omniture

Visa mengundang syarikat pemula di Asia Pasifik membina keupayaan pembayaran digital generasi seterusnya

Visa Inc.
2021-11-03 10:00 196

SINGAPURA, 3 November 2021 /PRNewswire/ -- Visa, peneraju dunia bagi pembayaran digital, sedang mencari syarikat-syarikat pemula dari seluruh Asia Pasifik untuk menyertai kohort kedua program pemecut mereka. Visa Accelerator Program menumpukan kepada membantu syarikat pemula di Asia Pasifik mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran baharu dengan penekanan kukuh yang diberikan terhadap pengenalpastian peluang komersial untuk syarikat pemula bekerjasama dengan Visa dan jaringan bank, peniaga dan rakan kerajaan di rantau ini.

"Ketika dunia beralih daripada pandemik kepada keadaan endemik, terdapat permintaan yang besar terhadap pengalaman mengutamakan digital yang membentuk pemikiran baharu tentang mata wang digital dan data terbuka. Banyak syarikat pemula juga telah mencipta inovasi baharu untuk memanfaatkan peluang ini," kata Chris Clark, presiden serantau, Asia Pasifik, Visa. "Di Visa, kami ingin menyokong syarikat-syarikat pemula ini dengan membantu mereka beralih daripada kisah kejayaan tempatan kepada pengusaha serantau, memberi bimbingan dan hubungan untuk mengemudi kerumitan dalam menembusi pasaran baharu."

Visa Accelerator Program direkauntuk syarikat pemula yang telah melancarkan penyelesaian yang berjaya dalam pasaran asal mereka, namun memandang ke arah tahap pertumbuhan yang seterusnya. Sebagai rangkaian yang menawarkan perkhidmatan untuk semua, Visa mempunyai kedudukan yang unik untuk membantu syarikat pemula menembusi geografi baharu dan mendekati kumpulan pelanggan yang baharu.

Pergerakan wang, mata wang digital, data terbuka dan B2B sebagai bidang tumpuan utama 

Dengan peningkatan jangkaan terhadap pengalaman mengutamakan digital daripada pengguna dan perniagaan, syarikat pemula dalam kohort 2022 akan menangani beberapa peluang kewangan dan teknologi yang paling ketara di Asia Pasifik:

  • Memudahkan dan meluaskan pergerakan wang antara pengguna, perniagaan dan kerajaan bagi mendayakan cara baharu untuk membayar dan dibayar, di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa
  • Menyediakan kaedah pembayaran inovatif yang baharu seperti mata wang digital melalui pembangunan dan penerimaan rantaian blok
  • Memanfaatkan persekitaran data terbuka untuk memudahkan keupayaan pembuatan keputusan dan pemarkahan termaju dalam bidang identiti digital, pengurusan persetujuan, permarkahan kredit serta pengurusan risiko dan penipuan
  • Menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza dan diperibadikan melalui model kredit baharu, beli sekarang bayar kemudian dan penyelesaian kesetiaan
  • Mempercepatkan pendigitan perniagaan dengan memperkemas penyelesaian pengunderaitan kredit dan membangunkan penyelesaian mudah alih untuk pengurusan rantaian bekalan

Membantu syarikat pemula mengembangkan perniagaan mereka 

Visa memperkenalkan Visa Accelerator Program di Asia Pasifik pada Disember 2020. Syarikat-syarikat pemula daripada kohort pertama termasuk Brankas, sebuah syarikat teknologi kewangan yang menyediakan perisian dan penyelesaian kewangan; Curlec, platform pengurusan langganan yang memudahkan pembayaran dan pengeluaran berulang; DigitSecure, platform penerimaan omnisaluran; ModusBox, platform sumber terbuka untuk pembayaran waktu sebenar dan Open, platform neo-perbankan untuk perniagaan kecil-kecilan. Syarikat-syarikat pemula mengakhiri aktiviti mereka dengan pic produk kepada ratusan pelanggan dan rakan kongsi Visa di seluruh rantau ini.

Sertai program ini  

Permohonan dibuka pada 3 November 2021 dan ditutup pada 9 Januari 2022, serta permulaan program pada pertengahan April 2022. Visa Accelerator Program merupakan bahagian yang baharu daripada set platform dan aktiviti Visa yang lebih luas untuk komuniti syarikat pemula di Asia Pasifik. Dengan dedikasinya untuk menyokong pengembangan antarabangsa, Visa Accelerator Program merupakan padanan yang tepat untuk syarikat pemula daripada Siri A dan ke atas, mempunyai komitmen jangka panjang terhadap pertumbuhan Asia Pasifik dan operasi sedia ada di rantau ini serta memiliki penyelesaian terbukti yang disahkan oleh pasaran. Untuk maklumat lanjut termasuk cara untuk memohon, kunjungi: https://www.visa.com.sg/apaccelerator

Latar Belakang Visa Inc. 

Visa Inc. (NYSE: V) ialah peneraju dunia bagi pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia melalui rangkaian pembayaran yang paling inovatif, andal dan selamat - membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju. Rangkaian pemprosesan global termaju kami, VisaNet, menyediakan pembayaran yang selamat dan andal di seluruh dunia dan berupaya untuk mengendalikan lebih daripada 65,000 pesanan transaksi sesaat. Tumpuan tidak henti-henti syarikat ini terhadap inovasi merupakan pemangkin untuk pertumbuhan perdagangan digital yang pesat pada sebarang peranti untuk semua orang, di mana-mana sahaja. Ketika dunia beralih daripada analog kepada digital, Visa menggunakan jenama, produk, kakitangan, rangkaian dan skala kami untuk membentuk semula masa depan perdagangan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi Latar Belakang Visa, visa.com/blog dan @VisaNews.

Annex A – seleksi petikan daripada kohort 2021 Visa Accelerator Program 

Todd Schweitzer, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Brankas

"Kemuncak program ini ialah melihat produk kami secara langsung dalam pasaran bersama rakan perbankan kami – Visa mengambil pendekatan berorientasikan tindakan dalam berganding bahu bersama Brankas dan melancarkan produk baharu bersama kami."

Zac Liew, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Curlec 

"Pengalaman kami bersama Visa adalah tiada tandingan – untuk dapat bekerjasama dengan kami pada kecekapan ini, dan mengambil kira skala mereka, ia telah melangkaui semua jangkaan."

Seshu Kulkarni, Ketua Pegawai Eksekutif, DigitSecure 

"Tinjauan produk dan pasaran, pementoran eksekutif dan kepakaran teknikal Visa telah membantu DigitSecure mengukuhkan lagi keupayaan kami, meningkatkan strategi ke pasaran kami, meningkatkan kebolehlihatan jenama dan juga membuka peluang kepada pelanggan baharu." 

Steve Haley, Pengarah Pembangunan Ekonomi, ModusBox 

 "Besarnya sumbangan daripada pasukan Visa adalah sangat luar biasa. Mereka mampu menggerakkan sumber daripada teknologi kepada pembangunan di seluruh Asia Pasifik untuk kami."

Anish Achuthan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Open 

"Kami mungkin mengambil masa dua hingga tiga tahun untuk menembusi Asia Tenggara, namun kami mampu melakukannya dalam tempoh enam bulan hasil daripada sokongan strategi ke pasaran khusus dan pendekatan berstruktur Visa terhadap penyelesaian dan kedudukan produk dengan pelanggan." 

Source: Visa Inc.
Related Stocks:
NEO:VISA NYSE:V
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology