PerfectSwell® Surf Stadium Japan akan menjadi kolam berprestasi tinggi yang pertama di Jepun
SOLANA BEACH, California, 19 Februari 2020 /PRNewswire/ --Surf Stadium Japan dan American Wave Machines akan mengadakan sidang akhbar untuk rakan media pada 28 Februari, jam 13:00 petang JST bagi memberi maklumat berhubung pembinaan kolam luncur bertaraf dunia di Shizunami, Makinohara, Shizuoka Jepun.
SIAPA:
En. Tooshihiko Adachi, Ketua Pegawai Eksekutif, Surf Stadium Japan,
En. Shigeki Nishihara, Datuk Bandar, Bandar Raya Makinohara
En. Bruce McFarland, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, American Wave Machines, Inc.
En. Mike Lopez, Naib Presiden Kanan, American Wave Machines, Inc.
En. Kimifumi Imoto, Naib Presiden, Nippon Surfing Association
Cik. Misa Shimizu, Pakar Komersial Kedutaan AS Tokyo
En. Inaoka, Naib Presiden, Ana Strategic Research Institute
En. Jon Omori, Jawatankuasan Olimpik AS
APA: Surf Stadium Japan akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan permulaan pembinaan kemudahan latihan PerfectSwell® Surf bertaraf dunia di Shizunami. Kemudahan luncur tersebut, disokong oleh Bandar Raya Makinohara, merangkumi pertukaran sukan A.S.-Jepun ke arah Sukan Olimpik, sebahagian besarnya menyumbang kepada pemupukan atlet-atlet akan datang. Sidang akhbar berkenaan akan membawakan Pertubuhan-pertubuhan Luncur dari kedua-dua negara.
BILA: Jumaat, 28 Februari 2020, 13:00-15:00 JST
DI MANA: Intercontinental- ANA, Tokyo Banquet Hall B1, 1-12-33 Akasaka, Bandar Raya Minato, Tokyo 107-0052, Jepun
CATATAN: Pihak media yang ingin hadir sila RSVP sebelum 25 Februari kepada Misa.Shimizu@trade.gov
American Wave Machines ialah syarikat teknologi gelombang terkemuka yang menghasilkan pengalaman meluncur yang autentik. Tempat-tempat SurfStream® mempunyai kapasiti 100 sementara kolam luncur PerfectSwell® melebihi 1 ekar dengan kapasiti dalam 1,000. Sejak tahun 2007, lebih 3,000,000 sesi telah diadakan di lokasi-lokasi American Wave Machines di seluruh dunia. Kunjungi AmericanWaveMachines.com
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1091478/American_Wave_Machines_Surf_Training.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1058606/American_Wave_Machines_Logo.jpg