omniture

Nexen Tire Perkenal Video Jenama Baharu dengan Kerjasama Kelab Bola Sepak Manchester City

Nexen Tire
2018-03-31 03:24 1151

Nexen Tire bakal lancar video tular baharu tampilkan bintang-bintang Kelab Bola Sepak Manchester City Vincent Kompany, Ederson Moraes dan Benjamin Mendy

SEOUL, Korea Selatan, 31 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar global yang terkemuka, akan menayangkan video jenama baharu dengan kerjasama rakan kongsi lamanya, Kelab Bola Sepak Manchester City (Manchester City FC).

Nexen Tire Perkenal Video Jenama Baharu dengan Kerjasama Kelab Bola Sepak Manchester City
Nexen Tire Perkenal Video Jenama Baharu dengan Kerjasama Kelab Bola Sepak Manchester City

Melalui imej berkualiti tinggi Manchester City FC dan tiga pemain utamanya, Vincent Kompany, Ederson Moraes dan Benjamin Mendy, klip video baharu yang tular ini memaparkan nilai-nilai yang diperjuangkan oleh Nexen Tire. Konsep video ini ialah 'Stylish Mobilian', istilah yang digunakan bagi menggambarkan seseorang yang bergiat aktif dan bersemangat dengan kerjanya, mengaplikasikan idea-idea kreatif dalam kehidupan dan memburu pengembaraan serta perubahan positif. Konsep ini berjaya menonjolkan unsur-unsur utama Nexen Tire: jenama yang mesra pelanggan, dibezakan melalui imej "prihatin", "mengikut trend" dan "inovatif".

"Video jenama baharu Nexen Tire memaparkan pembangunan dan pertumbuhan berterusan kami sebagai sebuah syarikat," kata Travis Kang, Ketua Pegawai Eksekutif Nexen Tire. "Kami berasa teruja untuk memperlihatkan kualiti-kualiti ini bersama rakan kongsi kami Manchester City FC dan berharap dapat menyampaikan nilai-nilai kami bersama penonton global seluruh dunia."

Nexen Tire melanjutkan perkongsian selama beberapa tahun dengan Manchester City pada Mac 2017, menjadi Rakan Lengan Rasmi yang pertama seumpamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Syarikat telah meningkatkan kesedaran jenama globalnya melalui perkongsian strategik ini dan merancang untuk meneruskan usaha-usaha pemasarannya bersama Manchester City FC.

Video baharu tersebut akan disediakan melalui saluran media milik Nexen Tire termasuk laman sesawangnya, halaman YouTube dan Facebook sebelum berlangsungnya SIDANG KEMUNCAK PURPLE 2018, Manchester. SIDANG KEMUNCAK PURPLE 2018, Manchester ialah acara pemasaran tahunan bertaraf global yang bersepadu oleh syarikat, diadakan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama bersama rakan niaga serta bagi meluaskan aktiviti pemasaran.

Latar Belakang Nexen Tire 

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, ialah pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Wilayah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar yang paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 negara seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilang di Zatec, Republik Czech akan mula beroperasi pada tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV dan trak ringan dengan menggunakan teknologi canggih serta kecemerlangan rekaan. Syarikat turut menumpu pada pengeluaran tayar UHP, yang berasaskan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OlE kepada pembuat kereta global di pelbagai negara di seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat mendapat gelaran 'grand slam' setelah merangkul 4 anugerah rekaan terpenting dunia buat kali pertama dalam kalangan pelbagai pembuat tayar di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.nexentire.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180329/2092525-1

 

Source: Nexen Tire
Keywords: Auto Sports Transportation Contracts New products/services