omniture

Dow, Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) dan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) taja Program RIVER Ranger Didik Pelajar tentang Sisa Sungai

Dow Packaging and Specialty Plastics
2017-12-04 10:30 654

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Disember 2017 /PRNewswire/ - Para pelajar daripada lima sekolah yang terpilih di Lembah Klang menonjolkan usaha-usaha lestari mereka bagi memastikan sungai bersih dalam Majlis Penutupan untuk Program RIVER Ranger Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) / DOW / Pusat Alam Sekitar Global (GEC) hari ini.

Students and guests at the Closing Ceremony for the MPMA-DOW-GEC RIVER Ranger Program 2017
Students and guests at the Closing Ceremony for the MPMA-DOW-GEC RIVER Ranger Program 2017

Program RIVER Ranger ini ditaja oleh Dow Packaging and Specialty Plastics (P&SP), satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science, dan dibantu oleh MPMA dengan kerjasama GEC. Ia diadakan bagi menyediakan pengalaman sebenar kepada para pelajar untuk menyaksikan sejauh mana tindakan mereka boleh memberi impak kepada kebersihan sungai, dan seterusnya, lautan.

Datuk Lim Kok Boon, Presiden, MPMA berkata, "MPMA merupakan penandatangan kepada Deklarasi Persatuan Plastik Global bagi Penyelesaian Sampah Laut. Kami menandatangani deklarasi tersebut bagi menunjukkan komitmen kami untuk mengurus sisa daripada memasuki lautan bumi. Perkara ini bermula dengan mendidik golongan belia agar tidak membuang sampah ke dalam sungai, memandangkan sungai membawa sampah ke lautan."

Datuk Lim menambah bahawa program tersebut seterusnya menyediakan instrumen kepada pelajar untuk meneruskan aktiviti-aktiviti alam sekitar bagi mengekalkan alam sekitar dan mengurangkan impak sisa terhadap sungai. Dalam hal ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada GEC atas perkongsian kandungan latihan dalam River Ranger bersama para pelajar.

Dr. Kalithasan Kailasam, penyelaras River Care daripada GEC berkata, "Program RIVER Ranger ialah satu kurikulum komprehensif yang bukan sekadar menyediakan maklumat mendalam tentang ekosistem sungai, tetapi juga setiap aspek berhubung pengurusan pencemaran sungai termasuk sisa pepejal."

Dr. Kalithasan terus menambah bahawa sepanjang latihan tersebut, komuniti sekolah diperkasa dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup berhubung pengurusan sisa bersepadu untuk digunakan dalam pengurusan alam sekitar sekolah.

"Aktiviti-aktiviti ini membantu para pelajar yang mengambil bahagian untuk memulakan amalan-amalan pengurusan terbaik seperti kitar semula, penggunaan semula, pengurangan pencemaran dan pengawasan sungai di sekolah-sekolah mereka," jelas Dr. Kalithasan.

Dr. Han Zhang, Pemimpin Kelestarian dan Advokasi Asia Pasifik untuk Dow Packaging & Specialty Plastics, berkata, "Dow mempunyai legasi dalam inovasi dan tumpuan kukuh terhadap kelestarian. Kami berasa gembira dapat menyokong inisiatif berpendidikan ini sekali lagi dengan MPMA bagi menggalakkan dan menanamkan kesedaran terhadap alam sekitar dan kelestarian dalam kalangan pelajar. Usaha melindungi alam sekitar ialah satu keutamaan penting dan sikap tersebut perlu disemai dalam kalangan minda muda ini kerana mereka akan membuka laluan menuju masa depan yang lebih baik."

Dr. Zhang menambah bahawa Program RIVER Ranger MPMA-DOW-GEC membolehkan para pelajar mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pengurusan sisa dan impaknya terhadap sungai, dan lebih penting, untuk terus mengamalkan setiap yang mereka pelajari. Membawa pelajar keluar dari bilik darjah dapat meningkatkan proses pembelajaran melalui pengalaman sebenar berbanding bengkel-bengkel di bilik darjah.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dalam Program RIVER Ranger MPMA-DOW-GEC ialah SMK Damansara Damai, SMK La Salle Petaling Jaya, SMK Taman Dato Harun, SMK Sultan Abdul Samad dan Sekolah Swasta Sri Bestari.

