omniture

Perayau FLEX Venturi Astrolab akan dilancarkan ke Bulan semasa misi SpaceX yang akan datang

Venturi
2023-04-01 20:04

MONACO, 1 April 2023 /PRNewswire/ -- Dalam tempoh tiga tahun, Monegasque Venturi Group akan melakar kejayaan paling mengagumkan dalam sejarahnya: pada tahun 2026, perayau FLEX (singkatan bagi 'Flexible Logistics and Exploration') yang dihasilkan melalui kerjasama antarabangsa (lihat di bawah), akan dihantar ke Bulan. SpaceX, sebuah syarikat dari Amerika, bertanggungjawab untuk mengangkut perayau tersebut yang merupakan perayau terbesar dan paling berkebolehan dalam sejarah kenderaan bulan. SpaceX akan menggunakan sistem pelancaran dan pendaratan Starship miliknya untuk mengangkut FLEX ke permukaan bulan.

SEJARAH DAN PROGRAM 

Pada tahun 2019, atas dorongan Presiden Venturi Group, Gildo Pastor, program perayau bulan elektrik telah mula dirancang dan kemudiannya direalisasikan. Sebuah entiti dari Switzerland, Venturi Lab S.A., telah ditubuhkan. Pada masa yang sama, kerjasama strategik turut dijalinkan dengan sebuah syarikat milik Amerika yang berpangkalan di Hawthorne, Los Angeles iaitu Venturi Astrolab, Inc (Astrolab).

Astrolab dan Venturi Lab bekerjasama dengan pangkalan terkemuka Venturi Group di Monaco. Ketiga-tiga syarikat ini bersama-sama mereka bentuk, membangunkan dan membina perayau FLEX.  

Seawal tahun 2026, FLEX - yang dilepaskan oleh sistem pelancaran dan pendaratan Starship ke permukaan bulan - akan mula beroperasi. Ia akan menunjukkan kecekapan, keupayaan dan kapasiti untuk menjalankan eksperimen saintifik dan aktiviti komersial.

STRUKTUR DAN KEPAKARAN 

Pasukan kolektif yang terlibat merangkumi para jurutera dan saintis daripada bidang mobiliti angkasa lepas, robotik darat dan planet, industri, pembangunan, penyelidikan teknologi canggih, mobiliti elektronik, sel bahan api dan bateri, simpanan hidrogen, bahan komposit dan proses pembuatan.

Setiap syarikat menyediakan kepakaran berikut:

  • Venturi Group di Monaco dikhususkan untuk menghasilkan bateri berprestasi tinggi. Dalam kerjasama ini, ia disertai oleh anak syarikatnya di AS iaitu Venturi North America (Ohio, AS) untuk fasa ujian. Cawangan syarikat ini terletak di Ohio State University dan bekerjasama rapat dengan para pelajar kejuruteraan mekanikal universiti tersebut.
  • Venturi Lab menghasilkan bahan yang mampu bertahan dalam keadaan ekstrem (suhu yang rendah dan radiasi), panel solar berprestasi tinggi, roda boleh berubah bentuk dan sistem kawalan elektrik. Ia juga menguruskan perhubungan dengan ESA.
  • Venturi Astrolab mereka bentuk seni bina kenderaan, struktur & mekanisme utama, membangunkan perisian dan avionik, memasangnya serta menjalankan ujian pengesahan.

Maklumat faktor manusia dan reka bentuk estetik perayau ini telah disumbang dan diilhamkan oleh pereka, Sacha Lakic. Lakic mempunyai sejarah kerjasama yang panjang dalam mereka bentuk kenderaan inovatif Venturi Group.

Hubungan Media: 

Fabrice Brouwers
fbrouwers@venturi.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2045348/Venturi_avec_V_Logo.jpg?p=medium600

Source: Venturi
Keywords: