omniture

Anthony Ha, Pengurus Besar Baharu Hyatt Regency Suzhou dan Naib Presiden Kawasan, Mulakan Era Baharu di Hotel

Hyatt Regency Suzhou
2015-08-17 10:00 655

SUZHOU, China, 17 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Anthony Ha telah dilantik sebagai pengurus besar dan naib presiden kawasan Hyatt Regency Suzhou, berkuat kuasa pada 1 Ogos 2015.

En. Anthony Ha, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kawasan Hyatt Regency Suzhou
En. Anthony Ha, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kawasan Hyatt Regency Suzhou

 

Hyatt Regency Suzhou
Hyatt Regency Suzhou

Seorang graduan daripada Washington State University, En, Ha memulakan kerjayanya bersama Hyatt pada tahun 1986 di Hyatt Regency San Francisco, diikuti dengan tugasan di Hyatt Regency Macau. Setelah itu, En. Ha bekerja dengan pelbagai hotel di tanah besar China, Hong Kong dan Micronesia sebelum kembali menyertai keluarga Hyatt pada Februari 2011. Beliau merupakan pengurus besar yang membuka Hyatt Regency Qingdao pada Ogos 2011 dan seterusnya menyandang jawatan naib presiden kawasan pada April 2015.

"Hal ini merupakan suatu yang menggembirakan untuk bekerja dengan pasukan yang begitu berbakat di Hyatt Regency Qingdao sejak empat tahun lalu, dan saya tidak sabar-sabar untuk memimpin pasukan baharu di Hyatt Regency Suzhou sert hotel-hotel lain dalam kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada saya," kata En. Ha.

Pada masa lapang, En. Ha gemar berbasikal dan bermain golf. Beliau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis dan Vietnam.

Latar Belakang Hyatt Regency Suzhou

Hyatt Regency Suzhou menawarkan 355 buah bilik tetamu dan suit yang luas serta tingkat eksekutif Regency Club. Hotel ini menampilkan lima restoran dan ruang istirehat, lebih 1,394 meter persegi (15,000 kaki persegi) ruang mesyuarat, acara dan majlis perkahwinan, serta kemudahan spa dan juga kesejahteraan. Berhampiran Tasik Jinji yang indah, Pusat Budaya dan Seni, Pusat Ekspo Antarabangsa Suzhou dan Taman Roda Ferris, Hyatt Regency Suzhou menyediakan gabungan mudah antara kota lama Suzhou dan daerah baharunya. Hotel ini merupakan titik penghubung penting antara Suzhou dan Shanghai, yang menawarkan capaian mudah untuk para tetamunya. Hanya 25 minit yang diperlukan untuk ke Shanghai dengan menaiki kereta api, satu jam dengan memandu kereta untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hongqiao Shanghai, serta 10 minit dengan memandu kereta untuk ke Stesen Kereta Api SIP Suzhou, hab pengangkutan Delta Sungai Yangtze.

Latar Belakang Hyatt Regency

Hyatt Regency merupakan jenama hotel hebat yang menghubungkan perantau kepada sesiapa sahaja dan apa yang paling bermakna untuk mereka. Lebih 140 lokasi bandar dan resort Hyatt Regency yang terletak secara strategik di lebih 30 buah negara yang berfungsi sebagai tempat pilihan untuk berhimpun bagi meraikan setiap acara -- daripada mesyuarat perniagaan yang cekap kepada percutian keluarga yang diingati. Jenama ini menawarkan pengalaman sehenti yang mempunyai segala yang diperlukan oleh para tetamu di hujung jari mereka. Hotel dan resort Hyatt Regency menawarkan rangkaian perkhidmatan dan kemudahan lengkap, termasuk pengalaman kulinari menarik; cara berbantu teknologi untuk bekerjasama; ruang untuk bekerja, berhubung atau bersantai; dan pakar perancang yang mengurus setiap perincian. Untuk maklumat lanjut, kunjungi hyattregency.com atau facebook.com/HyattRegency.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150811/0861507357-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150811/0861507357-b

Source: Hyatt Regency Suzhou
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements