omniture

UNISOC Lancar 5G SoC T7520 Generasi Baharu

UNISOC
2020-03-02 12:31 4198

SHANGHAI, 2 Mac 2020 /PRNewswire/ -- UNISOC, pembekal global yang terkemuka bagi komunikasi mudah alih dan cip set IoT, hari ini secara rasminya melancarkan platform mudah alih 5G SoC generasi baharu - UNISOC T7520. Menggunakan teknologi proses yang canggih, T7520 mendayakan pengalaman 5G yang dioptimumkan dengan keupayaan pemprosesan pengkomputeran AI serta pengimejan multimedia yang dipertingkatkan dengan ketara sambil menurunkan penggunaan kuasa.

T7520 ialah platform telefon pintar 5G generasi kedua UNISOC. Dibina melalui teknologi proses EUV 6nm dan diperkasa oleh beberapa teknik reka bentuk yang terkini, ia menawarkan prestasi yang sebahagian besarnya dipertingkatkan pada tahap penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding sebelum ini.

T7520 mempunyai empat teras Arm Cortex-A76 dan empat teras Arm Cortex-A55 dengan Arm Mali-G57 berasaskan GPU, menyediakan penstriman dan pengalaman permainan yang luar biasa pada kelajuan 5G.

T7520, dibangunkan pada platform Makalu 5G UNISOC, menyepadukan modem 5G pertama di dunia bagi menyokong peningkatan liputan untuk sebarang senario aplikasi(1). Dengan membolehkan pembawa menggunakan 5G pada spektrum 4G mereka yang sedia ada, T7520 meluaskan aplikasi teknologi perkongsian spektrum dinamik lebar jalur besar berpaten daripada UNISOC, memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada bagi memudahkan kerjasama dan perkongsian demi penggunaan 5G yang lebih murah dan lebih pantas. Khususnya, T7520 dioptimumkan untuk digunakan pada kereta api berkelajuan tinggi 500KM/j, menyediakan penumpang dengan pengalaman 5G premium.

"T7520 dibina berdasarkan beberapa teknologi yang utama di dunia, memberikannya prestasi yang dipertingkatkan secara komprehensif pada penggunaan kuasa rendah yang baharu," kata Steve Chu, Ketua Pegawai Eksekutif UNISOC. "Seni binanya yang terbuka dan inovatif memperlihatkan komitmen kami untuk berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi bagi menyediakan pengguna dengan pengalaman pintar yang unggul."

UNISOC T7520 mempunyai ciri-ciri utama yang berikut:

