omniture

Petal Maps 2.0 Huawei tambah ciri-ciri "Panduan Lorong" dan "Peta Luar Talian" bantu pengguna jimatkan masa dan terokai dunia dengan selamat

Huawei Mobile Services
2021-11-29 10:00 58

SINGAPURA, 29 November 2021 /PRNewswire/ -- Aplikasi Petal Maps Huawei hari ini mengumumkan pelancaran kemas kini versi 2.0, menambah set ciri baharu yang hebat dan dapat membantu meningkatkan pengalaman navigasi. Peningkatan yang berguna ini termasuk "Panduan Lorong", ciri yang membantu pengguna mengenal pasti dan menavigasi senario jalan raya dan lalu lintas yang rumit serta fungsi "Peta Luar Talian" yang membolehkan Petal Maps digunakan dengan akses internet yang terhad. Di samping itu, aplikasi ini juga menerima UI diperbaharuhi dan menggabungkan sistem gamifikasi untuk memberi ganjaran kepada pengguna-pengguna.

Petal Maps, aplikasi peta dan navigasi yang dibangunkan oleh Huawei Mobile Services (HMS), mengumumkan kemas kini versi terkininya dengan UI diperbaharui dan ciri-ciri baharu termasuk ‘Panduan Lorong’ dan ‘Peta Luar Talian’ untuk meningkatkan pengalaman pemanduan.
Petal Maps, aplikasi peta dan navigasi yang dibangunkan oleh Huawei Mobile Services (HMS), mengumumkan kemas kini versi terkininya dengan UI diperbaharui dan ciri-ciri baharu termasuk ‘Panduan Lorong’ dan ‘Peta Luar Talian’ untuk meningkatkan pengalaman pemanduan.

Pelancaran Petal Maps 2.0 turut menandakan sambut ulang tahun pertama aplikasi peta dan navigasi ini. Dibangunkan oleh Huawei Mobile Services (HMS), dilancarkan pada Oktober 2020 di APAC, Petal Maps dicipta untuk menyediakan pengalaman perjalanan dan navigasi inovatif, yang mengikuti mantera jenama ini untuk memperkasa pengguna dengan "cara baharu menerokai dunia".

Sejak pelancarannya, aplikasi ini telah berkembang untuk menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 20 juta pengguna di lebih 160 negara, menyediakan fungsi-fungsi seperti carian lokasi, navigasi belokan-demi-belokan dan kemas kini lalu lintas waktu sebenar. Dalam tempoh setahun, aplikasi ini telah mendapat penambahan baharu seperti Head-Up Display (HUD) yang menayangkan maklumat navigasi pada cermin depan kereta dan ciri-ciri lain seperti perancangan laluan untuk berjalan kaki, menunggang basikal dan pengangkutan awam.


Panduan Lorong 

Kemas kini 2.0 yang terkini daripada Petal Maps meneruskan laluan pertumbuhan ini dengan teknologi yang inovatif seperti "Panduan Lorong" yang baru. Ciri ini menggunakan kecerdasan berasaskan lokasi untuk mengenal pasti senario jalan raya yang rumit seperti belokan akan datang, persilangan bertingkat bandar dan susur keluar bulatan untuk menavigasi keadaan lalu lintas yang mencabar.

Kini, pengguna akan dapat melihat anak panah pada skrin mereka untuk membantu mereka memilih lorong yang betul dalam persekitaran jalan raya seperti belokan, simpang dan tanjakan. Panduan ini diaktifkan sebelum kenderaan mendekati belokan atau susur keluar, memaparkan visual paras lorong yang diperbesarkan untuk membantu pemandu mencari dan kekal berada di lorong yang betul. Dengan ciri ini, Petal Maps menawarkan pengguna dengan lebih ketenangan minda semasa memandu dengan membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik dan lebih selamat.

Peta Luar Talian 

Petal Maps 2.0 turut dilengkapi dengan "Peta Luar Talian", ciri baru yang membolehkan pengguna meneruskan fungsi-fungsi navigasi peta walaupun dengan isyarat internet yang lemah atau tiada isyarat. Pengguna boleh memuat turun peta luar talian bandar yang ingin dilawati oleh mereka terlebih dahulu dan menikmati akses kepada data peta dan laluan tanpa mengira keadaan sambungan internet. Dengan ciri ini, pengguna tidak perlu bimbang mengenai kehilangan sambungan rangkaian mereka apabila menavigasi. Ciri ini juga bermanfaat untuk pengguna dengan pakej data yang terhad dan mereka yang ingin menjimatkan bayaran rangkaian seperti caj perayauan antarabangsa. Peta Luar Talian kini boleh didapati di Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand serta akan diperkenalkan kepada lebih banyak pasaran APAC secara berperingkat-peringkat.

Ciri-ciri Interaktif 

Di samping itu, Petal Maps telah dikemas kini dengan antara muka (UI) pengguna baharu untuk memberi pengalaman navigasi lebih baik yang menyeronokkan dan interaktif. Reka bentuk UI baharu ini menggunakan warna-warna yang lebih terang dan cerah dan mengaplikasikan penerapan yang mendalam pada elemen peta seperti bangunan dan pokok. Kontras yang diperkuat ini menjadikan setiap simbol peta lebih mudah dibezakan dan menambah dimensi estetika kepada visual aplikasi.

Petal Maps 2.0 turut menampilkan skim keahlian berperingkat serba baharu yang menyediakan pingat, mata dan pencapaian berasaskan ganjaran apabila pengguna menggunakan aplikasi ini. Sebagai contoh, pengguna boleh mendapatkan mata dengan mengumpul masa yang diluangkan menggunakan aplikasi ini di jalan raya dan memperoleh mata sumbangan dengan melaporkan keadaan jalan raya seperti kesesakan lalu lintas. Mata ini boleh digunakan untuk memperoleh pingat dan pencapaian.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi Petal Maps daripada HUAWEI AppGallery. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Petal Maps dan kemas kini yang baharu, sila kunjungi: https://appgallery.huawei.com/app/C102457337

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services