omniture

Pencapaian Utama Pengembangan Syarikat dalam Pasaran Global: XCMG Buka Subsidiari Baharu di Indonesia

XCMG
2017-06-30 10:53 641

JAKARTA, Indonesia, 30 Jun 2017 /PRNewswire/ -- XCMG, pengilang jentera pembinaan utama dunia, menubuhkan sebuah subsidiari di Indonesia, PT.XCMG Group Indonesia ("PT.XCMG" atau "Kumpulan"), merupakan pelaburan penting XCMG di Indonesia semenjak ia mula beroperasi di sana 25 tahun yang lalu.

"Syarikat baharu XCMG bermatlamat untuk menyediakan pelanggan kami dengan produk serba guna dan khidmat satu hentian bersama wakil penjual tempatan dan untuk mempromosi strategi pembangunan mampan XCMG di Indonesia. Di sini kami boleh bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan untuk mewujudkan asas kukuh bagi mempromosi jenama XCMG di seluruh Asia-Pasifik," terang Hu Xiangyang, naib pengurus besar Import dan Eksport XCMG.

Indonesia adalah pasaran utama dalam rancangan XCMG untuk membina dan mengekalkan kehadiran kukuh global. Eksport syarikat ke negara ini meningkat dua kali ganda dalam tempoh dua tahun lalu.

XCMG telah memainkan peranan aktif dalam pelbagai projek infrastruktur di Indonesia yang merangkumi lebuh raya, landasan keretapi, kuasa elektrik, lapangan terbang dan bangunan komersil seperti pembinaan bangunan tertinggi Indonesia, INDONESIA-ONE, stesen kuasa termal terbesar, loji kuasa arang batu Java No.7 2.1050, pembinaan terowong bagi Projek Empangan Jatigede dan landasan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung.

Sebagai ekonomi terbesar di Asia Tenggara dan pengasas ASEAN dan ahli G20, Indonesia bertindak sebagai hab strategik lalulintas menghubungkan Asia, Oceania, Lautan Pasifik dan Lautan India.

"Indonesia merupakan hubungan utama Inisiatif Jalur dan Jalan China, PT.XCMG akan membolehkan XCMG memperluaskan perniagaannya di seluruh pasaran tempatan di Indonesia dan wilayah Asia Tenggara," kata Wang Min, presiden XCMG.

Produk-produk XCMG dieksport ke 48 daripada 65 buah negara yang berada dalam jaringan Inisiatif Jalur dan Jalan China, dengan nilai eksport berjumlah 75 peratus daripada volum keseluruhan syarikat. Rangkaian menyeluruh XCMG di sepanjang "Jalan Sutera Baharu" kini termasuk 9 bes pengilang dan kilang KD, 116 wakil penjual utama, 73 stesen barang ganti dan 24 buah pejabat, semua mempunyai matlamat yang sama untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Latar Belakang XCMG:

XCMG adalah sebuah syarikat pengilang jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah selama 74 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat mengeksport ke lebih daripada 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook Twitter YouTube LinkedIn  dan  Instagram .

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Machinery Transportation Corporate Expansion