omniture

Persatuan Aterosklerosis Antarabangsa & Inisiatif Pengurangan Risiko Residu menerbitkan Pernyataan Konsensus mengenai rawatan baharu untuk risiko kardiovaskular residu

IAS; R3i
2019-09-03 00:49 136

MILAN and BASEL, Switzerland, 2 September 2019 /PRNewswire/ -- Satu rawatan terbaharu yang sangat selektif, agonis pemodulat alfa penerima diaktifkan proliferator peroksisom (SPPARM-alfa), boleh membantu menangani jurang dalam menguruskan risiko residu serangan jantung dan strok kepada pesakit berisiko tinggi, menurut lebih 50 pakar terkemuka di dunia daripada Persatuan Aterosklerosis Antarabangsa (International Atherosclerosis Society, IAS) dan Inisiatif Pengurangan Risiko Residu (Residual Risk Reduction Initiative, R3i). Walaupun dengan rawatan bersandarkan garis panduan yang disyorkan untuk tekanan darah tinggi, kolesterol dan glukosa, risiko kardiovaskular residu ini berterusan. Cabaran klinikal yang tidak lengkap ini, fokus terhadap Pernyataan Konsensus IAS-R3i Bersama, telah dibincangkan di Paris, Perancis pada 1 September 2019.

 

 

Kunci antara potensi sasaran bagi mengurangkan risiko kardiovaskular residu ialah aterogenik dislipidemia, yang ditakrifkan sebagai lipoprotein kaya trigliserida tinggi (TG) dan sisanya dengan paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL-C). Aterogenik dislipidemia biasa dihadapi oleh individu yang menghidap diabetes jenis 2 dan/atau di kalangan mereka dengan berat badan berlebihan. Menurut Raul Santos, Presiden IAS: "Aterogenik dislipidemia terbabit dalam risiko kardiovaskular residu. Walau bagaimanapun, pilihan rawatan semasa adalah terhad disebabkan oleh isu-isu keselamatan dan interaksi dengan ubat lain."

Untuk menemui jawapannya, pakar meneliti pendekatan "perubatan kepersisan" di mana mereka mensintesis dan memeriksa lebih daripada 1,300 sebatian sebelum mengenal pasti agen novel dengan aktiviti SPPARM-alfa iaitu pemafibrate. "Oleh kerana pemafibrate mengaktifkan dan menindas set gen yang unik, ia mempunyai potensi dan pemilihan yang lebih tinggi berbanding dengan fibrat, agonis PPAR-alfa bukan selektif tradisional," ujar Profesor Jean-Charles Fruchart, Presiden Yayasan R3i.

Dalam percubaan klinikal fasa 2 dan 3, pemafibrate meningkatkan semua penanda aterogenik dislipidemia, sementara mengurangkan TG sebanyak sehingga 50 peratus dan kolesterol sisa, faktor risiko kardiovaskular penyebab, sebanyak sehingga 80 peratus. Pemafibrate juga menurunkan penanda keradangan, misalnya protein C-reaktif. Paling penting, pemafibrate tidak menunjukan kesan adverse pada hati atau buah pinggang, dan tidak meningkatkan kreatinina serum. "Percubaan-percubaan ini jelas membuktikan manfaat yang unggul berbanding profil risiko untuk pemafibrate ke atas fibrat dalam pelbagai kumpulan pesakit termasuk yang menghidap penyakit buah pinggang kronik," ulas Profesor Tatsuhiko Kodama, University of Tokyo, Jepun, penyelidik utama dalam percubaan-percubaan ini.

Pemafibrate juga melemahkan perkembangan lesi aterosklerosis dalam kajian praklinikal. Profesor Shizuya Yamashita, Presiden Persatuan Aterosklerosis Jepun, menyatakan: "Berdasarkan semua bukti, pemafibrate boleh menawarkan pendekatan baharu bagi mengurangkan risiko kardiovaskular residu kepada pesakit berisiko tinggi dengan aterogenik dislipidemia, terutama mereka yang menghidap diabetes jenis 2."

Inilah adalah tepat kajian PROMINENT (Pemafibrate bagi Mengurangkan Hasil kardiovaskular dengan mengurangkan trigliserida PADA pesakit diabetes) berhasrat untuk memberi jawapan. Percubaan antarabangsa sedang menguji sama ada mengurangkan lipoprotein kaya TG dengan pemafibrate akan mengurangkan kejadian kardiovaskular di kalangan 10,000 pesakit berisiko tinggi dengan diabetes jenis 2, yang telah dirawat dengan statin. Tidak seperti percubaan fibrat yang terdahulu, PROMINENT secara khusus menyasarkan individu yang menghidap diabetes jenis 2 dan aterogenik dislipidemia sedang menerima standard rawatan, termasuk rawatan statin yang berkesan. "Komuniti saintifik menunggu hasil daripada PROMINENT dengan penuh semangat, yang dijangka dalam 4-5 tahun lagi, boleh menentukan sekiranya terjemahan konsep SPPARM-alfa terhadap klinik boleh meningkatkan hasil kardiovaskular," ujar Profesor Peter Libby, Sekolah Perubatan Harvard & Brigham serta Women's Hospital, Amerika Syarikat.

MENGENAI IAS

Persatuan Aterosklerosis Antarabangsa (International Atherosclerosis Society, IAS) ialah satu persatuan persekutuan saintifik ahli dari serata dunia. Misi utama IAS adalah untuk menggalakkan pemahaman saintifik terhadap etiologi, pencegahan dan rawatan aterosklerosis. IAS menyelaras pertukaran maklumat saintifik di kalangan persatuan konstituen, memupuk penyelidikan terhadap cara aterosklerosis berkembang dan membantu menterjemahkan pengetahuan ini bagi meningkatkan keberkesanan program-program yang direka untuk mencegah dan merawat penyakit tersebut.

MENGENAI R3i

R3i (Inisiatif Pengurangan Risiko Residu) ialah satu pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan pelbagai disiplin, akademik dan beroperasi di seluruh dunia. Objektif utamanya adalah untuk menangani risiko kardiovaskular yang terlampau tinggi dan komplikasi mikrovaskular yang berterusan pada pesakit yang telah menerima standard rawatan biasa bagi menangani paras lipid yang tidak normal. R3i berusaha untuk mencapai perkara ini dengan inisiatif global inovatif melalui penyelidikan akademik, pendidikan dan sokongan.

Sumber
IAS & R3i

Pautan Berkaitan
https://www.athero.org/    
https://www.r3i.org/
https://cardiab.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12933-019-0864-7
https://clinicaltrials.gov/ct2/show/NCT03071692 

Rujukan
Fruchart JC. et al. The selective peroxisome proliferator-activated receptor alpha modulator (SPPARMα) paradigm: conceptual framework and therapeutic potential. A consensus statement from the IAS and the R3i Foundation. Cardiovasc Diabetology (2019) 18:71.

Maklumat Hubungan
info@r3i.org

 

 

 

Source: IAS; R3i
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries Survey, Polls & Research