EKSORSIS BISKOP JAMES LONG, AHLI PSIKIK AND DUKUN PATTI NEGRI, PAKAR PONTIANAK MICHELLE BELANGER, AHLI SEJARAH PROLIFIK DAN PAKAR HALLOWEEN LISA MORTON, AHLI NUJUM SASHA GRAHAM, AHLI PEMULIH TENAGA SATISH DHOLAKIA, PAKAR PSIKIATRI DR WAGUIH ISHAK DAN PEMILIK SERTA PAKAR KARDIOLOGI/PROFESSOR DR ERNST VON SCHWARZ ANTARA PAKAR PARANORMAL YANG MENGETUAI SAMBUTAN HALLOWEEN DI SEPANJANG HUJUNG MINGGU
TIKET BERHARGA $25 UNTUK SEKALI TONTONAN BAGI AKSES 24 JAM SELAMA TIGA HARI KE HOUSE DAN SEMUA ACARA
TIKET MULA DIJUAL SEKARANG
LOS ANGELES, 24 Oktober 2020 /PRNewswire/ -- Dengan pengumuman minggu ini tentang Kisah Seram Terkenal Amerika Murder House yang akan dibuka kepada umum buat julung-julung kalinya, pemiliknya Dr Ernst von Schwarz dan isteri Angela Oakenfold kini mendedahkan senarai penglibatan acara selama tiga hari, 24 jam sehari tersebut yang disiarkan secara langsung di Internet buat kali pertama dari monumen bersejarah Los Angeles yang terkenal. Lihat pratonton penstriman langsung di sini.
Acara ini akan bermula pada subuh hari Khamis, 29 Oktober dan berakhir pada senja hari Ahad, 1 November , penstriman langsung Murder House akan menampilkan 15 kamera yang akan dipasang di seluruh rumah berkeluasan 10,000 kaki, disiarkan secara langsung di sepanjang hujung minggu.
Selain daripada acara penstriman langsung Murder House, penonton juga dapat melihat program harian seperti (butiran di bawah). Sementara penstriman langsung ini terbuka kepada umum melalui acara bertiket, The Murder House juga bakal membuka pintunya untuk menerima beberapa orang pemegang tiket yang bertuah. Enam orang peminat Murder House yang bertuah (atau tidak)--dua orang setiap malam selama tiga malam-- akan berada di lokasi bawah tanah yang menyeramkan dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia (seorang doktor akan memantau tanda-tanda dan keadaan psikologi penting).
Rancangan awal acara hujung minggu ini adalah seperti berikut:
Tiket mula dijual sekarang di www.themurderhouse.com. Selain itu, kemeja-t sebagai kenang-kenangan acara ini juga akan dijual di laman web. Sebahagian hasil yang diperoleh daripada acara ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan Baby2Baby.
Laman Web
Instagram
Twitter
TikTok
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1319171/the_murder_house.jpg?p=medium600