Roda pemerhatian terbesar dan tertinggi di dunia oleh Dubai Holding telah dibuka semalam, Khamis 21 Oktober
Beribu-ribu pengunjung telah menyertai ekstravaganza di Ain Dubai Plaza yang sarat dengan aktiviti keluarga yang menyeronokkan, set DJ secara langsung dan pertunjukan cahaya, dron dan bunga api yang menakjubkan
DUBAI, UAE, 23 Oktober 2021 /PRNewswire/ --
Lihat video dan muat turun imej sambutan di sini
Destinasi sambutan sebenar telah dibuka secara rasmi! Selepas sekian lama dinanti-nantikan, Ain Dubai, roda pemerhatian yang terbesar dan tertinggi di dunia oleh Dubai Holding, telah meraikan pengunjung pertamanya semalam. Putaran sulung berlangsung pada jam 2 petang bagi tetamu yang bersemangat yang telah membuat tempahan awal untuk mengalami putaran selama 38 minit di dalam kabin serba canggih. Pusingan pertama ini turut merangkumi pemenang bertuah dalam pertandingan mencari harta karun Ain Dubai di sekitar Bluewaters yang telah diadakan pada awal bulan ini. Selepas matahari terbenam, roda yang menawan tersebut telah menerangi langit dengan cahaya yang memukau, dron dan pertunjukan bunga api ketika dunia menyaksikan peristiwa penting tersebut.
Dan bukan itu sahaja! Keseronokan bermula lagi hari ini pada jam 2 petang dengan lebih banyak hiburan di sepanjang hari dan sepanjang malam, termasuk artis dari Flash Entertainment dan inisiatif Regional Radio Artist Spotlight (RAS) Virgin Radio Dubai.
Ronald Drake, Pengurus Besar, Ain Dubai berkata: "Ini adalah saat yang membanggakan bagi kami untuk mengadakan sambutan seperti ini untuk menyambut secara rasmi kedatangan pengunjung dari seluruh dunia, yang membolehkan begitu ramai pengunjung mengalami pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh Ain Dubai. Kami sangat gembira dengan sambutan para tetamu kami yang menyukai pengalaman sosial dan sambutan yang tiada tandingan dan akan diingati ini serta rangkaian hiburan, semuanya dipersembahkan dengan pemandangan latar langit Dubai yang menakjubkan. Ini hanya satu permulaan – kami menjemput semua orang untuk menyertai kami bagi mendapatkan lebih banyak hiburan di Ain Dubai Plaza hari ini, serta menempah tempat untuk menikmati pemandangan 360 darjah Dubai yang menakjubkan di dalam keselesaan premium".
Pengunjung Ain Dubai juga boleh menikmati Bluewaters sepenuhnya dengan Bluewaters 2021 Street Festival yang juga sedang berlangsung di pulau tersebut. Tiket-tiket untuk menaiki Ain Dubai dijual secara berasingan dengan harga dari AED130 dan boleh dibeli di www.aindubai.com. Tiket sangat laris terjual, jadi jangan lepaskan peluang anda!
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari https://www.aindubai.com/
@aindxbofficial
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Impact Porter Novelli
Rachel Mansour
Telefon mudah alih: + 971 50 289 9130
E-mel: AinDubai@ipn.ae
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667922/Ain_Dubai_fireworks.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667924/Ain_Dubai_fireworks_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667925/Ain_Dubai_light_show.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667926/Ain_Dubai_Ronald_Drake.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1667928/Ain_Dubai_winners_of_the_Bluewaters.jpg?p=medium600