omniture

HTVFun, Perkhidmatan Video-Atas-Permintaan (VOD) untuk Malaysia, Dilancarkan Menerusi Muvi Studio

www.studio.muvi.com
2015-09-16 16:34 202

NEW YORK dan MUMBAI, 16 September 2015 /PRNewswire/ --

HTVFun bakal Tawarkan Pelbagai Rancangan TV dan Filem, Mengikut Permintaan untuk Penonton Malaysia 

Rangkaian Malaysia HTV Entertainment telah bergandingan dengan Muvi (http://www.studio.muvi.com) untuk melancarkan perkhidmatan Video-Atas-Permintaan (VOD) HTVFun.com (http://www.htvfun.com), bagi menawarkan pelbagai rangkaian filem, bahan untuk kanak-kanak, animasi & rancangan TV yang menampilkan pelbagai genre untuk para penonton di Malaysia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150915/763532 )

HTV membawakan penstriman dalam talian bagi filem dan rancangan TV seluruh dunia yang menghiburkan, memberi inspirasi dan menggembirakan para penonton daripada semua peringkat umur agar mereka dapat menikmatinya di mana-mana jua melalui sebarang peranti secara percuma dan juga berasaskan langganan (bebas iklan). HTV akan terus mengambil alih dan membawa masuk lebih banyak kandungan yang pelbagai dari seluruh dunia, yang tidak ditawarkan di tempat lain kepada pustakanya.

Merangkumi pelbagai genre seperti rancangan masakan, dokumentari, rancangan komedi, animasi dan juga video muzik, HTVFun merupakan pakej VOD yang lengkap untuk setiap rakyat Malaysia.

"Ini merupakan satu pengalaman yang hebat melalui kerjasama dengan Muvi dan pasukannya. Mereka benar-benar mengetahui apa yang kami perlukan, dan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan kolaborasi kami mudah serta menggembirakan," kata Yin Wah, Kok – Pemilik Perniagaan di HTV Entertainment Limited. 

Muvi yang berpangkalan di New York (http://www.studio.muvi.com) yang telah melancarkan Platform VOD untuk MAA TV (http://www.maaflix.com) dan ISKCON (http://www.iskcontelevisionindia.com) menggunakan Platform Penstriman Video OTT lengkapnya - Muvi Studio, telah membantu melancarkan perkhidmatan penstriman video mengikut permintaan HTV http://www.htvfun.com, serta menguasakan seluruh platformnya termasuk Infrastruktur IT, Pengehosan Awan, Pelayan, Storan, CDN, CMS Video, Pemain Video HTML5 kepada laman sesawangnya, dan menyertakan DRM terbina dalam untuk perlindungan cetak rompak bagi kandungan berlesen yang ditawarkan oleh HTV.

"Asia merupakan rantau kemajuan seterusnya bagi pengguna khidmat penstriman video. Rantau APAC khususnya berkemungkinan menarik lebih ramai pelanggan daripada banyak negara Eropah. Kami tidak sabar-sabar untuk mendorong perniagaan ini dan menjadi sebahagian daripada revolusi hiburan seterusnya," kata Viraj Mehta – Ketua Perniagaan Antarabangsa di Muvi. 

Muvi Studio berfungsi melalui model PaaS, menawarkan para penyiar, Saluran-saluran TV dan Syarikat-syarikat Kabel dengan Platform Penstriman Video Berbilang Skrin sedia digunakan yang membolehkan mereka melancarkan perkhidmatan Penstriman Video jenama mereka sendiri merentasi web, mudah alih, TV Pintar, STB, kotak media dan konsol permainan dalam hanya beberapa hari serta dengan Pelaburan Awal Sifar!

Kunjungi http://www.studio.muvi.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan percubaan percuma selama 14 hari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Viraj Mehta
Ketua – Perniagaan, Pemasaran & Kerjasama Antarabangsa
Muvi LLC
viraj@muvi.com

Sumber: www.studio.muvi.com

Source: www.studio.muvi.com
Keywords: Entertainment