SYDNEY, 22 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- FP Markets dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Direktori CFD Saham, satu lagi tambahan utama kepada pelbagai pilihan alat dagangannya.
Direktori CFD Saham FP Markets mengandungi halaman khusus untuk setiap CFD Saham yang tersedia untuk didagangkan di FP Markets melalui platform FP Markets Metatrader 4 & 5. Sumber ini tersedia untuk lebih 800 CFD Saham yang ditawarkan oleh FP Markets yang merangkumi pelbagai pilihan syarikat yang tersenarai dalam pelbagai bursa. Setiap halaman Direktori CFD Saham mengandungi maklumat terperinci tentang setiap syarikat yang tersenarai termasuk:
Sumber baharu dan bermaklumat ini menjadi tambahan kepada pelbagai alat dagangan yang ditawarkan kepada para pedagang FP Markets untuk meningkatkan pengalaman dagangan mereka. Para pedagang boleh memilih daripada pelbagai sektor dan syarikat yang berada di beberapa bursa antarabangsa seperti Rolls Royce Holdings PLC., Paypal Holdings Inc dan pelbagai syarikat Bioteknologi dan Farmaseutikal Utama, termasuk Pfizer, Inc. yang telah terbukti menarik perhatian para pelabur terutamanya sejak pandemik ini. FP Markets menawarkan portfolio yang mengagumkan dalam saham global terkemuka, termasuk Tesla Inc. (TSLA.xnas), Uber Technologies Inc. (UBER.xnys), Apple Inc. (AAPLE.xnas), Netflix, Inc. (NFLX.xnas), Amazon Inc. (AMZ.xnas), - yang juga dikenali sebagai "TARING."
Craig Allison, Ketua Eropah, Timur Tengah dan Afrika mengulas: "Pasukan kami telah mencipta sumber maklumat sehenti untuk lebih 800 CFD saham yang ditawarkan oleh FP Markets. Minat dalam ekuiti telah mencapai tahap yang tertinggi di seluruh dunia dan kami telah menambah sumber berguna ini untuk menyediakan setiap pedagang dengan maklumat penting bagi membantu dalam membuat keputusan dagangan yang bermaklumat."
Selain daripada CFD saham, FP Markets turut menyediakan lebih 10,000 instrumen dagangan yang menawarkan para pedagang dengan akses kepada CFD di seluruh Forex, Indeks, Komoditi, Sahamdan Mata Wang Kripto, menjadikannya sebagai salah satu penawaran terbesar dalam industri dan menawarkan lapan buah platform termasuk MT4, MT5 dan Iress.
Sepanjang 16 tahun yang lalu, FP Markets telah mengetahui bahawa gabungan sebaran yang sempit dan pelaksanaan pantas yang konsisten, berserta platform yang canggih, rangkaian produk yang luas dan sokongan pelanggan yang terunggul merupakan faktor utama yang memberi keyakinan kepada pedagang yang serius untuk berdagang. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Broker Forex Terbaik Australia 2020 ini terus memperluas tawaran produknya, memberikan keupayaan kepada para pedagang untuk berdagang dalam persekitaran dagangan terbaik dalam industri dan meneruskan pertumbuhan tahun ke tahunnya yang luar biasa.
Alat Direktori CFD Saham yang baharu boleh didapati di laman web FP Markets.
Nota kepada Editor
Tentang FP Markets:
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667115/FP_Markets_launches_the_Share_CFDs_Directory.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1007674/FP_Markets_Logo.jpg?p=medium600