apa yang paling baik yang dapat diberikan oleh siri CAMON, melangkaui jangkaan untuk menghasilkan sekali lagi foto dan video terbaik yang dapat ditawarkan oleh teknologi.


"Kami sentiasa berusaha mencapai terobosan produk dan teknologi bagi memberi inspirasi kepada pengguna kami untuk menyingkap pelbagai kemungkinan. CAMON 18 Premier merupakan produk TECHNO pertama yang memanfaatkan inovasi teknologi Kamera Gimbal Ultra-stabil bagi mencipta pengalaman serba baharu untuk pengguna. Dengan "Stop At Nothing" ("Tiada Apa Yang Menghalang") sebagai semangat jenama TECHNO, kami bermatlamat untuk terus mencapai terobosan dalam inovasi produk dan reka bentuk seperti yang telah kami bawakan melalui siri CAMON 18," kata Stephan Ha, Pengurus Besar TECHNO.

Kamera Gimbal Ultra-stabil, Kanta "Gegaran" Pintar untuk Batalkan Gerakan Gegaran Luaran 

CAMON 18 Premier kini didorong dengan teknologi antigegaran yang tiada tandingan dengan 300% keberkesanan berbanding telefon pintar yang lain tanpa teknologi antigegaran. Apabila digabungkan dengan kanta bersudut luas, CAMON 18 Premier kini mampu mengambil gambar bersudut luas 109 darjah, bagi membolehkan pengguna menghasilkan video yang benar-benar cantik di mana-mana sahaja, sambil melakukan apa sahaja, dengan kejelasan yang mengagumkan. Kamera belakang CAMON 18 Premier mengikuti falsafah reka bentuk bernisbah teliti yang meningkatkan ketiga-tiga kanta -- kamera utama 64MP, Kamera Gimbal Ultra-stabil 12MP dengan bingkai yang dilebarkan dan kanta periskop 8MP yang ditempatkan dalam sandaran bercahaya dan seramik yang elegan dan baharu serta reka bentuk permukaan rata yang lebih bersih dan lebih kuat.


Zum Hiper 60X Ultra-jelas, Lihat Lebih Jauh daripada Apa Yang Dapat Dilihat oleh Mata 

CAMON 18 Premier menggunakan kanta periskop 5X dan enjin algoritma Galileo yang mengakses pelbagai bingkai dan mengumpul maklumat piksel bagi meningkatkan resolusi dan kejelasan. Dengan menggabungkan keupayaan zum optik 5X dengan sehingga 12X zum digital berasaskan algoritma AI, pengguna dapat mencapai zum hibrid 60X yang hebat dan dapat menempuh perjalanan sejauh bulan dalam bidang fotografi, lalu mengangkat astrofotografi telefon pintar ke tahap yang luar biasa.

Reka Bentuk Bergaya & Cantik daripada Warna hingga Tekstur  

Siri CAMON18 menggunakan bahasa reka bentuk yang alami dan fleksibel serta menafsirkan bunga dan pokok, angin semula jadi serta gerimis dalam reka bentuk produk. Ia turut menyokong citarasa reka bentuk fesyen elegan yang paling dinamik dan bertenaga yang disepadukan dengan sempurna ke dalam bahasa kota. Unsur seramik ditambah bagi membawa perspektif estetika baharu dan memberi lebih banyak imaginasi kepada produk ini.

Paparan AMOLED 6.7" (1080x2400) mempunyai resolusi HD penuh dengan sehingga 550 nit kecerahan dan 100% NTSC untuk kepuasan visual yang maksimum. Paparan ini mempunyai kadar segar semula 120Hz; kadar segar semula tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini pada telefon menjanjikan kelancaran paparan yang lebih tinggi dan pengalaman yang lebih koheren serta intuitif -- tatalnya lebih lancar dan maklum balas sentuhan adalah lebih peka. Tambahan pula, sebagai produk yang diperakui oleh standard Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan) TÜV Rheinland, CAMON 18 Premier dapat mengurangkan cahaya biru bagi memberi keselesaan kepada mata anda sepanjang hari.

Dengan "Stop At Nothing" sebagai intipati jenamanya, TECNO menyingkap teknologi kontemporari yang terbaik untuk individu progresif dengan penuh minat dan membawakan peranti pintar bergaya dan inovatif kepada mereka berserta teknologi yang terkini.

 

 

Source: TECNO
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services