omniture

WeSing Cipta Guinness World Records menerusi Album Audio Dalam Talian Terbesar oleh Individu Nyanyikan Lagu Sama

Tencent Music Entertainment Group
2019-11-25 21:53 513

BEIJING, 25 November 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, kempen nyanyian dalam talian iaitu "Nyanyikan Lagu Sama My Motherland and Me," bersama-sama dianjurkan oleh CCTV-Business Channel, Tencent Group dan WeSing (aplikasi Karaoke dalam talian daripada Tencent Music Entertainment Group), secara rasminya diiktiraf dengan gelaran Guinness World Records kerana menjadi 'Album audio dalam talian terbesar oleh individu yang menyanyikan lagu sama'.

Pada majlis penyampaian sijil percubaan rasmi di Beijing, Pengadil Guinness World Records Yang Shaopeng mengumumkan kejayaannya dan menyampaikan sijil rasmi Guinness World Records kepada CCTV-Business Channel, Tencent Group dan WeSing. Majlis ini dihadiri oleh Cheng Wu, Naib Presiden Tencent Ketua Pegawai Eksekutif Tencent Pictures, Chen Yongqing, Timbalan Pengawal CCTV-Business Channel, Chen Feifei, Pengurus Besar Pemasaran, Unit Perniagaan QQ Music, Tencent Music Entertainment Group dan Marco Frigatti, Naib Presiden Kanan Pengurusan Rekod Global Guinness World Records dan Pengurus Besar Rantau Besar China, bersama-sama menyaksikan penciptaan Guinness World Record baharu tersebut.

Guinness World Records Anugerahkan Sijil kepada CCTV-Business Channel, Tencent Group dan WeSing
Guinness World Records Anugerahkan Sijil kepada CCTV-Business Channel, Tencent Group dan WeSing

Presiden Global Guinness World Records Alistair Richards turut menyampaikan ucapan tahniah beliau dengan berkata, "Guinness World Records berasal di Britain dan telah mengukur, menentusahkan dan merekodkan pencapaian dunia sejak tahun 1954. Misi kami adalah untuk mengekalkan arkib rekod yang menginspirasikan, melibatkan dan menghiburkan orang ramai di serata dunia dan meraikan yang terbaik di dunia. Daripada ribuan permohonan yang diterima oleh kami setiap bulan, kurang daripada 5% yang benar-benar berjaya dimasukkan secara rasmi ke dalam arkib kami. Kempen 'Nyanyikan Lagu Sama' telah menjadi sebahagian daripada pangkalan data berprestij Guinness World Records."

Sijil “Album Audio Terbesar Dalam Talian untuk Orang Ramai Menyanyikan Lagu yang Sama”
Sijil “Album Audio Terbesar Dalam Talian untuk Orang Ramai Menyanyikan Lagu yang Sama”

Pada 12 September, CCTV-Business Channel, bersama-sama Tencent Group dan WeSing, melancarkan kempen korus dalam talian "Nyanyikan Lagu Sama", menyeru warga Cina untuk menyanyikan lagu klasik My Motherland and Me di WeSing. Sejak dilancarkan, kempen tersebut telah menarik lebih 1 juta pengguna WeSing untuk memuat naik rakaman karaoke mereka sendiri bagi lagu sambutan hari kebangsaan melalui ciri Quick Sing WeSing.

Memanfaatkan teknologi AI, WeSing menukarkan suara lebih satu juta peserta kepada versi koir My Motherland and Me. Versi lagu berkenaan yang dilancarkan serentak di WeSing dan QQ Music, dengan pantas melonjak ke kedudukan ke-4 dalam Carta Teratas QQ Music. Sementara itu, terdapat lebih 6 juta pengguna menyanyikan versi ini sejak pelancarannya di WeSing. Semangat berkobar-kobar yang diperlihatkan terhadap lagu tersebut pada dua platform berkenaan sekali lagi membangkitkan semangat patriotisme negara.

WeSing menetapkan rekod Guinness World Records dengan “Album Audio Terbesar Dalam Talian untuk Orang Ramai Menyanyikan Lagu yang Sama”
WeSing menetapkan rekod Guinness World Records dengan “Album Audio Terbesar Dalam Talian untuk Orang Ramai Menyanyikan Lagu yang Sama”

Kempen "Nyanyikan Lagu Sama " telah menarik perhatian berjuta-juta pengguna untuk meluahkan semangat patriotisme mereka dengan menyanyikan lagu klasik My Motherland and Me. Kami berterima kasih kepada semua peserta kerana bersama-sama mencipta Guinness World Records untuk album audio dalam talian terbesar oleh individu yang menyanyikan lagu yang sama. Sebagai aplikasi Karaoke dalam talian yang popular, WeSing dikhususkan untuk memperkasa semua orang untuk menyanyi dan meluahkan emosi mereka dengan yakin, pada bila-bila masa dan di mana-mana, menerusi teknologi canggih kami dan keseronokan hebat muzik versatil serta interaksi sosial," kata Dennis Hau, Naib Presiden Tencent Music Entertainment Group.

Selain China, WeSing turut mencetuskan kegilaan di Asia Tenggara. Melalui Google Play, selama dua suku tahun berturut-turut, ia telah menjadi aplikasi muzik dan audio No.1 mengikut muat turun di Filipina dan bagi suku ketiga tahun 2019, ia merupakan aplikasi muzik dan audio 2 teratas mengikut muat turun di Indonesia, Thailand dan Malaysia. Di samping itu, WeSing turut mendapat kadar pengesyoran harian yang tinggi oleh Google Play di Asia Tenggara. Sejumlah besar pengguna dari kawasan-kawasan ini, selepas menyertai rangkaian WeSing, membawa sejumlah besar lagu, video dan penglibatan sosial kepada platform berkenaan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191122/2651643-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191122/2651643-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191122/2651643-1-c?lang=0

Source: Tencent Music Entertainment Group
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Music