omniture

Haier bakal Perkenal Penyelesaian Kediaman Pintar 7-Jenama untuk Pengguna Global Sesuaikan Kehidupan Pintar

Haier Home Appliances
2019-03-12 03:24 1056

SHANGHAI, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, Haier Home Appliance, selanjutnya dirujuk sebagai "Haier", bakal memperkenalkan Penyelesaian Kediaman Pintar berbilang jenamanya yang dikhususkan untuk meningkatkan kemudahan kehidupan pintar di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Eletktronik 2019 (AWE 2019) di Shanghai, China.

Haier to Unveil 7-Brand Smart Home Solution for Global Users to Customize Their Smart Life at AWE 2019.
Haier to Unveil 7-Brand Smart Home Solution for Global Users to Customize Their Smart Life at AWE 2019.

Menerusi portfolio dinamik melibatkan jenama-jenama global, Haier menyelaraskan pembangunan 7 jenamanya bagi membawakan Penyelesaian Kediaman Pintar yang meliputi empat senario kehidupan rumah sepenuhnya, iaitu bilik tidur pintar, bilik mandi pintar, ruang tamu pintar dan dapur pintar. Di peringkat global, Haier, Casarte, Leader, GE Appliances, Fisher & Paykel, AQUA dan Candy, setiap satunya melayani segmen pengguna dan gaya hidup yang berbeza.

"Sejak 34 tahun yang lalu, Haier berubah daripada jenama perkakas rumah utama, dengan catatan rekod 10 tahun berturut-turut untuk jualan yang utama di dunia, kepada jenama ekosistem kediaman pintar yang berpandangan ke hadapan," kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar bagi Haier Home Appliance Industry Group. "Tatkala industri perkakas rumah global menembusi era kediaman pintar, Haier hadir dan sedia menemani pelanggan di seluruh dunia semasa mereka meneroka kemungkinan kediaman pintar yang baru ditemui."

Penyelesaian Kediaman Pintar Haier, yang akan dipamerkan di Dewan N5, memaparkan pencapaian yang berikut dalam teknologi kediaman pintar:

  • Set kediaman pintar lengkap pertama dalam industri: Meliputi empat ruang utama dan tujuh bilik penyelesaian, Penyelesaian Kediaman Pintar rintis Haier dijayakan oleh banyak produk kediaman pintar daripada tujuh jenamanya, yang dapat digunakan bersama-sama oleh pengguna global untuk memenuhi keperluan makanan, pakaian, kehidupan dan hiburan mereka.
  • Peneraju dalam penyesuaian: Ketika banyak pengusaha industri menumpu pada model-model standard, Haier membawakan kemungkinan kepada pengguna untuk menyesuaikan produk dan penyelesaian, selain merealisasikan intelligentization dan menaik taraf mengikut tingkah laku dan keperluan sebenar mereka, pada bila-bila masa.  
  • Gaya hidup pintar dan lancar: Lebih daripada sekadar perkakasan, Haier membawakan gaya hidup didayakan Internet. Dari segi membasuh pakaian, Haier bukan sahaja menyediakan mesin basuh, tetapi dapat mengurus sepenuhnya pembasuhan, perlindungan, penyimpanan, perpasangan pakaian dan pembelian hasil daripada platform pemasaran pakaian pintar yang memantau seluruh kitar hayat pakaian. Sementara itu, ekosistem makanan Haier menggabungkan lebih 200 sumber merentas 7 kategori termasuk makanan, hiburan, ladang dan pakar pemakanan, seraya membolehkannya mengurus pembelian, penyimpanan, memasak, membersih dan menjaga kesihatan untuk keluarga di mana-mana jua.
  • Tahap kepintaran dan interkomunikasi baharu: Meskipun industri ini dipenuhi peranti kawalan suara dan pengaktifan pasif, segelintir daripadanya dapat disalingkaitkan. Haier bukan sahaja menawarkan peranti aktif, tetapi ia boleh disalingkaitkan dan disalinghubungkan. Di AWE 2019, produk-produk termasuk pembesar suara pintar yang hanya menggunakan satu perkataan untuk mengawal semua peranti kediaman pintar dan penyaman udara yang dapat mengesan dan menentukan persekitaran bagi menyelaraskan suhu sewajarnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190311/2399050-1

Source: Haier Home Appliances
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news