omniture

Paparan Pen Wacom DTH-1152 Jadikan Semakan dan Tandatangan Dokumen Elektronik Mudah, Fleksibel dan Selamat

Wacom
2017-07-14 09:00 883

TOKYO, 14 Julai 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, Wacom Co., Ltd. mengumumkan DTH-1152 - paparan pen yang paling lengkap, padat untuk perniagaan yang ingin membuat semakan, penyiapan dan menandatangani dokumen secara elektronik. Dengan gabungan input pen terkemuka industri dan skrin berbilang-sentuhan Wacom, DTH-1152 memberikan organisasi seperti bank, hospital, syarikat insurans dan jabatan sektor awam cara yang lebih baik untuk menandatangani dokumen tanpa menggunakan kertas dan mesra pengguna. 

Paparan pen interaktif DTH-1152
Paparan pen interaktif DTH-1152

Dalam portfolio kompak syarikat, DTH-1152 mempunyai skrin HD penuh, 10.1-inci yang terang, untuk pembentangan dokumen. Dengan menggunakan keupayaan skrin sentuh, pengguna boleh menatal, menyorotkan dan zum secara intuitif -- yang memudahkan penyemakan dokumen. Dengan pen ini, anda boleh mencatat, mengisi dan menandatangani dokumen dengan mudah seperti menggunakan pen pada kertas. Pen ini didayakan oleh teknologi resonans elektromagnetik (EMR) yang dipatenkan Wacom dan, apabila digabungkan dengan perisian tandatangan yang sesuai, boleh merakam tandatangan biometrik dengan selamat.

Ciri-ciri tambahan menjadikan DTH-1152 sebagai pilihan utama bagi organisasi yang ingin menyingkirkan penggunaan kertas semasa menandatangani dokumen. Permukaan keras dan anti-silau ini sangat tahan lama, menjadikannya mudah untuk membaca skrin dalam keadaan pencahayaan yang berbeza dan memberikan rasa sentuhan seperti menulis di atas kertas. Reka bentuk kabel unik 3-dalam-1 Wacom meminimum selerakan pemasangan sambil turut menyediakan sambungan USB dan video standard (HDMI dan VGA). Kesambungan video standard memberikan lebih kefleksibelan dalam pelbagai konfigurasi meja maya, DTH-1152 juga boleh menyerupai sambungan bersiri melalui USB bagi menyokong persekitaran maya legasi.

Wacom juga menyediakan penyulitan RSA/AES yang canggih untuk memastikan transaksi berjalan dengan selamat dengan melindungi data tandatangan yang dipindahkan antara paparan pen dan stesen kerja.

"Dengan DTH-1152, kami terus menyokong inisiatif tanpa kertas dengan menawarkan penyelesaian terbaik dalam industri untuk semakan e-Dokumen dan rakaman e-Tandatangan," kata Peter Sommer, Naib Presiden Kanan Wacom Business Solutions. "Kami telah membina daripada kejayaan keluarga paparan pen padat kami dan menambah ciri-ciri kepada DTH-1152 yang membuatkan pembentangan dan menandatangani dokumen elektronik lebih mudah dan lebih intuitif."

Oleh kerana skrinnya beresolusi tinggi, apabila ia tidak digunakan untuk semakan dokumen dan tandatangan, DTH-1152 boleh digunakan untuk memaparkan persembahan slaid dan video untuk promosi, pengiklanan dan tujuan lain – dengan itu memaksimumkan lagi pulangan pelaburan.

DTH-1152 menyertai DTU-1031X, DTU-1141 dan DTK-1651 dalam portfolio paparan pen Wacom bagi e-Dokumen dan e-Tandatangan. Seluruh rangkaian ini disokong oleh koleksi kit pembangunan perisian (SDK) Wacom yang membolehkan pemaju menyepadukan sokongan untuk merakam tandatangan ke dalam aplikasi mereka menggunakan paparan pen ini.

Ketersediaan

Paparan pen DTH-1152 akan sedia untuk dipasarkan pada bulan Ogos 2017. Untuk maklumat lanjut tentang produk baharu ini, sila rujuk laman sesawang Wacom Business Solutions di http://signature.wacom.eu/en-ap/products/hardware/dth-1152/.

Latar Belakang Wacom

Diasaskan pada tahun 1983, Wacom ialah sebuah syarikat global yang berpusat di Jepun (Bursa Saham Tokyo 6727) yang mempunyai beberapa anak syarikat dan pejabat bersekutu di serata dunia bagi menyokong pemasaran dan pengedaran di lebih 150 buah negara. Wawasan Wacom untuk mengeratkan orang ramai dan teknologi melalui teknologi antara muka semulajadi menjadikannya pengeluar utama dunia tablet dan paparan pen interaktif selain stilus dan penyelesaian digital bagi tujuan menyimpan dan memproses tandatangan digital. Teknologi termaju pada peranti input Wacom yang intuitif telah digunakan untuk mencipta beberapa seni digital, filem, kesan khas, fesyen dan rekaan yang paling menarik di seluruh dunia selain memberikan perniagaan dan pengguna di rumah teknologi antara muka utama untuk menzahirkan personaliti mereka. Penyelesaian e-Tandatangan daripada Wacom dimanfaatkan dalam pelbagai bidang aplikasi yang amat mementingkan pencapaian aliran kerja digital dengan tahap keselamatan yang tinggi, seperti: POS, e-Pembayaran, pasport elektronik, insurans, perbankan dan daftar masuk hotel.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian kami, sila lihat http://business.wacom.com

Maklumat Perhubungan Awam:
Nama: Kelly Chung
Syarikat: Wacom Singapore Pte Ltd
Telefon: +65-6337-9394
E-mel: contactapbs@wacom.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170711/1895232-1

Source: Wacom
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services