omniture

Gaggan Dinobat Restoran Terbaik Asia sempena Asia's 50 Best Restaurants 2017

Asia’s 50 Best Restaurants
2017-02-22 09:10 890

BANGKOK, 22 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Senarai Asia's 50 Best Restaurants, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, diumumkan dalam sebuah majlis penyampaian anugerah di W Hotel, Bangkok.

The winning chefs and restaurateurs celebrate at the fifth annual Asia's 50 Best Restaurants awards ceremony, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.
The winning chefs and restaurateurs celebrate at the fifth annual Asia's 50 Best Restaurants awards ceremony, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna.

 

For a third consecutive year, Chef Gaggan Anand (Gaggan, Bangkok) receives the dual awards for The Best Restaurant in Asia, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna and The Best Restaurant in Thailand, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna
For a third consecutive year, Chef Gaggan Anand (Gaggan, Bangkok) receives the dual awards for The Best Restaurant in Asia, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna and The Best Restaurant in Thailand, sponsored by S.Pellegrino & Acqua Panna

 

Gaggan di Bangkok menduduki tempat pertama selama tiga tahun berturut-turut dan mengekalkan jolokan Restoran Terbaik di Asia, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna, dan Restoran Terbaik di Thailand, ditaja oleh S.Pellegrino & Acqua Panna.  

Senarai untuk tahun 2017 mengalu-alukan 10 kemasukan baharu, manakala China, Jepun, Singapura dan Thailand setiap satunya menyumbang sembilan restoran dalam senarai tersebut.

Anugerah Rantau Individu:

Mendaki satu anak tangga ke tempat kedua, Restaurant Andre mengekalkan jolokan Restoran Terbaik di Singapura, tajaan S.Pellegrino & Acqua Panna.

Amber (No.3) di Hong Kong dipilih sebagai Restoran Terbaik di China, tajaan S.Pellegrino & Acqua Panna.

Narisawa (No.6) dipilih sebagai Restoran Terbaik di Jepun, tajaan S.Pellegrino & Acqua Panna, bagi tahun kelima berturut-turut.

Mingles (No.15) di Seoul sekali lagi dipilih sebagai Restoran Terbaik di Korea manakala Indian Accent (No.30) dianugerahkan gelaran Restoran Terbaik di India buat kali ketiga.

RAW (No.24) memenangi Restoran Terbaik di Taiwan, Ministry of Crab di Colombo (No.29) merupakan Restoran Terbaik di Sri Lanka manakala Gallery Vask (No.35) di Manila mengekalkan pengiktirafan sebagai Restoran Terbaik di Filipina.

Para pemenang anugerah lain yang diumumkan termasuk:

Anugerah Kemasukan Baharu Tertinggi, tajaan Mekhong: Odette, Singapura
Restoran Chef Julien Royer di National Gallery Singapore yang ikonik, muncul buat pertama kali di No. 9, kemasukan baharu tertinggi dalam sejarah senarai ini.

Chef Pastri Terbaik Asia: Kazutoshi Narita, Tokyo
Di Esquisse dan Esquisse Cinq Tokyo, pakar pastri Kazutoshi Narita menggabungkan kesenian hidangan makanan Jepun dengan nuansa pâtisserie Perancis.

Anugerah Pilihan Chef, tajaan Peroni: Dave Pynt, Singapura
Kemahiran Dave Pynt menerusi pelbagai teknik memasak melayakkan beliau menerima penghormatan daripada rakan setara serantau. Tahun ini, Pynt merupakan penerima Anugerah Pilihan Chef, ditaja oleh Peroni.

Seni Hospitaliti: Den, Tokyo
Mendaki 26 anak tangga untuk menduduki No.11, Den gembira memberi kejutan dan menghiburkan para tetamunya, melayakkannya menjadi penerima Anugerah Seni Hospitaliti sulung di Asia.

