omniture

Pameran Canton Bersiap Sedia untuk Sesi ke-126 tatkala China Catatkan Pertumbuhan Perdagangan Separuh Pertama yang Baik

Pameran Canton
2019-07-30 03:59 372

GUANGZHOU, China, 30 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala Pameran Import dan Eksport China ("Pameran Canton") bersiap sedia untuk sesi ke-126 pada Oktober ini, Pentadbiran Am Kastam (GAC) China telah mengeluarkan angka-angka daripada separuh pertama tahun 2019 yang menunjukkan aktiviti perdagangan yang mantap, yang menunjukkan keadaan ekonomi dan trend transaksi negara yang stabil sepanjang tempoh yang sama.

Pameran Canton Bersiap Sedia untuk Sesi ke-126 tatkala China Catatkan Pertumbuhan Perdagangan Separuh Pertama yang Baik
Pameran Canton Bersiap Sedia untuk Sesi ke-126 tatkala China Catatkan Pertumbuhan Perdagangan Separuh Pertama yang Baik

Meskipun jumlah keseluruhan perdagangan asing China meningkat sebanyak 3.9% bagi mencecah RMB 14.67 trilion pada separuh pertama tahun 2019, eksport meningkat sebanyak 6.1% bagi mencecah RMB 7.95 trilion. Eksport produk-produk berteknologi tinggi dan bernilai tambah tinggi menerajui, terutamanya hasil daripada peningkatan 91.9% dalam eksport kenderaan elektrik, peningkatan 57.1% dalam eksport sel solar dan peningkatan hampir dua kali ganda dalam eksport turbin angin. Ketiga-tiga kategori produk ini akan turut ditonjolkan dengan jelas di Pameran Canton ke-126.

"Biarpun pertumbuhan ekonomi China berdepan dengan kesukaran dan cabaran tertentu, tinjauan ekonomi keseluruhan negara dilihat stabil manakala trend jangka panjang tidak berubah," kata Li Kuiwen, jurucakap dan pengarah GAC daripada Jabatan Analisis Statistik GAC. "Daya tahan, potensi dan dasar China kekal kukuh seperti biasa."

Ketika fahaman alam sekitar meningkat di seluruh dunia, China telah menyaksikan eksport basikal elektriknya melonjak memandangkan pengguna global tercari-cari bentuk pengangkutan yang lebih mesra alam. Meskipun industri ini agak kompetitif dengan tahap orientasi pasaran yang tinggi dan penumpuan pasaran yang rendah, pengeluar basikal elektronik telah berkembang secara berperingkat-peringkat apabila melibatkan penskalaan, keuntungan, daya saing serta pengaruh, mewujudkan pasaran yang rancak dengan segmen-segmen. Pameran Canton kali ke-126 akan menyediakan dua zon basikal elektrik yang mempamerkan basikal, aksesori dan bekalan. Pempamer-pempamer jenama akan terdiri daripada syarikat baharu skuter Ninebot Inc., pencipta siri Ninebot, Windrunner dan Ninebot One.

Di samping itu, ketika pasaran pengguna untuk bekalan elektrik, kereta dan perkakas rumah berkembang, pengilangan Cina terus menginovasi, meningkatkan bilangan dan kualiti barangan yang dieksport. Pameran Canton ke-126 akan membawakan zon-zon peralatan motor dan peralatan elektrik yang meliputi motor elektrik, jentera elektrik, enjin diesel, penjana, peralatan transmisi dan banyak lagi, dengan tumpuan khusus diberikan pada produk-produk berkecekapan tinggi dan dengan daya pemprosesan tinggi. Pempamer-pempamer jenama akan melibatkan Fujian Yanan Power Group. 

Produk-produk solar turut mengalami pempelbagaian dengan pesat, tatkala produk-produk bersepadu dan simpanan tenaga membawa industri ini ke tahap baharu. Bahagian tenaga baharu Pameran Canton ke-126 akan membawakan kebanyakan produk fotovolta solar, selain beberapa produk terma solar, tenaga angin, tenaga baharu yang lain, dan simpanan tenaga.

Dengan inisiatif Pengilangan Pintar di China berkembang ke persada antarabangsa, lebih banyak pengeluar Cina memaparkan falsafah terbuka yang terangkum oleh produk-produk mereka. Jenama-jenama Cina bersedia untuk memperkenalkan produk-produk yang lebih inovatif di Pameran Canton ke-126. Untuk mengambil bahagian, ikuti pautan di bawah untuk mendaftar.

http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190729/2536764-1?lang=0

Source: Pameran Canton
Keywords: Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Trade show news Future Events