omniture

tado° Cooling: Kawalan Pintar Pertama di Dunia untuk Meningkatkan Kecekapan Lebih 1 Bilion Penyaman Udara Seluruh Dunia

tado° GmbH
2014-05-19 10:00 113

SAN FRANCISCO dan MUNICH, 19 Mei 2014 /PRNewswire/ --

tado°, syarikat permulaan yang berteknologi tinggi baru sahaja melancarkan tado° Cooling – peranti yang direka untuk menjadikan sistem penyaman udara kawalan jauh bersifat pintar. tado° mampu menjimatkan bil elektrik sehingga sebanyak 40 peratus. Individu dari serata dunia boleh memberi sokongan kepada projek itu di Kickstarter AS dan menjadi antara yang pertama untuk mendapatkan alat yang amat berguna ini pada musim panas ini.

Peranti Internet of Things (IoT) ini hadir dengan aplikasi telefon pintar hebat. Dengan menggunakan khidmat lokasi, aplikasi tersebut mampu mengesan kali terakhir seseorang individu meninggalkan rumahnya dan turut mematikan penyaman udara secara automatik. Ketika seseorang individu dalam perjalanan pulang, tado° bersedia untuk menyejukkan rumah tersebut. Sistem kedudukan dalam bangunan tado, berdasarkan teknologi Tenaga Rendah Bluetooth/iBeacon® membolehkan seseorang beralih kedudukan di dalam rumah tanpa menghidupkan dan mematikan penyaman udara. Ciri bilik ke bilik oleh tado mampu mengenal pasti bilik dan waktu untuk disejukkan. Pengguna tanpa telefon pintar juga boleh memperoleh manfaat daripada kepintaran tado° ini, menerusi pelbagai pengesan bunyi, pengesan pergerakan serta pengesan cahaya persekitaran.

Menerusi aplikasi tado° pada telefon pintar anda, anda dapat memantau dan turut melaraskan suhu serta kelembapan di dalam rumah – walaupun ketika anda sedang sibuk. Peranti tado° Cooling mempunyai paparan LED lut cahaya dan antara muka sentuhan kapasitif bagi melakukan pelarasan yang pantas.

Peranti tado° baharu ini serasi dengan apa jua unit penyaman udara dikawal jauh yang telah dipasang, dipisahkan, dalam tetingkap ataupun bersifat mudah alih. Ia dihubungkan kepada penyaman udara melalui inframerah dan seterusnya kepada Internet menerusi Wi-Fi.

Peranti ini boleh didapati melalui Kickstarter.com bermula pada harga $69. Semua digalakkan untuk menyokong projek ini sehingga 11 Jun. Syarikat tado° merupakan salah satu syarikat IoT yang paling berjaya di Eropah, pakar dalam sistem penyaman udara.

Bagi mendapatkan maklumat serta imej selanjutnya, sila layari http://bit.ly/tadocooling

Rujukan silang: Gambar boleh didapati melalui agensi berita antarabangsa epa (european pressphoto agency) dan boleh dimuat turun secara percuma di: http://www.presseportal.de/story.htx?firmaid=107310

Maklumat perhubungan akhbar:
Stefanie Sedlak
+49-89416156641
stefanie.sedlak@tado.com

Sumber: tado° GmbH

Source: tado° GmbH
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Consumer Electronics Home Improvement New products/services