Anugerah Peningkatan Tertinggi: Locavore, Bali
Locavore mendaki 27 anak tangga untuk menduduki kedudukan No.22, mendapat gelaran Restoran Terbaik di Indonesia.

Chef-pengusaha restoran May Chow dari Little Bao di Hong Kong dan Bangkok dipilih sebagai Chef Wanita Terbaik Asia 2017.

TocToc di Seoul meraih Anugerah Miele One To Watch manakala chef Itali Umberto Bombana daripada 8 1/2 Otto e Mezzo Bombana merupakan penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Diners Club® 2017.

Cara senarai Asia's 50 Best Restaurants disusun

Senarai tersebut dihasilkan menerusi undian daripada Akademi Asia's 50 Best Restaurants, sebuah kumpulan berpengaruh yang terdiri daripada lebih 300 pemimpin dalam industri restoran di seluruh Asia. Bagi edisi tahun 2017, Asia's 50 Best Restaurants sekali lagi bekerjasama dengan perkhidmatan perundingan profesional Deloitte sebagai rakan kongsi penghakiman bebas rasmi.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang proses pengundian Asia's 50 Best Restaurants, layari
http://www.theworlds50best.com/asia/en/our-manifesto.html

Nota untuk Editor:

William Reed Business Media

Senarai Asia's 50 Best Restaurants dimiliki dan diterbitkan oleh William Reed Business Media, yang turut menerbitkan The World's 50 Best Restaurants, yang dilancarkan pada tahun 2002 serta Latin America's 50 Best Restaurants, dilancarkan pada tahun September 2013. William Reed Business Media bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran anugerah, sistem pengundian dan juga senarai ini.

Negara Tuan Rumah: Thailand

Thailand juga menjadi lokasi kegemaran makanan gourmet menerusi sajian terbaik dunia yang dihidangkan. Dapur dan restoran negara tersebut menyajikan juadah tradisional dan bersifat inovatif, berunsur tempatan dan global, namun sentiasa enak dan setiap orang dijemput mencuba rasanya yang unik.

Penaja utama: S.Pellegrino dan Acqua Panna

S.Pellegrino dan Acqua Panna merupakan penaja utama Asia's 50 Best Restaurants. S.Pellegrino dan Acqua Panna merupakan pembekal air mineral semula jadi utama dalam dunia hidangan makanan mewah. Kedua-duanya bersama-sama menafsir gaya Itali sedunia sebagai kombinasi antara kecemerlangan, kesenangan dan kesejahteraan.   

Rakan-rakan kongsi lain

  • Diners Club International -- Rakan kongsi kad kredit rasmi dan penaja 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Diners Club® - Asia'
  • Miele -- Rakan kongsi perkakas dapur rasmi dan penaja 'Anugerah Miele One To Watch'
  • Peroni -- Rakan kongsi bir rasmi dan penaja 'Anugerah Pilihan Chef'
  • Mekhong -- Rakan kongsi minuman beralkohol rasmi dan penaja 'Anugerah Kemasukan Baharu Tertinggi'
  • Lavazza -- Rakan kongsi kopi rasmi
  • Penfolds -- Rakan kongsi wain rasmi
  • Aspire Lifestyles -- Rakan kongsi kerja rencam rasmi
  • W Bangkok -- Rakan kongsi hotel dan tempat rasmi

Nota untuk media: Bagi mendapatkan maklumat terkini selanjutnya daripada Asia's 50 Best Restaurants, anda MESTI mendaftar dengan pusat media kami secara dalam talian di http://www.theworlds50best.com/asia/en/media-centre-registration.html

Sebarang pertanyaan akhbar, sila hubungi:

CatchOn & Company di Hong Kong
E-mel: asias50best@catchonco.com
No. Telefon: +852-2566-8988

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170222/8521700891-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170222/8521700891-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170215/8521700891LOGO

Source: Asia’s 50 Best Restaurants
Keywords: Food/Beverages Restaurants Awards