omniture

Penampilan Sulung Produk Baharu Menakjubkan Segway di Seoul: Penetap Trend "Pemanduan Masa Depan"

Segway
2017-08-29 17:51 580

SEOUL, Korea Selatan, 29 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Segway, peneraju dunia dan pencipta Pengangkut Peribadi imbang sendiri, mengakhiri Pelancaran Produk Baharu Asia Pasifiknya di Seoul, Korea dengan jayanya. Ketua Pegawai Operasi Segway, Cik Zhao Zhongwei dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perniagaan Rantau Asia Pasifik Segway, En. Huang Chen mengadakan satu pelancaran langsung bagi produk baharu. Ejen-ejen jualan dari setiap negara di Rantau Asia Pasifik Segway turut hadir, begitu juga rakan media luar negara dari Rantau Asia Pasifik. Empat produk baharu diperkenalkan buat julung kalinya dan berjaya mendapat pujian sebulat suara daripada para VIP.

Pelancaran Asia Pasifik ini menjadikan "Pemanduan Masa Depan" sebagai temanya, menjadikan produk perjalanan jarak dekat pintar Segway menjadi bahagian yang berkait rapat dengan kehidupan masa depan orang ramai selain menjadikan masa depan mereka yang lebih mudah, bergaya dan berteknologi tinggi.

Empat produk baharu yang dilancarkan termasuk Segway miniPLUS; Segway miniLITE; Ninebot Kids Bike; Ninebot by Segway KickScooter.

Produk Baharu
Produk Baharu

Segway miniPLUS mempunyai berbilang contoh "Teknologi-Tinggi Hebat", seperti ikutan Pintar, panggilan satu kunci, kamera PTZ boleh diskala, dsb. Ninebot by Segway KickScooter ialah skuter dengan nisbah prestasi tinggi berbanding kos, mempunyai nilai estetik yang menyenangkan mata memandang, selamat dan praktikal untuk pengguna. Segway miniLITE ialah kenderaan imbang kendiri yang ringan, direka khas untuk kanak-kanak berusia lebih enam tahun. Ninebot Kids Bike adalah gabungan keseronokan, keselamatan dan keselesaan, dalam satu kenderaan dan ia dibuat khusus untuk kanak-kanak.

Model-model produk baharu ini bakal dijual khususnya di negara-negara Asia Pasifik serta kawasan-kawasan seperti Korea, Jepun, Singapura, Australia, Thailand dan Taiwan, China. Daripada semua produk ini, Segway miniPLUS, Ninebot by Segway KickScooter dan Segway miniLITE bakal dijual pada bulan September, manakala Ninebot Kids Bike akan dijual pada suatu tarikh akan datang.

Sementara itu, para VIP yang hadir melakukan tunggangan percubaan di tapak bagi model-model produk pengangkutan yang baru dilancarkan. Daripada percubaan ini, mereka berupaya mendapat pengalaman yang lebih jelas tentang prestasi Teknologi-Tinggi Hebat daripada produk-produk Segway dan alami tunggangan yang luar biasa.

Pelancaran Produk Baharu Asia Pasifik Segway ini membawakan produk baharu yang hebat daripada Segway kepada kumpulan pengguna yang besar serta kumpulan peminat di rantau Asia Pasifik. Sekali lagi, ia membawakan inovasi terhadap kaedah perjalanan jarak dekat di rantau ini, menggalakkan fesyen baharu untuk "Pemanduan Masa Depan". Ini pastinya akan mencetuskan satu trend teknologi-perjalanan-bergaya yang serba baharu di Asia dan Pasifik.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170828/1928465-2

Source: Segway
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services