omniture

AFS memperluas program untuk memangkin 5,000 anak muda pembuat perubahan di seluruh dunia

AFS Intercultural Programs
2022-01-25 21:30 36

NEW YORK, 25 Januari 2022 /PRNewswire/ -- AFS dengan bangganya mengumumkan Inisiatif Pembuat Perubahan STEM Global AFS yang baharu yang dibiayai oleh bp. Inisiatif baharu ini bermatlamat untuk menyediakan 5,000 anak muda di seluruh dunia dengan pengalaman pembelajaran yang luar biasa melalui STEM, program pertukaran antara budaya yang berfokuskan kelestarian dan mempunyai kecekapan global. Inisiatif ini akan dijalankan selama lima tahun akan datang (2022-2026) dan dikendalikan oleh AFS Intercultural Programme, sebuah organisasi pendidikan antarabangsa bukan untung dengan pembiayaan daripada bp, sebuah syarikat tenaga bersepadu global.

The new AFS Global STEM Changemakers Initiative to provide 5,000 scholarships for sustainability-focused intercultural exchanges
The new AFS Global STEM Changemakers Initiative to provide 5,000 scholarships for sustainability-focused intercultural exchanges

Memberikan alat kepada anak muda untuk membantu membina masa depan yang lebih lestari

Melalui pengalaman pembelajaran yang luar biasa, Inisiatif Pembuat Perubahan STEM Global AFS akan melengkapi pelbagai golongan anak muda dengan kecekapan STEM dan teknikal yang penting yang diperlukan (termasuk pendedahan kepada kejuruteraan, digital, sains data dan kesedaran STEM yang lebih luas) serta digabungkan dengan pemikiran reka bentuk dan kecekapan global termasuk pemikiran kritis, kesedaran antara budaya dan kerja berpasukan untuk membantu para pemegang biasiswa memahami dan bersedia untuk membantu peralihan dunia ke arah masa depan yang lebih lestari.

Program ini juga direka untuk memperkasakan populasi yang kurang diwakili terutamanya golongan wanita muda, dengan laluan kepada pendidikan STEM, kepemimpinan dan kesan sosial.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, AFS merancang supaya para pemegang biasiswa muda yang terpilih ini dapat menyertai salah satu daripada tiga program utama:

  • Akademi STEM Global AFS, yang menggabungkan pembelajaran secara maya dan bersemuka serta mengumpul pelbagai golongan anak muda yang berumur antara 15 hingga 17.5 tahun dari seluruh dunia dalam kohort global. Akademi secara bersemuka pada tahun 2022 dijadualkan akan diadakan di Brazil, China, India, Amerika Syarikat dan Belgium/UK di mana para pemegang biasiswa akan bekerjasama dalam kajian kes dunia nyata di setiap pasaran.
  • Pemecut STEM Global AFS, yang merupakan bengkel interaktif maya untuk kanak-kanak perempuan di seluruh dunia yang berusia antara 15 hingga 17.5 tahun, dengan fokus terhadap kelestarian dan kesan sosial yang positif, memperkasakan kanak-kanak perempuan untuk menjadi pembuat perubahan dalam komuniti mereka.
  • Inovator STEM Global AFS, untuk golongan anak muda yang berusia antara 14 hingga 16 tahun, yang bermula dengan kurikulum maya tentang kemahiran kecekapan global dan berakhir dengan bengkel bersemuka selama dua hari yang memberi tumpuan kepada pembangunan kelestarian dan kesan tempatan. Bengkel pada tahun 2022 dijadualkan akan diadakan di Perth, Australia; Kaherah, Mesir; dan Jakarta, Indonesia.

Selepas program selesai, para pemegang biasiswa akan dijemput untuk menyertai komuniti alumni yang akan menawarkan pelbagai peluang bimbingan, sesi pembangunan kemahiran, perbincangan panel dan peluang pembangunan yang lain. Para pemegang biasiswa juga berpeluang untuk dijemput menyertai Perhimpunan Belia AFS iaitu sebuah perhimpunan global untuk golongan anak muda yang menangani Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu secara aktif.

Memperkasakan anak muda untuk menjadi pembuat perubahan melalui STEM

AFS membawa kepakaran selama beberapa dekad dalam pertukaran pendidikan berasaskan kesan dan kuasa rangkaian global. "Kemahiran seperti komunikasi silang budaya, empati dan penyelesaian konflik adalah misi yang penting untuk dunia kita. Mendidik lebih ramai anak muda untuk menjadi warganegara global adalah penting jika kita ingin mewujudkan masa depan yang lebih lestari. Kami gembira dapat meningkatkan kerjasama kami dengan bp dan meneruskan lagi komitmen bersama kami terhadap pendidikan yang lebih saksama," kata Daniel Obst, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AFS Intercultural Programs.

bp menyokong inisiatif seperti ini untuk membantu membina bakat STEM yang diperlukan oleh dunia dalam mewujudkan penyelesaian lestari dan meningkatkan kepelbagaian bakat STEM.

Permohonan untuk Akademi STEM Global AFS akan dibuka pada bulan Januari 2022, manakala permohonan untuk program Inovator STEM Global dan Pemecut STEM Global bakal menyusul. Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif, syarat-syarat dan tarikh program tersebut di afs.org/global-stem.

Tentang AFS
AFS Intercultural Programs ialah sebuah Rangkaian bukan untung global yang menyediakan peluang pembelajaran antara budaya bagi membantu orang ramai membangunkan pengetahuan, kemahiran dan pemahaman yang diperlukan untuk mewujudkan dunia yang lebih adil dan aman. Melalui program pertukaran antarabangsa, inisiatif pendidikan, kesukarelawanan dan sokongan, AFS memperkasa orang ramai dari pelbagai latar belakang dengan kemahiran global yang penting—dan semangat untuk membuat perubahan. AFS Intercultural Programs memanfaatkan kuasa dan jangkauan 55 buah Organisasi AFS Kebangsaan yang bekerjasama untuk mempercepat kesan di peringkat tempatan, global dan secara keseluruhan. www.afs.org.

Tentang bp
Matlamat bp ialah untuk membawa pembaharuan kepada tenaga bagi manusia dan planet kita. Ia telah menetapkan hasrat untuk menjadi sebuah syarikat sifar karbon menjelang tahun 2050 atau lebih awal dan membantu dunia mencapai sifar karbon serta strategi untuk menyampaikan matlamat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.bp.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1732498/AFS_Global_STEM_Changemakers.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: AFS Intercultural Programs
Keywords: Education Not for profit