omniture

Pengerusi LONGi Solar Zhong Baoshen pada Sidang Kemuncak BNEF London: PV akan menjadi sumber tenaga utama bagi manusia sejagat

LONGi Solar
2017-09-20 22:31 645

LONDON, 20 September 2017 /PRNewswire/-- LONGI Solar, anak syarikat milik penuh LONGi Group (SH601012), mengumumkan bahawa Syarikat akan menjadi penaja utama 'Sidang Kemuncak Masa Depan Tenaga' Bloomberg New Energy Finance (BNEF) -  satu forum jemputan khas terulung dalam jalinan pasaran tenaga, industri, kewangan dan dasar, bermula di London hari ini.

Tema majlis makan malam dihoskan oleh LONGi Solar: Memahami perkembangan pesat kuasa suria China, implikasi global dan impaknya terhadap pariti grid PV.
Tema majlis makan malam dihoskan oleh LONGi Solar: Memahami perkembangan pesat kuasa suria China, implikasi global dan impaknya terhadap pariti grid PV.

"Kami bangga untuk membincangkan permulaan Era PV 3.0 di Sidang Kemuncak Bloomberg ketika kuasa suria telah pun menjadi penyelesaian kuasa kos terendah di kebanyakan kawasan di dunia," kata Pengerusi LONGi Solar Zhong Baoshen.

Majlis Makan Malam Kemuncak bertemakan 'Memahami Perkembangan Pesat Kuasa suria China, Implikasi dan Impaknya pada Pariti Grid PV' akan dihoskan oleh LONGi Solar. China telah menjadi pasaran kuasa suria terbesar dunia sejak tahun 2013, dijangka memasang lebih daripada 40 GW tahun ini, menyamai kira-kira separuh daripada penambahan kapasiti kuasa suria baharu dunia. Pada Ogos 2017, kerajaan China mengumumkan untuk menambah sebanyak 86.5GW pada PV skala utiliti baharu  menjelang 2020 dalam usaha untuk mempercepatkan perkembangan kuasa suria di negara itu serta menurunkan kos kuasa itu seimbang dengan arang batu.

"PV3.0 bermakna kita mendekati fasa ketiga revolusi kuasa suria," kata Zhong Baoshen. "Pada tahun 2017, kapasiti PV dipasang menyeluruhi global menjangkau 300 GW dan harga kuasa suria terkontrak menjunam hingga ke paras di bawah $ 0.03 / kWh, dengan ini akan mengambil masa lebih kurang 5 tahun untuk keupayaan kuasa suria mencecah Terawatt (TW) tahap 1, - yang hampir setara dengan kapasiti penjanaan kuasa arang batu China. Dalam Era PV3.0, PV serta sumber tenaga asli lain akan menjadi sumber tenaga utama manusia sejagat. "

Latar Belakang LONGi Solar

LONGi Solar adalah pengeluar utama dunia modul dan sel suria monohabluran berkecekapan tinggi. Beribu pejabat di Xi'an, China, Syarikat mempunyai cawangan di Jepun, Eropah, Amerika Utara, India dan Malaysia. LONGi Solar adalah anak syarikat milik penuh LONGi Group (SH601012) - pembekal terbesar wafer suria silikon monohabluran di dunia dengan kapasiti wafer 12 GW menjelang akhir tahun dan merancang untuk menjangkau 20 GW menjelang 2019. Dengan tumpuan kukuh dalam R & D, LONGl aktif dalam keseluruhan rantaian nilai silikon monohabluran, termasuk loji kuasa suria.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170919/1945745-1

Source: LONGi Solar
Related Stocks:
Shanghai:601012
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news