omniture

Skim Beli Belah Bebas Cukai untuk Pelancong Asing Dilancar di Shanghai

Global Blue
2016-11-28 09:10 467

EYSINS, Switzerland, 28 November 2016 /PRNewswire/ --

  • Skim Beli Belah Bebas Cukai diperkenalkan di Shanghai, membolehkan pelancong asing menuntut VAT untuk pembelian mereka 
  • Global Blue dan Bank of China bekerjasama untuk menawarkan perkhidmatan tersebut
  • Pembeli antarabangsa berpeluang berjimat untuk jenama dan peniaga terkenal termasuk Chanel, Louis Vuitton, Marks and Spencer dan Kedai Serbaneka No. 1 di Shanghai

Pelancong Malaysia ke Shanghai kini berpeluang membuat penjimatan sebanyak 9% untuk pembelian mereka memandangkan negara ini memperkenalkan skim Beli Belah Bebas Cukai pertama kepada pelancong luar negara.

Mulai hari ini, Global Blue, penyedia skim Beli Belah Bebas Cukai yang terkemuka di dunia, menjalin kerjasama dengan Bank of China untuk menyediakan perkhidmatan di Shanghai yang boleh didapati secara meluas dan membantu peniaga memberikan perkhidmatan Beli Belah Bebas Cukai terbaik kepada pelanggan antarabangsa mereka.

Hampir 200 gedung di Shanghai telahpun mendaftar dengan skim TFS, termasuk kedai serbaneka terkenal [cth. Takashimaya, Pacific, Parkson dan Kedai Serbaneka Bailian (Group)], jenama mewah (cth. Chanel, Hermes, Tiffany dan Louis Vuitton), jenama terkenal di bandar-bandar (cth. Zara, Bershka dan Marks & Spencer) serta peniaga tempatan (cth. Silk King, Lao Feng Xiang Jewellery dan Chow Tai Fook Jewellery).

Hanya menerusi beberapa langkah mudah, pembeli dari Malaysia boleh membuat penjimatan terhadap barangan guna habis dan barangan bukan guna habis yang akan dieksport melalui bagasi peribadi mereka, termasuk barangan fesyen dan produk kecantikan, jam tangan dan barang kemas serta minuman beralkohol.

Untuk menuntuk bayaran balik VAT, pembeli hanya perlu mengikuti tiga langkah berikut:

  1. Apabila membayar barangan, mintalah Borang Bebas Cukai dan invois VAT daripada kakitangan kedai
  2. Apabila meninggalkan negara, kunjungi meja Kastam di lapangan terbang dan tunjukkan borang Bebas Cukai yang lengkap dan invois VAT, pasport, resit dan pembelian yang belum digunakan untuk tujuan pengesahan. Setelah disahkan, pihak Kastam akan memberi setem untuk borang Bebas Cukai itu
  3. Sila tuntut bayaran balik melalui kaunter bayaran balik di lapangan terbang

Sebagai sebahagian daripada skim itu, Global Blue akan turut bekerjasama dengan Bank of China bagi menambah bilangan pedagang untuk mendaftar skim itu dan akan turut membantu peniaga yang mengambil bahagian memberi khidmat nasihat yang lebih baik kepada pelancong luar negara untuk menggunakan perkhidmatan Beli Belah Bebas Cukai itu.

Jumlah pembelian minimum yang diperlukan untuk layak mendapatkan Bayaran Balik Cukai ialah 500RMB (kira-kira RM318). Skim ini tersedia untuk semua pelancong luar negara dan warga Hong Kong, Macau serta Taiwan.

Untuk mencari peniaga yang mengambil bahagian di China, layari: globalblue.com/storelocator.

Latar Belakang Global Blue  

Global Blue merintis konsep Beli Belah Bebas Cukai sejak 35 tahun lalu dan kini merupakan peneraju industri di dunia, yang memberikan pengalaman membeli belah terbaik kepada Pembeli Global dan turut mencipta nilai buat peniaga dan juga rakan kongsi menerusi pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan:

  • Penyelesaian Beli Belah Bebas Cukai Global Blue membolehkan ribuan peniaga, termasuk kebanyakan jenama mewah, fesyen pantas dan kedai serbaneka terbaik di dunia menawarkan penjimatan yang pantas dan selamat kepada Pembeli Global sehingga mencecah 19% apabila membeli belah di 300,000 gedung di seluruh dunia
  • Penyelesaian Penukaran Mata Wang Dinamik Global Blue membolehkan peniaga daripada 75,000 outlet di serata dunia menawarkan cara yang ringkas dan menjimatkan kos kepada pelanggan luar negara untuk membayar menggunakan mata wang negara mereka
  • SHOP Global Blue ialah platform sasaran cetakan dan media dalam talian yang membolehkan peniaga mendekati terus Pembeli Global dan menarik lebih ramai pelancong antarabangsa menerusi portal mereka

Global Blue beroperasi di 51 negara, menggajikan 1,800 kakitangan di serata dunia. Mulai April 2015 hingga Mac 2016, Global Blue memperhebat 30 juta skim Beli Belah Bebas Cukai dan 12 juta transaksi Penukaran Mata Wang Dinamik. Kesemua jualan ini berjumlah €21 bilion di gedung.

Selain itu, hasil penerbitan lebih 9 juta majalah dan peta SHOP, selain penghasilan pelbagai kandungan dalam talian, Global Blue membantu rakan niaganya mencapai dan menarik 30 juta Pembeli Global setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut layari corporate.globalblue.com.

Maklumat perhubungan media 
E: pressenquiries@globalblue.com  
T: Duncan Skehens, AVP Communications  (+44)-7909-513-301 

Source: Global Blue
Keywords: Banking/Financial Service Retail Travel