omniture

GAC Motor Tampil Julung Kali di MIAS dan Dedah Rancangan Tembusi Pasaran Rusia pada 2019

GAC Motor
2018-08-31 10:41 2516

MOSCOW, 31 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, sewaktu membuat penampilan sulungnya di Salun Automobil Antarabangsa Moscow (MIAS) menerusi barisan kenderaan hebatnya dan acara promosi yang membuahkan hasil, telah mengumumkan pelancaran rasmi subsidiari luar negara pertama syarikat di Rusia, GAC Motor RUS, berserta rancangan-rancangannya untuk menembusi pasaran Rusia pada tahun 2019.

Sebagai penampilan luar negara pertamanya sejak syarikat menaik taraf budaya korporatnya, GAC Motor mempamerkan model-model kenderaan premium miliknya, termasuk GS8, GA8, dan GS4 serba baharunya di MIAS. Cik Zhao Qiuyan, Penasihat bagi pejabat Penasihat Ekonomi dan Komersial Kedutaan Republik Rakyat China di Persekutuan Rusia, En. Li Shao, Naib Presiden GAC Group, En. Zhan Songguang, Naib Presiden Eksekutif, En. Gao Feng, Penolong Presiden GAC Motor, En. Wang Shunsheng, Presiden GAC Motor RUS, serta sekitar 100 wartawan dari kalangan rakan media tempatan Rusia serta rakan media antarabangsa lain telah menghadiri sidang akhbar.

Cik Zhao Qiuyan, Penasihat bagi Pejabat Penasihat Ekonomi Dan Komersial Kedutaan Cina di Persekutuan Rusia di Rusia (tiga dari kanan), En. Xu Jinli, Ketua Perwakilan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Pejabat Perwakilan di Rusia (dua dari kiri), En. Li Shao, Naib Presiden GAC Group (tiga dari kiri), En. Zhan Songguang, Naib Presiden Eksekutif (dua dari kanan), En. Wang Shunsheng, Pengarah eksekutif dan presiden GAC Motor RUS (pertama dari kiri) dan En. Dai Binzheng, Naib Presiden Zhong Long investment co., LTD bergambar bersama-sama.
Cik Zhao Qiuyan, Penasihat bagi Pejabat Penasihat Ekonomi Dan Komersial Kedutaan Cina di Persekutuan Rusia di Rusia (tiga dari kanan), En. Xu Jinli, Ketua Perwakilan Majlis China untuk Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT) Pejabat Perwakilan di Rusia (dua dari kiri), En. Li Shao, Naib Presiden GAC Group (tiga dari kiri), En. Zhan Songguang, Naib Presiden Eksekutif (dua dari kanan), En. Wang Shunsheng, Pengarah eksekutif dan presiden GAC Motor RUS (pertama dari kiri) dan En. Dai Binzheng, Naib Presiden Zhong Long investment co., LTD bergambar bersama-sama.

Di acara tersebut, GAC Motor mengumumkan pelancaran rasmi GAC Motor RUS, subsidiari luar negara pertama jenama tersebut yang merupakan satu lagi langkah penting untuk memudahkan usaha pengantarabangsaan syarikat. Syarikat tersebut turut menganjurkan persidangan promosi jenama semasa MIAS dan melancarkan program pengambilan pekerja bagi pengedar Rusia untuk bersiap sedia menembusi pasaran Rusia pada tahun 2019. Dengan kenderaan berkualiti tingginya, GAC Motor menyasarkan untuk menjadikan jenamanya menonjol di Rusia dan mendapat pengiktirafan pengguna di Rusia serta negara-negara jiran dalam tempoh 3-5 tahun.

GAC Motor umum pelancaran rasmi GAC Motor RUS
GAC Motor umum pelancaran rasmi GAC Motor RUS

Banyak rakan media Rusia berasa kagum dan amat menghargai kualiti dan reka bentuk model-model kenderaan mewah GAC Motor, seperti GS8 dan GM8. Dinamik, ketahanan dan keselamatan automobil ini dapat memenuhi kehendak pelanggan Rusia dan mereka tidak sabar-sabar menantikan pelancaran jenama ini pada tahun 2019.

Rakan media tempatan dan global memberi sepenuh perhatian kepada sidang akhbar jenama automobil China, GAC Motor
Rakan media tempatan dan global memberi sepenuh perhatian kepada sidang akhbar jenama automobil China, GAC Motor

GAC Motor, subsidiari milik GAC Group Fortune Global 500, ialah jenama auto Cina bebas yang baharu dan dinamik. Diasaskan pada tahun 2008, syarikat bertungkus lumus mengikuti laluan ke arah pengantarabangsaan. Dalam tempoh hanya sepuluh tahun, GAC Motor dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri automotif China. Berpegang teguh pada kualiti dan prestasi produk yang cemerlang, GAC Motor telah mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan di 15 negara dan wilayah serta dipilih sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam beberapa pasaran luar negara serta telah mendapat kepercayaan sebanyak lebih 1.3 juta pemilik kereta seluruh dunia.

GAC Motor komited terhadap cita-cita untuk membangunkan jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat global. Selepas MIAS, syarikat akan terus memperkenalkan lebih banyak produk berkualiti tinggi dan meningkatkan populariti, reputasi dan pengaruh jenama dalam pasaran Rusia dengan misi jenama untuk mencipta kehidupan mobiliti yang menyeronokkan untuk pelanggan Rusia.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224647-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224647-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180830/2224647-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services Trade show news