omniture

Zimmer Biomet Terpilih "Majikan Terbaik 2017" China oleh Top Employers Institute Enam Tahun Berturut-Turut

Zimmer Biomet Holdings, Inc.
2016-12-06 08:00 584

SINGAPURA, 6 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Zimmer Biomet Holdings, Inc. (NYSE and SIX: ZBH), peneraju global dalam segmen penjagaan kesihatan muskuloskeletal, hari ini mengumumkan Syarikat telah terpilih sebagai Majikan Terbaik China untuk enam tahun berturut-turut oleh Top Employers Institute, sebuah organisasi penerbitan global yang mengkhusus dalam kajian terhadap amalan perniagaan terbaik dan mengenal pasti pemimpin dalam bidang sumber manusia, strategi dan juga kepimpinan.

"Kami berbesar hati kerana terpilih sebagai Majikan Terbaik di China selama enam tahun berturut-turut, dengan keunikan tambahan sebagai satu-satunya syarikat ortopedik yang menerima pengiktirafan berprestij ini," kata Li Yong Ming, Naib Presiden Zimmer Biomet China & Hong Kong. "Zimmer Biomet memberi penekanan dan komitmen yang tinggi terhadap kemajuan dan perkembangan profesional bagi memastikan kakitangan kami kekal bermotivasi, melibatkan diri dan mengambil berat tentang kejayaan organisasi kami. Kami berusaha untuk memupuk budaya korporat yang asli, positif dan benar-benar menggambarkan diri kami sebagai majikan dan mencerminkan nilai teras yang membentuk segala tingkahlaku organisasi Zimmer Biomet."  

Sijil Majikan Terbaik dianugerahkan kepada organisasi-organisasi yang mencapai piawaian kecemerlangan tertinggi dari segi keadaan kakitangan. Syarikat-syarikat ditapis melalui proses penyelidikan yang komprehensif, diterajui oleh Tinjauan Amalan Terbaik Sumber Manusia (HR), diikuti dengan proses pengesahan dan audit luaran bagi mengesahkan dapatan tinjauan. Setiap mata prestasi syarikat dinilai mengikut piawaian antarabangsa, dan hanya majikan yang mencapai tahap yang ditetapkan akan mendapat sijil Majikan Terbaik.

"Usaha mewujudkan budaya berprestasi tinggi dan memupuk persekitaran yang membolehkan ahli-ahli pasukan meningkat maju telah menjadi salah satu rancangan pembangunan utama Zimmer Biomet demi mengembangkan perniagaan kami di rantau Asia Pasifik," kata Sang Yi, Presiden Zimmer Biomet Asia Pasifik. "Pengiktirafan daripada Top Employers Institute memainkan peranan penting dalam membentuk strategi untuk fasa pertumbuhan Zimmer Biomet yang seterusnya di China dengan membantu menarik serta mengekalkan bakat terbaik, dan terus memberi impak positif kepada pelanggan kami."

Latar Belakang Top Employers Institute

Top Employers Institute ialah sebuah organisasi bebas yang beribu pejabat di Holland. Institut ini mengkaji program-program sumber manusia dalam kalangan majikan-majikan utama di serata dunia sejak tahun 1991. Institut ini mengiktiraf "Majikan Terbaik" menerusi audit komprehensif yang dijalankan terhadap persekitaran sumber manusia syarikat, termasuk strategi, pelaksanaan dasar, pemantauan dan perkembangan kakitangan. Keputusan sesebuah syarikat dinilai mengikut piawaian antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.top-employers.com.

Latar Belakang Zimmer Biomet

Diasaskan pada tahun 1927 dan beribu pejabat di Warsaw, Indiana, Zimmer Biomet ialah peneraju global dalam penjagaan kesihatan muskuloskeletal. Kami mereka, mengeluar dan memasarkan produk pembinaan semula ortopedik; ubatan sukan, produk biologik, produk tangan dan kaki serta trauma; teknologi berasaskan pejabat; produk tulang belakang, kraniomaksilofasial dan torasik; implan gigi; dan juga produk pembedahan berkaitan.

Kami berkolaborasi dengan golongan profesional penjagaan kesihatan dari seluruh dunia bagi memajukan perkembangan inovasi. Produk dan penyelesaian kami membantu merawat pesakit yang mengalami penyakit, atau kecederaan, melibatkan tulang, sendi, atau tisu lembut sokongan. Bersama golongan profesional penjagaan kesihatan, kami membantu berjuta-juta individu menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Kami beroperasi di lebih 25 negara di seluruh dunia dan menjual produk di lebih 100 negara. Untuk maklumat lanjut, lawati www.zimmerbiomet.com atau ikuti Zimmer Biomet di Twitter melalui www.twitter.com/zimmerbiomet.

Kenyataan Peringatan Berhubung Kenyataan Jangkaan

Siaran media ini mengandungi kenyataan jangkaan mengikut pengertian peruntukan perlindungan selamat Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 19915. Kenyataan jangkaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan berhubung jangkaan, rancangan, prospek, tawaran produk dan perkhidmatan Zimmer Biomet, termasuk pelancaran produk baharu dan potensi kejayaan klinikal. Kenyataan sedemikian adalah atas kepercayaan dan jangkaan pihak pengurusan semasa dan tertakluk kepada risiko dan ketidaktentuan ketara yang boleh menyebabkan hasil dan keputusan sebenar berbeza dengan nyata. Untuk mengetahui senarai dan huraian beberapa risiko dan ketidaktentuan berkenaan, sila lihat laporan berkala kami yang difailkan dengan SEC. Faktor-faktor ini tidak boleh dianggap sebagai lengkap dan hendaklah dibaca bersama kenyataan peringatan lain yang disertakan dalam fail Zimmer Biomet dengan SEC. Kami menafikan sebarang niat atau kewajipan untuk mengemas kini atau menyemak mana-mana kenyataan jangkaan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, kejadian masa depan atau sebaliknya, kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan berkala kami. Oleh itu, kenyataan jangkaan hanya relevan pada tarikh kenyataan ini dibuat. Pembaca siaran media ini diingatkan agar tidak terlalu bergantung pada kenyataan jangkaan ini, memandangkan, walaupun pihak pengurusan percaya dengan andaian bahawa kenyataan jangkaan adalah berasas dan munasabah, tiada sebarang jaminan bahawa kenyataan jangkaan ini terbukti tepat. Kenyataan peringatan ini terpakai kepada semua kenyataan jangkaan yang terkandung dalam siaran media ini.      

Hubungi:

Jason Lee
+65 90084780
Jason.lee@zimmerbiomet.com 

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161201/8521607821Logo 

Source: Zimmer Biomet Holdings, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ZBH Swiss:ZBH
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Workforce Management/Human Resources Awards