omniture

Casio bakal Lancar MR-G Pertama Tampilkan Reka Bentuk Ikonik G-SHOCK Asal

CASIO COMPUTER CO. LTD
2022-03-02 05:43 128

Pelbagai Komponen untuk Kemasan Teliti dengan Ketukangan Penggilapan Mahir

TOKYO, 2 Mac 2022 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran penambahan baharu kepada siri MR-G, barisan unggulan jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. MRG-B5000 baharu ini merupakan jam tangan MR-G pertama yang menampilkan reka bentuk ikonik G-SHOCK yang pertama.

MRG-B5000B
MRG-B5000B

Dengan pengiktirafan kepada reka bentuk DW-5000C, G-SHOCK pertama seumpamanya yang dilancarkan pada tahun 1983, kini MRG-B5000 membawakan kilauan yang terang dan perbezaan yang menawan kepada jam tangan kalis hentakan ini dengan menggunakan logam canggih yang dikemaskan dengan ketukangan penggilapan berkemahiran.

Bagi mengaplikasikan kemasan bergilap yang sofistikated bahkan kepada sudut yang paling kecil pada bentuk bezel rumit, yang diperbuat daripada 25 komponen yang berbeza, Casio membangunkan Struktur Berbilang-Pelindung yang baharu. Struktur baharu ini menggabungkan bahagian penyerap hentakan pada bezel dengan pelbagai komponen bagi memastikan sifat kalis hentakan yang sangat baik, di samping turut membolehkan kemasan yang digilap diaplikasikan pada setiap komponen individu, hinggalah kepada bahagian yang paling mencabar, demi kemasan yang cantik lagi memukau. Tali jam turut menggunakan struktur khas, dengan pin berasingan tertanam dalam lubang bulat pada setiap penghubung logam, bagi memberikan penggilapan terperinci untuk kemasan yang sama cantik pada tali jam.

Kualiti ketukangan penggilapan yang mahir benar-benar dapat dilihat pada bahan-bahan buatan Jepun canggih yang digunakan untuk MRG-B5000. COBARION, yang memiliki ciri kekerasan kira-kira empat kali ganda daripada titanium tulen dan kilauan bergemerlapan setanding dengan platinum, digunakan untuk permukaan atas bezel. Tali jam diperbuat dengan DAT55G, aloi titanium yang hampir tiga kali ganda lebih keras daripada titanium tulen dan amat mudah dibentuk, lalu menjadikannya kalis calar dan memastikan kemasan cermin yang tahan lama dan cantik.

Penggilapan yang direka dengan mahir dan bahan-bahan yang dipilih dengan teliti digabungkan untuk mencipta jam tangan yang setanding dengan reka bentuk asal, namun dengan kualiti tanda dagangan barisan MR-G, yang berada di puncak rangkaian jam tangan G-SHOCK yang pelbagai.

Apabila melibatkan fungsi, MRG-B5000 menampilkan penentukuran yang dikawal oleh radio dan sambungan Smartphone Link. Jam tangan ini berhubung dengan aplikasi telefon pintar CASIO WATCHES khusus yang membuat pelarasan masa yang betul secara automatik. Ia juga didatangkan lengkap dengan sistem pengecasan solar dan lampu LED dengan kecerahan tinggi demi kemudahan tambahan.

Sama seperti jam tangan MR-G yang lain, MRG-B5000 dihasilkan pada Barisan Pengeluaran Premium yang berkualiti tinggi di Yamagata Casio, iaitu "kilang induk" bagi pengeluaran jam tangan Casio.

* COBARION ialah tanda dagangan aloi kobalt-kromium yang dikeluarkan secara eksklusif oleh Eiwa Corporation. 

* DAT ialah tanda dagangan berdaftar Daido Steel Co., Ltd. di Jepun.

MRG-B5000B / MRG-B5000D
MRG-B5000B / MRG-B5000D

 

Multi-Guard Structure comprising 25 different bezel components
Multi-Guard Structure comprising 25 different bezel components

 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail