omniture

BYFX Global Co., Limited Umum Pelancaran Perniagaan

BYFX Global Co., Limited
2018-09-19 09:57 1351

GRAND CAYMAN, Cayman Islands, 19 September 2018 /PRNewswire/ -- BYFX Global Co., Limited (BYFX Global) hari ini mengumumkan pelancaran perniagaan peruncitan dan institusinya, bagi menawarkan pelanggan seluruh dunia dengan kecairan tertinggi dan perdagangan OTC dalam talian untuk Spot FX dan Spot Bullion1.

Berusaha ke arah rangkuman kewangan, BYFX Global dengan bangganya membawakan pelanggan dengan pengalaman perdagangan dalam talian yang mesra pengguna dan dipertingkat: akses kepada harga yang telus dan kompetitif melalui kecairan teragregat daripada SBI Group2, bank-bank antarabangsa dan penyedia-penyedia kecairan tahap 1 melalui sistem perdagangan proprietarinya yang unik, DEP FOREX. Asalnya dibangunkan dan diuji tahap keandalan dan keberkesanan dalam pasaran FX Jepun, DEP FOREX selanjutnya telahpun diperkukuhkan dan ditingkatkan oleh BYFX Global untuk menyediakan pelanggan dengan kecairan dan tawaran diperibadikan yang lebih kompetitif melalui penyepaduan data, lalu menghasilkan perdagangan yang mudah dan komprehensif untuk pedagang yang baru bermula dan juga golongan profesional. Platform MT4 kini disediakan untuk pedagang berpengalaman.

Dengan memberi keutamaan kepada pelanggan, BYFX Global menawarkan ciri keselamatan dan sekuritinya demi menjamin perlindungan kepada aset pelanggan. Wang pelanggan diasingkan sepenuhnya dan mematuhi keperluan kawal selia Lembaga Kewangan Cayman Islands (CIMA) dan selanjutnya dilindungi dalam akaun penjaga di bank yang mempunyai reputasi peringkat global di Jepun. Keadaan ini membezakan BYFX Global dan menjadikannya sebagai platform perdagangan yang dipercayai untuk pedagang.

Sebagai subsidiari milik penuh SBI Holdings, BYFX Global mempunyai kualiti dan visi yang sama dalam membawakan perkhidmatan kewangan yang kompetitif terus kepada pengguna akhir di seluruh dunia melalui internet. SBI Group, diiktiraf sebagai syarikat gergasi kewangan Jepun dan perintis dalam Teknologi Kewangan dan perkhidmatan kewangan berasaskan internet, juga menjadi pilihan pelanggan untuk sekuriti dalam talian dan perbankan dalam talian di Jepun3. Setakat akhir tahun 2017, SBI Group4 telah menghimpunkan lebih 1 juta akaun pelanggan dalam industri FX OTC5. SBI Group berusaha untuk membangunkan ekosistem kewangan dengan sekuriti, perbankan dan insurans serta rantaian blok, AI dan perniagaan berkaitan kripto, bagi meneruskan sinergi dan evolusi bersama.

Zhu Min, Pengarah BYFX Global menekankan, "Kami percaya dengan rangkuman kewangan, dengan matlamat untuk menjadi platform perdagangan sehenti yang memberikan pelanggan seluruh dunia akses kepada harga dan kecairan yang paling berkualiti. Dengan pasukan profesional kami yang muda dan inovatif, lebih banyak produk kewangan dijangka bakal diperkenalkan. Sebagai contoh, Physical Bullion akan disediakan untuk dibeli, dijual semula dan disimpan pada lewat tahun ini."

BYFX Global Co., Limited dilesenkan dengan CIMA SIBL-Lesen Penuh (nombor rujukan. 1458866) untuk menjalankan perniagaan pelaburan sekuriti sebagai Pengedar Sekuriti.

Latar Belakang BYFX Global

BYFX Global Co., Limited ialah subsidiari milik penuh SBI Holdings, Inc (TYO:8473), menyediakan penyelesaian kecairan dan perkhidmatan perdagangan OTC dalam talian yang amat selamat dan komprehensif untuk Spot FX, Spot Bullion1 dan Physical Bullion6 (www.byfx.com). SBI Group diiktiraf sebagai perintis Teknologi Kewangan dan kewangan dalam talian di Jepun menerusi lebih 230 syarikat7 di seluruh dunia. SBI Holdings, Inc tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo dan telah mengumpul lebih 23.9 juta5 pelanggan pada September 2018.

Rujukan:

1 OTC Spot Bullion dijangka untuk dilancarkan pada suku keempat tahun 2018

2 Aliran perdagangan bursa asing keseluruhan bagi SBI SECURITITES, SBI FXTRADE dan SBI Sumishin Net Bank pada April 2017 hingga Mac 2018 melebihi 640 trilion Yen

3 SBI Securities -- Kedudukan kepuasan pelanggan Oricon 2018: Sekuriti dalam talian pertama; SBI Sumishin Net Bank -- Kedudukan kepuasan pelanggan Oricon 2018: Perbankan Dalam Talian Pertama

4 SBI SECURITIES, SBI FXTRADE dan SBI Sumishin Net Bank

5 Keputusan Kewangan SBI Holdings, Inc (Tahun fiskal berakhir pada Mac 2019)

6 Bulion Fizikal dijangka untuk dilancarkan pada suku keempat tahun 2018

7 Laporan Tahunan SBI Group 2018 (Setakat Mac 2018)

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180810/2209212-1

Source: BYFX Global Co., Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Retail Corporate Expansion New products/services