omniture

PR Newswire Dianugerahi Pengedaran Berita Paling Inovatif - Kekal Mendepani Perubahan Landskap Media

PR Newswire
2019-05-13 11:06 279

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ - PR Newswire, penyedia global utama bagi pengedaran berita dan perkhidmatan pemantauan media, telah memenangi anugerah Pengedaran Berita Paling Inovatif di Golden Quill Media Awards Malaysia Global Business Forum (MGBF) yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2 Mei 2019.

Penerima anugerah & penganjur Golden Quill Media Awards MGBF. Christine Pereira, Senior Audience Development Executive PR Newswire berada di barisan pertama, empat dari kanan.
Penerima anugerah & penganjur Golden Quill Media Awards MGBF. Christine Pereira, Senior Audience Development Executive PR Newswire berada di barisan pertama, empat dari kanan.

 

Penganjur-penganjur Golden Quill Media Awards MGBF menyatakan bahawa tempoh 12 bulan lalu telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam landskap media dan berhasrat untuk mengiktiraf organisasi-organisasi serta individu-individu yang mendepani perubahan ini.

"Kami berbangga namun berasa rendah hati untuk diiktiraf oleh MGBF atas komitmen kami terhadap pengedaran berita yang inovatif, yang kekal penting walaupun terdapatnya perubahan dalam landskap media di Malaysia dan luar negara," kata Christine Pereira, Senior Audience Development Executive, PR Newswire. "PR Newswire telah membina rangkaian pensindiketan Asia Pasifik yang kukuh bersama syarikat-syarikat media terkenal seperti AsiaOne (Singapura), Yahoo Finance (Taiwan), Saigon Times (Vietnam) dan Warta Ekonomi (Indonesia). Pelanggan-pelanggan kami dapat memanfaatkan pelbagai platform multimedia dan media sosial kami untuk menyediakan kandungan menarik kepada audiens sasaran mereka. Laporan-laporan pascapengedaran kami boleh mengukur perhatian media, keterlihatan enjin gelintar dan angka tertinggi perangkak web yang dihasilkan oleh siaran akhbar dan imej bagi memudahkan strategi komunikasi yang lebih dipacu data." Royce Shih, Naib Presiden Jualan & Pemasaran APAC di PR Newswire menambah, "Kami amat menghargai perkongsian kami dengan perniagaan-perniagaan di Malaysia dan juga di rantau Asia Pasifik. Anugerah ini memperlihatkan bahawa komitmen kami terhadap pengedaran berita yang inovatif, iaitu rangkaian media global, pencapaian media tempatan dan platform multimedia, membolehkan pelanggan-pelanggan Asia Pasifik kami menyampaikan nilai unik mereka kepada audiens sasaran di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa."

Menghubungkan Wartawan dengan Kandungan Menarik

Di luar Malaysia, landskap media turut berubah dengan pesat. Pasukan kami aktif menjalankan penyelidikan tentang landskap media yang berubah-ubah ini bagi mengumpul maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh golongan profesional PR bagi tujuan meningkatkan strategi-strategi komunikasi mereka. Sebagai contoh, dalam Laporan Keadaan Media 2019 (2019 State of Media Report), Cision, syarikat induk PR Newswire, bertanyakan 1,999 wartawan antarabangsa sama ada ketersediaan metrik audiens seperti pandangan dan penglibatan telah mengubah cara mereka menilai suatu kisah. Sejumlah 65 peratus wartawan ini mengakui bahawa metrik ini telah mengubah cara mereka menilai kisah-kisah berpotensi. Dalam masa yang sama, tekanan belanjawan menyebabkan kekurangan sumber, dengan 42 peratus responden menyatakan bahawa mereka mengusahakan berita-berita tidak kurang daripada sehari lebih awal. Ketika wartawan bergelut dengan metrik audiens dan kekangan sumber, ahli-ahli profesional PR berpeluang untuk menjadi rakan kongsi yang semakin penting. Banyak wartawan cenderung menerbitkan apa yang mereka peroleh dan Laporan Keadaan Media 2019 2019 State of Media Report menunjukkan bahawa imej (menjadi pilihan 27 peratus responden), infografik (18 peratus), analisis data yang disesuaikan (16 peratus) dan video (13 peratus) adalah penting untuk mencipta visual dan maklumat imersif yang lebih cenderung untuk diterima oleh audiens mereka. Oleh itu, ahli-ahli profesional PR mungkin ingin menghasilkan siaran berita mereka selaras dengan keutamaan ini bagi mengukuhkan hubungan media.

Sumber: 2019 State of Media Report
Sumber: 2019 State of Media Report

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd. (NYSE: CISN), ialah penyedia bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media yang terkemuka. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasakan kisah-kisah organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi www.prnasia.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
Pasukan Pemasaran Asia PR Newswire
+852 2572 8228
asia.marketing@prnasia.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-d
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190507/2458558-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190507/2458558-1-b

Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Awards