omniture

Cirro Capital bakal labur di Ladang Sawit Malaysia

Cirro Capital Limited
2017-10-06 22:25 1041

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Okt. 2017 /PRNewswire/ -- Cirro Capital Limited, sebuah syarikat pelaburan yang berpangkalan di Malaysia yang menyasarkan projek rentas-rantau, baru-baru ini menggunakan kira-kira USD 5,000,000 untuk memperoleh kepentingan besar dalam sebuah ladang kelapa sawit Malaysia.

Cirro ialah salah satu daripada banyak syarikat pelaburan yang telah mengambil langkah untuk memperoleh sumber pengeluaran CPO (Minyak Sawit Mentah) di Asia Tenggara. Indonesia dan Malaysia, dua pengeksport minyak sawit terbesar di dunia, telah melihat lebih daripada 200 pelaburan langsung ke kemudahan pengeluaran sejak tahun 2015, dan dalam tempoh yang sama, harga CPO telah meningkat daripada USD 400+ kepada USD 700+ bagi setiap metrik tan.

Peningkatan harga yang ketara sebahagian besarnya disebabkan oleh projek Satu Jalur Satu Jalan China. Projek ini mengadakan sidang kemuncak pada tahun 2015 dan 2017 selepas itu, dan menyatukan lebih daripada 70 buah negara dan organisasi antarabangsa dalam usaha untuk membina semula laluan dagangan antara Asia Timur dan Barat melalui Jalur Ekonomi Jalan Sutera Purba dan Jalan Sutera Maritim Abad 21.

Projek mega ini terdiri daripada banyak pembangunan yang dikontrak, kesemuanya memerlukan sokongan besar logistik dalam bentuk pengangkutan kereta api dan jalan raya. China, sebagai pihak berkuasa utama inisiatif Satu Jalur Satu Jalan, telah melabur dengan murah hati dalam aspek ini, membantu negara-negara di sepanjang laluan perdagangan meningkatkan infrastruktur mereka.

Satu Jalur Satu Jalan
Satu Jalur Satu Jalan

Hakikat bahawa kereta api dan kenderaan pengangkutan digerakkan terutamanya menggunakan diesel, dan bahawa biodiesel yang diperoleh daripada penapisan minyak kelapa sawit mentah merupakan satu-satunya pengganti diesel konvensional yang boleh diperbaharui ialah sebab utama permintaan minyak sawit meningkat dengan mendadak.

Ketua Pegawai Eksekutif Cirro Capital, Nicholas Chesson menyatakan dalam satu temu bual, "Kami percaya bahawa permintaan untuk CPO akan terus meningkat, kerana inisiatif Jalur dan Jalan baru sahaja bermula, dan akan terus memerlukan sejumlah besar bahan api yang boleh diperbaharui selama 15 tahun hingga 25 tahun akan datang. Dengan ketiadaan sumber tenaga alternatif yang tersedia pada kepantasan dan harga yang sama, minyak sawit ialah hanya satu-satunya pilihan yang boleh diharapkan oleh negara-negara dan syarikat-syarikat pada masa sekarang."

Cirro Capital ialah sebuah syarikat pelaburan yang menyasarkan projek-projek berkaitan Jalur dan Jalan, atau projek dan aset yang memainkan peranan yang mendukung inisiatif Jalur dan Jalan, seperti pembekalan CPO ke China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171006/1959784-1-a  

Source: Cirro Capital Limited
Keywords: Paper/Forest Products/Containers Acquisitions, mergers, takeovers