  • Teknologi proses EUV 6nm canggih: Teknologi proses ini menggunakan cahaya ultralembayung yang ekstrem dengan panjang gelombang yang sangat pendek iaitu 13.5 nm yang mana, dengan ketepatan menghampiri sinar-X, menyediakan resolusi litografi amat tinggi dan mencapai keseimbangan lebih baik antara kos, prestasi dan penggunaan kuasa. Berbanding proses 7nm terdahulu, proses 6nm mempunyai peningkatan 18% dalam ketumpatan transistor, yang membolehkan lebih banyak transistor disepadukan dalam setiap kawasan unit dan mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 8%, membolehkan bateri tahan lebih lama.
  • Penggunaan kuasa rendah yang baharu: T7520 menerima pakai seni bina penggunaan kuasa rendah generasi baharu UNISOC dan teknologi pengawalaturan kuasa berasaskan AI. Berbanding platform mudah alih yang digandingkan dengan modem 5G berasingan, T7520 ialah peneraju serba guna bagi penggunaan kuasa untuk senario beban ringan mahupun beban berat dan memberi pengurangan penggunaan kuasa sehingga 35% untuk beberapa senario perniagaan data.
  • Modem 5G pertama dunia untuk menyokong peningkatan liputan untuk semua senario (1): Modem ini menyokong pengagregatan pembawa 5G NR TDD+FDD dan penyahgandingan paut naik dan paut turun serta boleh meningkatkan liputan sebanyak lebih 100%. Teknologi pemancar super 5G inovatif daripada UNISOC boleh meningkatkan kelajuan paut naik sehingga 60% dan memenuhi senario yang mendesak seperti VR dan penstriman langsung resolusi ultra tinggi 4K/8K. T7520 menyokong jalur Sub-6GHz, perangkaian dwimod NSA/SA dan rangkaian 2G hingga 5G. Di bawah mod SA, ia menyediakan kelajuan paut naik puncak sebanyak lebih 3.25Gbps. Di samping itu, ia menyokong dwi-SIM dwi-5G serta Jatuh Balik EPS dan panggilan audio dan video resolusi tinggi VoNR.
  • Keupayaan AI berkuasa dan potensi pembangunan tanpa had: T7520 menyepadukan NPU generasi baharu dengan prestasi yang jauh lebih baik dan kecekapan tenaga yang cemerlang. Kecekapan tenaga (TOPS/W) meningkat sebanyak lebih 50% dibandingkan dengan produk generasi terdahulu. Reka bentuk inovatif dapat menyokong dengan lebih baik aplikasi AI rumit dalam mod penggunaan kuasa rendah yang berprestasi tinggi.
  • Keupayaan pemprosesan multimedia dipertingkat secara komprehensif: T7520 membawa penyelesaian Vivimagic generasi keenam proprietari UNISOC dan teknologi FDR (Julat Dinamik Penuh) generasi kedua, pemecut AI khusus dan seni bina ISP empat-teras dinaik taraf bagi menyediakan resolusi ultra tinggi 100MP dan keupayaan pemprosesan berbilang kamera. Hal ini, berserta teknologi imej utama daripada ACUTElogic, memberikan kualiti imej gambar yang luar biasa dan keupayaan rakaman video yang tidak terhad. T7520 menerima pakai seni bina paparan berbilang teras generasi baharu dan menyokong sehingga 120Hz kadar segar semula. Dengan keupayaan persembahan HDR omnisaluran dan semua-format, paparan Berbilang skrin dapat menyokong sehingga 4K dengan kualiti HDR10+. Ini membolehkannya untuk meningkatkan pengalaman pengguna untuk permainan kadar bingkai tinggi, video UHD 5G dan aplikasi VR/VR dengan ketara.
  • Keselamatan tahap kewangan bersepadu: T7520 menerima pakai penyelesaian Unsur Selamat Bersepadu generasi kedua UNISOC. Penyelesaian ini menyepadukan Unsur Selamat tahap kewangan ke dalam SOC dan menyediakan keselamatan yang lebih tinggi berbanding SE terbenam. Ia menyediakan penambahbaikan 100% dalam prestasi pengkomputeran dan menyokong senario keselamatan intensif-pengkomputeran seperti panggilan video tersulit. Ia turut menyokong kebanyakan algoritma kripto dan kebolehskalaan lebih baik serta menawarkan kapasiti storan lebih besar yang berupaya untuk menyokong lebih daripada 100 aplikasi. Hasil daripada kadar penyepaduan yang tinggi, T7520 mengurangkan dengan ketara kesukaran reka bentuk PCB dan turut menurunkan kos reka bentuk dan pembuatan peranti, dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian yang lebih kompetitif.

(Catatan 1) Modem 5G pertama dalam industri serta merta menyokong pengagregatan pembawa, penyahgandingan paut naik dan paut turun
serta paut naik super dan mencapai peningkatan liputan untuk senario rangkaian Sub-6GHz 5G.  

 

Latar Belakang UNISOC 

Sebagai subsidiari utama Tsinghua Unigroup, UNISOC merupakan sebuah syarikat semikonduktor tanpa fabrikasi terkemuka yang komited terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk cip set teras dalam komunikasi mudah alih serta IoT. Produk-produknya mencakupi platform cip set mudah alih yang menyokong piawaian komunikasi 2G/3G/4G/5G dan pelbagai penyelesaian cip set dalam bidang termasuk IoT, RFFE, sambungan tanpa wayar, AIoT dan TV. Dengan 4,500 kakitangan, 14 pusat R&D dan 7 pusat sokongan pelanggan di seluruh dunia, UNISOC berdedikasi untuk menjadi salah satu daripada tiga pembekal cip set mudah alih terkemuka di dunia dari segi bahagian pasaran global, penyedia cip set terbesar untuk IoT dan peranti ketersambungan serta syarikat 5G yang terkemuka di China.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.unisoc.com/

Source: UNISOC
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services