omniture

Telaga Cari Gali Ultradalam Sinopec Hasilkan 400,000 Meter Padu Gas Syal Setiap Hari

Ujian mengesahkan kemajuan penting penerokaan gas syal dalam pada kedalaman lebih 4,000 meter
SINOPEC
2021-11-02 22:32 100

CHONGQING, China, 2 November 2021 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengumumkan bahawa telaga cari gali gas syal utama Dongye Deep 2 yang dibangunkan oleh Sinopec Exploration Company di Dongxi, Chongqing, dengan kedalaman tertanam 4,300 meter, telahpun diuji untuk menghasilkan 412,000 meter persegi gas syal yang berkualiti tinggi setiap hari.

Sinopec's Ultradeep Prospecting Well to Produce 400,000 Cubic Meters of Shale Gas Daily.
Sinopec's Ultradeep Prospecting Well to Produce 400,000 Cubic Meters of Shale Gas Daily.

Pada kedalaman lebih daripada 4,000 meter, pencapaian ini melambangkan kemajuan penting dalam penerokaan gas syal ultradalam di China. Ia akan meningkatkan kapasiti pengeluaran gas syal Sinopec di Sichuan Tenggara sebanyak lebih 2 trilion meter padu. Pengeluaran gas syal yang diuji setiap hari iaitu 412,000 meter padu dapat menyediakan sumber bahan api kepada 820,000 isi rumah berdasarkan kepada penggunaan gas harian 0.5 meter padu dalam keluarga dengan tiga orang ahli.

Susulan kejayaan medan gas syal Fuling pada tahun 2012, Sinopec memperluaskan kepakarannya dalam gas syal dalam. Pada tahun 2018, Sinopec menemui dan mengkomersialkan medan gas syal Weirong pada kedalaman 3,800 meter.

Keperluan teknikal untuk membangunkan takungan gas syal marin dalam pada kedalaman lebih 4,000 meter adalah tinggi ekoran cabaran yang dihadapi pada kedalaman ultra tinggi dan tekanan kerak yang rumit. Pada tahun 2019, Sinopec mencapai kejayaan bagi teknologi peretakan untuk telaga gas syal pada kedalaman lebih daripada 4,000 meter menerusi Dongye Deep 1 Well yang berkualiti tinggi dengan pengeluaran harian mencecah 310,000 meter padu.

Bagi membangunkan Dongye Deep 2 Well, Sinopec Exploration Company menubuhkan sebuah pasukan penyelidikan dan inovasi gas syal dalam untuk menjalankan analisis teknikal termasuk penilaian sasaran dan membangunkan teknologi peretakan volumetrik gas syal dalam bagi mencapai kadar penggerudian gas syal berkualiti tinggi 100 peratus. Bagi mengurangkan kos, semua kelengkapan, alatan dan bahan Sinopec dibuat di China.

Seterusnya, Sinopec merancang untuk menumpukan perhatian kepada usaha yang lebih besar untuk meningkatkan penerokaan minyak dan gas dengan membangunkan sumber-sumber tidak konvensional seperti minyak dan gas syal sambil memfokuskan kepada pertumbuhan rizab dan pengeluaran petroleum konvensional.

Syarikat ini berusaha untuk menyediakan pembinaan peretakan gas syal dalam boleh diulang yang dapat dipromosikan. Dengan menerobos kedalaman yang baharu dan meluaskan pencapaian penerokaan serta pembangunan gas syal dalam, Sinopec komited untuk memberi sumbangan yang selanjutnya kepada pengeluaran gas syal di China yang semakin meningkat dengan pesat.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 NYSE:SNP
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities Oil/gas discoveries