omniture

GCL Hasilkan Modul Berkecekapan Tinggi Kuasakan 13 Juta Kediaman

GCL-SI
2018-09-28 03:01 1356

SUZHOU, China, 28 September 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., LTD. (SZ: 002506) ("GCL-SI"), menjalankan pengeluaran besar-besaran ke atas modul-modul berkecekapan tinggi 370W+ pada suku ketiga tahun ini. Pengeluaran besar-besaran modul mono tuangan baharu GCL-SI akan memacu kemajuan untuk dunia mencapai pariti grid.

Modul mono tuangan GCL P6/60 dalam SPI 2018
Modul mono tuangan GCL P6/60 dalam SPI 2018

Modul mono tuangan GCL menonjol dari segi kelebihan bagi kedua-dua modul polihabluran dan monohabluran. Apabila disepadukan dengan teknologi canggih yang lain seperti teknologi Berbilang Busbar (MBB) dan EVA putih, modul mono tuangan GCL dapat mencapai 370 W+ yang mengagumkan, biasanya dikaitkan dengan modul monohabluran. Selain kecekapan tingginya, ia juga mempunyai pekali suhu yang lebih rendah, prestasi yang lebih baik dalam penjanaan kuasa dan degradasi diinduksi cahaya yang rendah. Modul baharu ini telahpun memasuki fasa pengeluaran besar-besaran dan dijangka mencecah 3GW menjelang tahun 2019, output kuasa yang akan dapat menyediakan bekalan elektrik kepada hampir 13 juta isi rumah.

Sel bagi modul baharu mempunyai purata kecekapan sebanyak 21.4%, yang diperbuat daripada wafer silikon berkualiti tinggi dan bahan-bahan polisilikon yang dikeluarkan oleh GCL-Poly. Dengan mengguna pakai teknologi penuangan jongkong melalui kaedah-kaedah seperti pengoptimuman medan haba dan penambahan hablur benih, produk akhir terhasil dengan kadar rintangan elektrik yang rendah, ketulenan tinggi, kandungan oksigen yang rendah, struktur yang lebih baik dan mengurangkan kos dengan banyaknya berbanding wafer mono. 

"Berusaha ke arah kos lebih rendah dan kecekapan lebih tinggi telah menjadi kebimbangan bersama dan objektif utama industri PV baru-baru ini - Jawapan kami kepada hal ini ialah inovasi teknologi. Sebagai penyedia penyelesaian penyepaduan sistem sehenti, GCL-SI menawarkan perkhidmatan dan produk untuk seluruh rantaian industri. Bermula daripada bahan-bahan silikon, kami mengambil pendekatan yang signifikan dan objektif," kata Luo Xin, presiden GCL-SI.

GCL mempunyai pasukan yang terdiri daripada 2500 pakar dalam penyelidikan dan pembangunan untuk inovasi teknologi di seluruh dunia. Ia mempunyai pusat-pusat R&D di Jepun, Israel, China, Amerika Syarikat dan banyak lagi. Setakat ini, pasukan ini menerima 589 paten kebangsaan dan 408 paten yang mendapat kebenaran.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI), merupakan sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyediakan sistem tenaga bersepadu yang sehenti dan termaju serta komited untuk menjadi syarikat tenaga solar yang terkemuka di dunia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180926/2248786-1

Source: GCL-SI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services