omniture

CGTN: Hari Bapa: Bapa Xi Jinping berpesan agar sentiasa rapat dengan rakyat

CGTN
2022-06-22 02:02 202

BEIJING, 22 Jun 2022 /PRNewswire/ -- Tanggal 19 Jun merupakan Hari Bapa bagi tahun 2022 dan ramai yang mengimbau kembali kenangan mereka bersama bapa mereka dan pengaruh yang diberikan oleh bapa mereka ke atas mereka.

Begitu juga dengan Presiden Cina Xi Jinping yang mewarisi falsafah berorientasikan rakyat daripada bapa beliau Xi Zhongxun. Xi Zhongxun merupakan antara generasi pemimpin pusat yang pertama daripada Parti Komunis China (CPC).

Xi Zhongxun percaya bahawa pegawai-pegawai dan rakyat adalah setaraf, maka para pegawai harus sentiasa hidup dalam kalangan rakyat. Seorang pemimpin muncul dalam kalangan rakyat, bapa beliau pernah memberitahu anak lelaki beliau itu: "Walau apapun jawatan kerja kamu, berkhidmatlah kepada rakyat dengan bersungguh-sungguh, pertimbangkan kepentingan rakyat dengan sepenuh hati, kekalkan hubungan yang erat bersama rakyat dan sentiasalah mudah didekati oleh rakyat."

Xi Jinping mengambil serius akan nasihat tersebut. Pada tahun-tahun awal beliau sebagai Setiausaha Parti Jawatankuasa CPC Daerah Zhengding di Wilayah Hebei, utara China, Xi Jinping melawat setiap kampung di daerah tersebut. Kemudian, di Wilayah Zhejiang, beliau melawat lebih 90 daerah dan bandar sepanjang wilayah tersebut hanya dalam masa setahun lebih sahaja.

Sejak Kongres Nasional ke-18 CPC pada tahun 2012 apabila beliau dipilih sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, Xi Jinping memeriksa penduduk miskin semasa lawatan pemeriksaan domestik beliau, bertanyakan tentang keadaan hidup mereka.

Parti tersebut telah mendapat sokongan sepenuh hati rakyat kerana ia sentiasa berkhidmat kepada rakyat sepenuh jiwa raga dan berusaha mencapai kesejahteraan semua kumpulan etnik, Xi Jinping pernah berkata pada banyak kesempatan.

'Tetap setia kepada Parti' 

"Terdapat banyak akhlak mulia yang saya ingin warisi daripada bapa saya," kata Xi Jinping, ketika itu merupakan gabenor Wilayah Fujian, tenggara China, dalam sepucuk surat ucapan selamat sempena ulang tahun ke-88 bapa beliau pada tahun 2001. Anak lelaki itu tidak dapat hadir lantaran komitmen kerja.

Xi Zhongxun sentiasa mendidik anak-anak beliau agar tetap setia kepada Parti. "[Bapa saya akan] menceritakan kepada kami bagaimana beliau menyertai revolusi dan menyuruh kami untuk menyertai revolusi dan bagaimana ia berfungsi… dan ini secara beransur-ansur telah mempengaruhi saya," Xi Jinping mengimbau kembali.

Xi Jinping mengambil keputusan untuk meneruskan obor revolusioner sejak usia muda dan beliau menyertai CPC semasa berumur 20 tahun.

Selepas sidang pleno yang pertama Jawatankuasa Pusat CPC ke-19 pada lewat tahun 2017 apabila Xi dipilih untuk penggal kedua sebagai setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC, kepimpinan CPC melawat bot replika di timur China di mana impian Parti tersebut berlayar.

"Aspirasi asal ahli-ahli CPC tidak boleh berubah," kata Xi kepada kader-kader CPC.

Menjalani kehidupan yang sederhana 

Keluarga Xi mempunyai tradisi untuk bersikap tegas dengan anak-anak dan menjalani kehidupan yang sederhana.

Xi Zhongxun selalu berpesan kepada anak-anak beliau agar berjimat-cermat. Seperti yang diingati oleh anak perempuan beliau Xi Qiaoqiao, Xi Zhongxun akan mengutip dan memakan butir beras dan serbuk roti yang jatuh daripada meja semasa makan dan akhirnya mengelap mangkuk sup dengan roti sehingga bersih. Selain itu, Xi Jinping dan adik beliau pernah memakai pakaian dan kasut yang diturunkan daripada kakak-kakak mereka.

Xi Jinping menulis dalam surat 2001, menjejaki semula bahawa bapa beliau menjalani "kehidupan yang sangat berjimat-cermat". Beliau menambah bahawa beliau telah membina tabiat rajin dan berjimat-cermat sejak kecil di bawah pengaruh bapa beliau.

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service