Sebagai sebahagian daripada program selama dua bulan itu, para pelajar mulanya diberikan maklumat tentang keadaan sungai di Malaysia dan cabaran yang timbul akibat isu-isu pencemaran; langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelajar untuk melindungi sungai; pemerhatian terhadap air sungai dan sesi amali yang dijalankan di luar bilik darjah yang mana para pelajar dikehendaki melakukan ujian fizikal, kimia dan biologi terhadap kualiti air. Seterusnya, para pelajar dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti sekembalinya ke sekolah, dan laporan-laporan yang dibuat menerusi aktiviti-aktiviti ini dibentang dalam majlis penutupan.

Lembaran Latar Belakang

Latar Belakang MPMA

Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA), ditubuhkan pada 1967, ialah sebuah persatuan perdagangan progresif yang menyediakan kepimpinan dan perkhidmatan berkualiti untuk ahli-ahlinya dan industri plastik. Selain menjalankan aktiviti-aktiviti berhubung alam sekitar, keselamatan dan kesihatan, MPMA turut mempromosikan aktiviti-aktiviti tersebut di bawah naungan Forum Plastik Malaysia (MPF), iaitu satu kolaborasi bersama antara dua persatuan industri, iaitu Persatuan Petrokimia Malaysia-Kumpulan Pengeluar Resin Plastik (MPA-PRPG) dan MPMA.

Objektif utama MPF adalah untuk mencetuskan kesedaran dan pendidikan tentang plastik dan untuk meningkatkan kesedaran tentang pelupusan sisa plastik yang betul melalui konsep 3R untuk plastik iaitu Kurangkan (Reduce), Guna Semula (Reuse) dan Kitar Semula (Recycle); selain meningkatkan tahap kesedaran anti-buang sampah merata-rata kepada Kerajaan, Industri, Media dan Masyarakat Awam.

Latar Belakang Dow Packaging and Specialty Plastics

Dow Packaging and Specialty Plastics, satu unit perniagaan DowDuPont Materials Science, menggabungkan kekuatan teras R&D, capaian seluruh dunia, rangkaian produk yang luas serta kepakaran industri untuk menyediakan penyelesaian yang inovatif dan mampan untuk plastik. Unit perniagaan ini merupakan salah satu pengeluar polietilena terbesar di dunia, dan merupakan rakan usaha sama terkemuka dalam seluruh rantaian nilai bagi pembangunan teknologi baharu dan aplikasi untuk pasaran dengan kadar pertumbuhan tinggi dalam pempakejan, kesihatan & kebersihan, pengangkutan, pengguna dan juga infrastruktur.

Latar Belakang DowDuPont Materials Science Division

DowDuPont Materials Science, satu unit perniagaan DowDuPont (NYSE: DWDP), menggabungkan pengetahuan sains dan teknologi untuk membangunkan penyelesaian sains bahan terunggul yang penting demi kemajuan manusia sejagat. Unit ini mempunyai salah satu kit peralatan paling kukuh dan paling luas dalam industri, dengan teknologi yang mantap, penyepaduan aset, keupayaan skala dan berdaya saing yang membolehkannya menangani isu-isu global yang rumit. Portfolio DowDuPont Materials Science yang dipacu pasaran dan utama dalam industri yang terdiri daripada bahan-bahan termaju, perantaraan perindustrian dan perniagaan plastik menyediakan pilihan luas produk dan penyelesaian berbeza berasaskan teknologi untuk pelanggan dalam pasaran dengan kadar pertumbuhan yang tinggi seperti pempakejan, infrastruktur dan penjagaan pengguna. DowDuPont berhasrat untuk mengasingkan unit Sains Bahan menjadi sebuah syarikat dagangan awam yang bebas. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow-dupont.com.

Latar Belakang Pusat Alam Sekitar Global

Pusat Alam Sekitar Global ditubuhkan pada tahun 1998 bagi menangani isu-isu alam sekitar yang menjadi kepentingan global. Pusat ini didaftarkan di Malaysia sebagai sebuah pertubuhan bukan untung namun berfungsi di peringkat serantau dan antarabangsa sama ada secara langsung mahupun melalui banyak rakan kongsi. GEC menyokong usaha perlindungan dan pemulihan sungai di seluruh Malaysia selama lebih 15 tahun lamanya. Untuk maklumat lanjut tentang Pusat Alam Sekitar Global sila layari www.gec.org.my

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171201/2005264-1

 

Source: Dow Packaging and Specialty Plastics
Keywords: Education Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility