omniture

George Zhao, Presiden Honor, bicarakan "Teknologi Berani, Inovasi Tak Terhingga" bersama usahawan-usahawan muda di TEDx CaohejingParkSalon

Honor
2018-10-25 11:16 915

SHANGHAI, 25 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- George Zhao, Presiden Honor, menyampaikan ceramah TEDx pertama beliau di Caohejing Park, Shanghai hari ini bagi berkongsi visi beliau tentang kesempurnaan dan inovasi teknologi. Zhao turut mendedahkan bagaimana Honor mencapai kejayaan global dengan menjadi e-jenama telefon pintar terkemuka di China selama empat tahun berturut-turut.

George Zhao, Presiden Honor di TEDx CaohejingParkSalon
George Zhao, Presiden Honor di TEDx CaohejingParkSalon

Di TEDx CaohejingParkSalon Zhao menjelaskan kepada audiens muda dalam kalangan usahawan yang baru bermula bahawa "pada tahun 2015, saya pulang semula ke kampung halaman saya untuk memimpin Honor. Walaupun ketika itu saya hanya mempunyai pengalaman B2B, saya tahu bahawa saya hanya mempunyai satu pilihan – untuk memastikan Honor berjaya. Sepanjang beberapa tahun lalu, dalam persekitaran, 'Teknologi Berani, Inovasi Tak Terhingga', Honor tidak pernah berhenti meningkatkan kualiti teknologi atau produknya dan meningkatkan daya saing terasnya. Inovasi, kualiti dan perkhidmatan sentiasa dan semestinya akan menjadi keutamaan tertinggi kami. Dengan terus meneroka tiga aspek ini, 'Honor Magic 2' akan datang kami akan dilancarkan secara rasminya pada minggu hadapan di Beijing dan pastinya akan membawa telefon pintar ke tahap yang serba baharu. Kami percaya bahawa sesebuah syarikat hanya dapat menonjol berbanding yang lain dan kekal relevan dengan menyediakan produk terbaik dengan pengalaman pengguna yang unggul."

"Sebagai jenama telefon bimbit yang paling pesat berkembang, Honor tidak pernah menerima pakai pendekatan oportunis dalam merangka strateginya. Pada tahun 2015, Honor bertegas untuk mengumpul sumber mereka bagi memberikan kualiti produk dan perkhidmatan terbaik, bukannya bergantung pada 'gerak hati'. Pada tahun 2016, apabila pasaran telefon pintar mengalami penurunan melampau, Honor bertahan dan berpegang pada visinya. Pada tahun 2017, apabila industri mula skeptikal tentang prospeknya, Honor bertegas agar perusahaannya memastikan visi mereka tertumpu pada masa depan dan meningkatkan momentum. Pada tahun 2018, biarpun pasaran telefon pintar di China mengalami kemerosotan yang teruk, Honor berjaya mengatasi badai yang melanda. Bukan sahaja mereka mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif, malah mereka turut kekal menjadi e-jenama telefon pintar terkemuka China bagi tahun ini," tambah beliau.

Sebagai e-jenama telefon pintar yang terkemuka, Honor menggalakkan orang muda untuk mencapai impian hidup mereka setiap hari dan sentiasa jujur dengan diri sendiri, dengan menyatakan komitmen terhadap inovasi yang mengubah kehidupan orang ramai. Matlamat bual bicara TEDx hari ini adalah untuk berkongsi minat dan keyakinan ini secara langsung bersama golongan muda, seraya membantu mereka untuk mencapai aspirasi mereka dan mengubah dunia.

Dengan memperkasa umat manusia untuk meramal masa depan, AI sentiasa menjadi teknologi strategik utama untuk Honor. Lama sebelum industri mula menyedari kepentingan AI, Honor telahpun membuat pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) AI dan membangunkan ekosistem AI.

Zhao memulakan kerjaya beliau dengan Huawei pada tahun 1998, bekerja untuk mereka selama 20 tahun di China dan di seluruh dunia. Pengalaman ini memberikan beliau wawasan hebat dari segi bagaimana kita menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian dan bagaimana ia dapat mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Sebagai Presiden Honor, beliau bertanggungjawab terhadap seluruh pengurusan perniagaan dan pertumbuhan jenama Honor.

TEDx ialah satu program yang menawarkan acara-acara tempatan dan kendalian sendiri yang menghimpunkan orang ramai bagi berkongsi pengalaman seperti TED dalam semangat untuk menyebarkan idea-idea yang berfaedah. Setiap tahun, TEDx CaohejingParkSalon di Shanghai mengundang pelbagai pemimpin yang berpengalaman untuk berbicara dan bertukar-tukar idea bersama usahawan-usahawan muda.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara dengan cara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:

https://www.facebook.com/honorglobal/ 
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 
https://www.youtube.com/honorglobal

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181024/2276999-1

Source: Honor
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications