omniture

Vedanta Aluminium berada pada kedudukan ke-2 dalam kedudukan S&P Dow Jones Sustainability Index (DJSI) 2022

Vedanta Aluminium
2023-02-01 16:35

NEW DELHI, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Vedanta Aluminium, salah sebuah pengeluar aluminium terbaik di dunia, meningkat ke tempat ke-2 pada kedudukan industri aluminium dunia S&P Dow Jones Sustainability Index (DJSI) untuk tempoh penilaian Tahun Kewangan 2021-2022. Ini menjadikan Vedanta Aluminium sebagai pengeluar aluminium kedua yang paling lestari di dunia.

Vedanta's Aluminium plant at Jharsuguda (Odisha), the largest aluminium smelter
Vedanta's Aluminium plant at Jharsuguda (Odisha), the largest aluminium smelter

Syarikat ini telah meningkat dua anak tangga daripada kedudukan ke-4 sebelum ini di seluruh dunia dalam penilaian bagi Tahun Kewangan 2020-2021. Vedanta Aluminium mendapat markah tinggi pada kebanyakan aspek kriteria seperti Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus, termasuk Keselamatan Siber, Pelaporan Alam Sekitar, Dasar & Sistem Pengurusan Alam Sekitar, Petunjuk Amalan Buruh, Pembangunan Modal Insan, Tarikan & Pengekalan Bakat, Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Kesan Sosial terhadap Komuniti.

Encik Rahul Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif Vedanta Limited – Aluminium Business berkata,  "Kedudukan S&P DJSI kami untuk 2022 mencerminkan komitmen kami untuk menyepadukan secara berstruktur prinsip kelestarian di seluruh rantaian nilai kami, daripada penyumberan hingga kepada penyampaian produk, dengan tindakan iklim menjadi tumpuan kepada perjalanan pertumbuhan kami. Agenda pembangunan lestari kami merangkumi tumpuan utama terhadap penyahkarbonan operasi kami, peningkatan kuantum tenaga boleh baharu dalam olahan tenaga kami, penggunaan sumber semula jadi yang sangat baik seperti air, kesejahteraan pekerja & rakan kongsi kami, memupuk ekonomi kitaran dalam pengurusan sisa dan kerjasama dengan komuniti tempatan untuk daya tahan terhadap iklim. Pengiktirafan sebagai pengeluar aluminium kedua yang paling lestari di dunia membangkitkan misi kami untuk 'Berubah demi Kebaikan' bagi peningkatan kesejahteraan planet, manusia dan komuniti kami."

Pendekatan Vedanta Aluminium terhadap kelestarian yang merangkumi dimensi kritikal seperti pengurangan karbon & kecekapan tenaga, prestasi ekonomi, rantaian bekalan, kualiti udara, pengurusan air, biodiversiti, pengurusan sisa, kesihatan dan keselamatan, kecemerlangan masyarakat, kebajikan komuniti dan lain-lain. Bagi melengkapkan perjalanan ini, syarikat tersebut baru-baru ini telah menerbitkan Laporan Kelestarian dan laporan sulung tentang perubahan iklim (sejajar dengan Pasukan Petugas untuk rangka kerja Pendedahan Kewangan berkaitan Iklim) untuk TK 2021-2022. Kedua-dua laporan boleh diakses di laman web syarikat di https://vedantaaluminium.com/sustainability/sustainability-report/  

Vedanta Aluminium, sebuah perniagaan Vedanta Limited, merupakan pengeluar aluminium terbesar di India. Ia merupakan peneraju dalam produk aluminium tambah nilai yang mencari penggunaan kritikal dalam industri-industri utama. Dengan peleburan aluminium bertaraf dunia, penapisan alumina dan loji janakuasa di India, syarikat tersebut memenuhi misinya untuk memacu penggunaan aluminium sebagai 'Logam Masa Depan' untuk masa depan yang lebih hijau. www.vedantaaluminium.com

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Sonal Choithani
Ketua Pegawai Komunikasi
Aluminium Business, Vedanta Ltd.
Sonal.Choithani@vedanta.co.in
www.vedantaaluminium.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1991983/Vedanta_Aluminium_Plant.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1991984/Vedanta_Aluminium_Logo.jpg?p=medium600

Source: Vedanta Aluminium
Keywords: Environmental Products & Services Mining/Metals Oil/Energy Environmental Issues