omniture

ASEAN terima sijil vaksinasi COVID-19 yang diiktiraf secara bersama

The Indonesian Ministry of Health
2022-05-19 03:28 200

DENPASAR, Indonesia, 19 Mei 2022 /PRNewswire/ -- Negara-negara Anggota ASEAN mengiktiraf secara bersama sijil vaksinasi COVID-19 untuk digunakan di Asia Tenggara. Menteri-menteri Kesihatan negara-negara ASEAN mengesahkan keputusan berkenaan semasa Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan ASEAN ke-15 (AHMM ke-15) di Nusa Dua, Bali, Indonesia pada 11-15 Mei 2022.

Kenyataan Bersama tentang Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksinasi COVID-19
Kenyataan Bersama tentang Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksinasi COVID-19

Bagi mengehadkan penularan SARS COV-2, mesyuarat tersebut memutuskan untuk memperluaskan lagi pendigitalan sijil COVID-19. Ini termasuk sijil digital untuk perjalanan antarabangsa yang selamat. Hasilnya, penggunaan sijil vaksinasi dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi, mencetuskan kembalinya aktiviti perniagaan termasuk pelancongan dalam era pasca-COVID. Sijil vaksin digital yang diluluskan oleh ASEAN akan menjadikannya lebih mudah untuk pengembara ASEAN bergerak antara negara-negara di rantau ini.

Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin berkata semua negara ASEAN akan melaksanakan alatan pengesahan COVID-19 secara sukarela. "Negara-negara anggota ASEAN masih boleh menggunakan mekanisme sedia ada mereka sendiri," kata beliau semasa taklimat media sejurus selepas acara utama AHMM ke-15 2022.

Menteri Budi menekankan kepentingan penglibatan berbilang sektor dalam melaksanakan inisiatif ini. AHMM komited untuk menjalin kerjasama bagi meningkatkan daya tahan selepas pandemik ini, antara lain dengan memperkenalkan pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19. Menerusi pengiktirafan bersama terhadap sijil vaksinasi COVID-19, Menteri Budi menjangkakan rakyat daripada negara-negara anggota ASEAN dapat melakukan perjalanan dengan selamat di dalam rantau ini.

Penggunaan sijil vaksinasi COVID-19 akan tetap mematuhi undang-undang negara ASEAN, peraturan imigresen dan protokol kesihatan mandatori.

Source: The Indonesian Ministry of Health
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control