omniture

Pacific Mutual: Kelemahan Pasaran Malaysia Menawarkan Peluang Baik Untuk Melabur

Pacific Mutual Fund Bhd
2014-12-31 17:00 181

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Dalam satu kenyataan hari ini, Koh Huat Soon, ketua pegawai pelaburan Pacific Mutual Fund Bhd, sebuah syarikat pengurusan pelaburan di bawah OCBC Group, dengan sumber dan kepakaran dalaman untuk mengurus pelaburan tempatan dan global untuk para pelanggannya, menyatakan bahawa KDNK negara masih mampu menghadapi cabaran walaupun harga minyak menjunam baru-baru ini.

Koh Huat Soon, Ketua Pegawai Pelaburan dari Pacific Mutual Fund Bhd
Koh Huat Soon, Ketua Pegawai Pelaburan dari Pacific Mutual Fund Bhd

"Sungguhpun wujud faktor-faktor yang mencabar perkembangan ekonomi menjelang tahun 2015, kami percaya ekonomi negara mampu mengharungi cabaran-cabaran ini, terutamanya yang paling merisaukan iaitu kejatuhan harga minyak baru-baru ini. Akaun semasa Malaysia tidak mungkin mencatat defisit walaupun harga Brent jatuh ke $50/tong," ulas Koh.

Tambah Koh, oleh sebab sumber minyak menyumbang sebanyak 30% terhadap pendapatan kerajaan, wujudnya kerisauan kerajaan akan terlepas sasaran defisit belanjawan sebanyak 3% bagi tahun 2015 dan ini akan menjejas penarafan hutang kerajaan. Walaupun kerisauan ini sah, Pacific Mutual berpendapat bahawa dasar yang fleksibel akan dilaksanakan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap pendapatan negara. Pacific Mutual percaya bahawa Petronas berupaya meningkatkan bayaran dividennya dan mengurangkan perbelanjaannya, dengan potongan perbelanjaan lebih menumpu pada projek-projek luar negara.

"Nasihat kami kepada para pelabur yang mempunyai pelaburan dalam ekuiti Malaysia adalah supaya kekal dengan pelaburan masing-masing asalkan mereka melabur dalam syarikat yang mempunyai nilai saham yang rendah pada masa kini, tetapi dengan kunci kira-kira yang sihat serta pengurusan yang cekap. Saham-saham ini akan membuahkan hasil dalam jangka masa panjang kerana mampu mengharungi cabaran perniagaan jangka pendek tanpa mengira sektor. Kami juga menasihati para pelabur supaya meningkatkan pelaburan mereka ketika pasaran lemah dan pada masa kinilah mereka boleh merebut peluang keemasan ini," tambah Koh.  

Dalam kenyataan yang sama, Pacific Mutual mengumumkan agihan pendapatan tiga dananya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014:

Pacific Dividend Fund

-

5.00 sen seunit

Pacific AsiaPac Income Fund

-

3.00 sen seunit

Pacific Cash Fund

-

0.30 sen seunit (agihan suku tahunan)

PACIFIC MUTUAL FUND BHD adalah anak syarikat Lion Global Investors Limited (dahulu dikenali sebagai Lion Capital Management Limited), sebuah syarikat yang diperbadankan di Singapura pada tahun 1986. Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors adalah ahli OCBC Group. Pada akhir tahun 2014, Pacific Mutual mengurus hampir RM1.6 bilion bagi pihak pelabur unit amanahnya dan pelanggan mandat persendirian.


HUBUNGAN MEDIA:

Cindy Thean
+603-7725-9877 sambungan 226
cthean@pacificmutual.com.my

Geraldine Choong
+603-7725-9877 sambungan 124
geraldine@pacificmutual.com.my 

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141230/8521407777

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service