omniture

Shinsung TK Buka Laluan untuk Penjagaan Kesihatan IoT di Asia

INTERAD, INC.
2019-07-24 18:04 298

SEOUL, Korea Selatan, 24 Julai 2019 /PRNewswire/ -- Shinsung TK, sebuah syarikat Korea yang mengkhusus dalam sistem sekuriti berasaskan teknologi IoT (Internet Pelbagai Benda), menjadi amat aktif dalam pasaran global sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Baru-baru ini, syarikat diberi pengiktirafan melalui teknologi dan keandalannya apabila paten produk mereka berjaya didaftarkan dan diselesaikan di Jepun, yang merupakan pasaran teleperubatan yang paling canggih di Asia. Selain itu, syarikat turut berusaha mendapatkan kelulusan FDA untuk pasaran AS.

Paten untuk Sistem Pemantauan Bendalir
Paten untuk Sistem Pemantauan Bendalir

iRINGER ialah nama sistem pemantauan bendalir jarak jauh berasaskan IoT yang dilengkapi dengan ciri keselamatan, kemudahan dan keunikan.

Shinsung TK ialah subsidiari Shinsung Tech, yang merupakan sebuah syarikat yang dikhususkan untuk membangunkan peralatan perubatan IoT yang inovatif.

Shinsung Tech ialah sebuah syarikat pembuatan komponen automobil Korea yang mempunyai pengalaman luas dan pelbagai keupayaan teknologi dalam sektor berkenaan. Selaras dengan revolusi perindustrian keempat, syarikat bersiap sedia untuk menembusi perniagaan IoT dan produk pertama mereka ialah iRINGER, sistem pemantauan bendalir jarak jauh berasaskan IoT oleh Shingsung TK.

Teknologi unik dan inovatif daripada iRINGER diiktiraf dengan baik oleh pasaran penjagaan kesihatan jarak jauh dan ditampilkan pada media terkenal Jepun dalam kategori perubatan mereka.

iRINGER menyediakan fungsi pemantauan masa nyata maklumat bendalir pesakit yang menerima bendalir tersebut. Ia dapat mengesan jumlah bendalir serta tempoh suntikan, yang dikongsi bersama golongan profesional perubatan pada masa sebenar melalui aplikasi mudah alih atau PC web.

iRINGER ialah nama sistem pemantauan bendalir jarak jauh berasaskan IoT
iRINGER ialah nama sistem pemantauan bendalir jarak jauh berasaskan IoT

Ia berperanan untuk memaklumkan dan mengurus kadar pemberian tepat ubatan untuk intravena dan infusi intravena yang dipreskripsikan oleh doktor.

Salah satu ciri utama iRINGER ialah sistem penggera panggilan pintar (panggilan automatik) yang memaklumkan kepada jururawat sekiranya terdapatnya sebarang ketaknormalan. Fungsi ini khususnya, menerima banyak maklum balas yang menggalakkan daripada jururawat. Shinsung TK turut memenangi pingat emas terbaik di Pameran Ciptaan Antarabangsa yang diadakan di Geneva, Switzerland pada April 2018 menerusi produknya, 'iRINGER'.

Sistem pengurusan penyelesaian semasa menimbulkan pelbagai risiko dan masalah berkenaan telah menyebabkan penggunaan lebih banyak masa dan kos untuk pesakit, maka syarikat berpendapat bahawa penciptaan iRINGER adalah sesuatu yang bermakna untuk industri.

Menurut Kun-Ho Kwak, Pengarah Shinsung TK, "Memandangkan iRINGER kini dipatenkan di Jepun, kami menerima pelbagai pertanyaan daripada syarikat-syarikat perubatan Jepun dan negara-negara Asia. Dengan budaya dan persekitaran yang pelbagai di negara-negara berbeza di seluruh dunia, kami turut mempertimbangkan secara positif pemindahan teknologi dalaman."

iRINGER, yang diiktiraf di seluruh dunia, aktif memeterai perkongsian dengan banyak syarikat usaha sama dan pelabur demi pembangunan industri penjagaan kesihatan dan syarikat ini turut berharap untuk mendapat tempat dalam pelbagai sektor seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, pembangunan perisian dalam industri keempat.

Shinsung TK mengambil bahagian dalam Mesyuarat Perniagaan ASIA 2019 di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh INNOPOLIS pada 18 Julai 2019. Melalui acara ini, syarikat berharap dapat melakukan penembusan yang mantap ke dalam pasaran Malaysia, yang dikenali sebagai pasaran baru muncul untuk teleperubatan di Asia.

Pelbagai pertanyaan dan maklumat tentang iRINGER disediakan di http://shinsungtk.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530426-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190722/2530426-1-b?lang=0 

Source: INTERAD, INC.
Keywords: Health Care/Hospital Internet Technology