omniture

Zon Penggiatan Luar Bandar Diolah Semula di Pameran Canton ke-132 Bawakan Citarasa Cina Tulen kepada Pedagang Global

Canton Fair
2022-10-20 08:52 91

GUANGZHOU, China, 20 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Zon Penggiatan Luar Bandar telah membuat kemunculan yang diperbaharui di sesi ke-132, meningkatkan peluang kepada peserta pameran bebas daripada bidang pembasmian kemiskinan untuk mengadakan promosi kepada pembeli antarabangsa. Setakat 17 Oktober, lebih 900 syarikat di zon khusus ini telah memuat naik 46,000 produk luar bandar termasuk hiasan rumah dan produk pertanian.

Zon Penggiatan Luar Bandar dikhususkan untuk menonjolkan perusahaan daripada perniagaan domestik yang berada di kawasan pembasmian kemiskinan. Zon ini dibuka kepada semua perusahaan di kawasan pembasmian kemiskinan, tanpa sekatan ke atas kuantiti atau syarat-syarat ambang untuk volum eksport dan menggalakkan deklarasi yang aktif.


Yubochun Food (Yunnan) Co., Ltd. membawa bersama mereka makanan hijau, bebas pencemaran dan semula jadi yang datangnya dari pergunungan yang dalam seperti sosej gaya Kantonis dan daging, epal serta lada hijau yang diawet. Sitrus Yunmeiguan·Wangshan daripada Dali Yunzhen Agricultural Development Co., Ltd., produk baharu di Pameran Canton ini, turut dipamerkan semasa siri Seleksi Pameran Canton.

"Saya telah mendapat pengalaman di Pameran Canton daripada Zon Penggiatan Luar Bandar serta telah bertemu ramai peniaga prospektif dari China dan luar negara yang bermanfaat untuk pembangunan perniagaan serta promosi kesedaran produk," kata En. Luo Hao, Pengurus Jualan daripada Yubochun Food. "Bermula daripada pasar kecil di Zhaotong, Yunnan, kawasan pergunungan dengan ekonomi yang mundur, kami telah mempelajari teknik-teknik pengeluaran termaju dan pemasaran untuk berkembang menjadi sebuah perniagaan bertaraf antarabangsa." Menurut En. Luo, 90% daripada pekerja Yubochun adalah daripada isi rumah miskin berdaftar di peringkat tempatan.

Bagi mempermudah perangkaian, Pameran Canton ke-132 menyediakan label-label eksklusif untuk perusahaan di Zon Penggiatan Luar Bandar. Satu siri garis panduan latihan akan turut memudahkan peningkatan kemahiran pemasaran dalam talian dan mempercepatkan transformasi digital syarikat-syarikat ini melalui media sosial, video pendek, khidmat pelanggan dalam talian dan saluran-saluran lain.

Pameran Canton ke-132 telah memperluas skala pamerannya, melanjutkan masa perkhidmatan dan berlangsung secara dalam talian, seterusnya mencipta platform pemadanan pembekalan dan penyumberan untuk pembeli global.

Peniaga-peniaga seluruh dunia dijemput untuk berkongsi peluang perniagaan dan menjalin hubungan dengan faedah-faedah bersama.

Untuk maklumat lanjut dan peluang, sila kunjungi https://www.cantonfair.org.cn/en-US/register/index?utm_source=rwyx#/foreign-email atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn  

 

Source: Canton Fair
Keywords: Agriculture Food/Beverages Organic Food Retail Trade show news