omniture

360 Security Tersenarai di Kedudukan ke-6 Dalam Muat Turun Sedunia Google Play

Menurut Senarai Indeks App Annie Bagi Bulan Julai
360 Mobile Security Limited
2015-08-31 10:27 428

BEIJING, 31 Ogos, 2015 /PRNewswire/ -- 360 Security, aplikasi antivirus dan prestasi mudah alih untuk para pengguna Android, hari ini mengumumkan ia telah meningkat 11 anak tangga dalam carta muat turun Google Play untuk berada di kedudukan aplikasi ke-6 paling popular di seluruh dunia pada bulan Julai menurut Indeks App Annie. Peningkatan kesedaran terhadap sekuriti mudah alih dalam kalangan pengguna, bersama pelancaran kempen di Korea dan Jepun telah menyumbang kepada kedudukan terkini ini.

360 Security menawarkan pengguna dengan utiliti semua dalam satu untuk perlindungan daripada ancaman virus, pengoptimuman memori dan penjimatan tenaga. Menurut laporan daripada App Annie, aplikasi 360 Security semakin popular di peringkat global, ketika aplikasi sekuriti menyaksikan peningkatan muat turun. Sejak pelancarannya di Google Play dua tahun lalu, aplikasi Security 360 telah menjadi aplikasi sekuriti utama dalam kalangan pengguna Android, tersenarai di tempat pertama di 90 buah negara dalam Senarai Kedudukan Aplikasi Google Play Store.

Menurut Yan Huang, Ketua Pegawai Operasi 360 Security: "Kami telah menyaksikan peningkatan kesedaran dalam kalangan pengguna untuk mengambil langkah tambahan dalam melindungi peranti mudah alih mereka. Kedudukan terkini kami dalam Google Play selanjutnya menunjukkan kepentingan 360 Security dan perlindungan mudah alih. Selain itu, penambahbaikan berterusan terhadap pengalaman pengguna dan ciri-ciri baharu kami meningkatkan populariti kami. Kumpulan pengguna kami telah bertambah dan kami menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam semua pasaran terutamanya di Amerika Syarikat dan negara-negara barat."    

Aplikasi ini merupakan satu-satunya aplikasi pendorong kelajuan dan antivirus percuma. Dengan hanya satu klik, pengguna dapat meningkatkan kelajuan peranti mereka atau membersihkan fail-fail yang tidak perlu untuk ruang memori lebih besar dan hayat bateri lebih panjang, sambil melindungi peranti mereka daripada virus, perisian hasad (malware), perisian iklan (adware), ransomeware, kelemahan atau Trojan.

"Sebagai pengguna Android, sekuriti mudah alih merupakan kerisauan terbesar saya. Aplikasi 360 Security merangkumi semua yang saya ingini dari segi sekuriti mudah alih," kata Ryan Ortiz, pelanggan aplikasi 360 Security. "Aplikasi ini membolehkan telefon saya berfungsi dengan lancar sambil menghapuskan ancaman terhadap sekuriti dengan berkesan dan meningkatkan hayat bateri."   

Aplikasi 360 Security boleh didapati dalam lebih 30 bahasa secara percuma melalui Google Play Store. Untuk mengetahui lebih lanjut atau memuat turunnya hari ini, klik di sini.

Sumber Sokongan

Wakil Media untuk 360 Mobile Security
William Xu
360 Mobile Security
william.xu@mobimagic.com

Allison DeLeo
Racepoint Global untuk 360 Mobile Security
+1 (415) 694-6411
360security@racepointglobal.com

Source: 360 Mobile Security Limited
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Sales reports Survey, Polls & Research