omniture

EASYFAIRS NORTHERAL bakal Anjur Acara Keselamatan & Sekuriti Terbesar di Afrika

Easyfairs Northeral
2019-01-15 07:43 1317

ALGIERS, Algeria, 15 Januari 2019/PRNewswire/ --

SECURA Afrika Utara 2019 ialah sebuah pameran B2B dan B2G tahunan yang diadakan di Algeria yang menyumbang kepada mesyuarat perniagaan antara pembekal kelengkapan keselamatan, kebakaran, sekuriti & kecemasan serta institusi-institusi swasta, awam dan kerajaan Afrika Utara.

Pameran perdagangan ini pada mulanya diwujudkan bagi mengikuti perkembangan hebat keperluan industri tempatan Algeria dari segi keselamatan & sekuriti, namun demikian, sokongan padu daripada pihak-pihak berkuasa Algeria (Acara tersebut dianjurkan di bawah Naungan Kementerian Dalam Negeri Algeria) memberikannya capaian antarabangsa dan kredibiliti.

Pengarah Urusan EASYFAIRS NORTHERAL, Olivier-Hicham Allard, menjelaskan: "Kerajaan Algeria mendedahkan belanjawan pelaburan besar-besaran seperti rancangan pelaburan sebanyak 59 bilion USD untuk syarikat Minyak & Gas negaranya, Sonatrach atau Lapangan Terbang Antarabangsa serba baharu di Algiers pada nilai 700 juta USD. Usaha gigih negara ini mencapai kejayaan yang boleh dibanggakan dalam menukarkan pengimportannya kepada pelaburan pembuatan tempatan. Sebagai contoh industri farmaseutikal, Algeria merupakan pasaran farmaseutikal nombor satu di Afrika, kini bernilai 3.8 bilion USD. Antara tahun 2008 dan 2018, ia meningkat daripada 25% kepada 65% daripada produk-produk farmaseutikal yang dibuat di dalam negara. Lebih 120 kilang farmaseutikal dibina yang kesemuanya memerlukan kelengkapan keselamatan & sekuriti termaju. Kini, negara bersiap sedia untuk membuka pinggir pantai yang belum diteroka sepanjang 1200 km dan kawasan padang pasirnya kepada pelancongan hanya seperti tahun lalu, Kementerian Pelancongan Algeria meluluskan 1800 projek pelancongan, yang mana antaranya ialah 260 hotel baharu, 74 motel dan 58 pusat peranginan pelancongan. Kemunculan kapasiti industri negara yang mantap, selain kedudukan geostrategik Algeria menjelaskan kejayaan serta merta Acara ini."

Edisi pertama SECURA Afrika Utara berlangsung pada tahun 2018 yang mana 3667 pengunjung profesional yang unik bertemu 62 pembekal. Acara tersebut menghasilkan tawaran di tapak dalam projek-projek pembinaan, IPE, perlindungan perimeter, kawalan akses, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, sekuriti persendirian, keselamatan siber, kecemasan dan kelengkapan bencana. Selain itu, ia juga merupakan platform cemerlang untuk syarikat-syarikat antarabangsa dalam sektor berkenaan yang sedang mencari wakil-wakil tempatan di Algeria dan rantau Afrika Utara.

SECURA Afrika Utara 2019 akan diadakan dari 26 hingga 28 Februari 2019 di Tapak Pesta Pameran Algiers. Lebih 5000 ahli profesional dan pembuat keputusan dari Afrika Utara akan bertemu dengan 80 pempamer di kawasan seluas 6000 m² dan akan berupaya untuk menghadiri 30 persidangan yang dapat disertai secara percuma. Untuk maklumat terperinci tentang acara tersebut atau untuk mendaftar secara dalam talian, sila kunjungi www.securanorthafrica.com

Butiran perhubungan
SECURA Afrika Utara
Nombor: +213-21-94-60-58
Emel: contact@securanorthafrica.com

Sumber: EASYFAIRS NORTHERAL

Source: Easyfairs Northeral
Keywords: High Tech Security