omniture

Pareto tawar pilihan pelaburan untuk lindung nilai daripada krisis ekonomi berpotensi

Pareto International
2019-11-22 11:04 422

SINGAPURA, 22 November 2019 /PRNewswire/ -- Pareto International, platform pembinaan kekayaan yang berpangkalan di Singapura yang sebahagian besarnya menumpu pada perdagangan tukaran asing (Forex) menawarkan perkhidmatan kepada pelabur untuk melindungi pelaburan mereka daripada sebarang krisis kewangan yang mungkin berlaku.

Mengikut pengalamannya, Pareto berkata bahawa pasaran saham biasanya memainkan peranan yang besar dalam portfolio pelabur semasa tempoh turun naik yang rendah. Walau bagaimanapun, semasa berlakunya kemelesetan ekonomi, ia menyatakan bahawa pelabur bermatlamat untuk berpegang kepada aset yang lebih cair apabila kadar turun naik kembali ke pasaran ekuiti, mengakibatkan kejatuhan harga saham. Ini juga boleh berlaku terhadap saham cip biru dengan pendedahan pasaran yang tinggi.

"Sebaliknya, Forex tidak terjejas oleh ekonomi. Kami mendagangkan satu mata wang ke atas mata wang yang lain dan kami boleh berdagang dalam sebarang arah, tidak seperti saham. Bahkan, kemelesetan adalah bagus untuk pasaran Forex kerana ketaktentuan pasaran amat bermanfaat kepada pedagang Forex yang berpengalaman. Ini memberi lebih banyak peluang kepada pedagang untuk masuk dan keluar dari pasaran dan dapat memberi hasil keuntungan yang lebih tinggi," kata Ryan Ng, Prinsipal, Ketua Pedagang Pareto International.

Pareto tawar operasi perdagangan telus

Matlamat utama Pareto adalah untuk membantu individu biasa menjana sumber pendapatan tambahan melalui pelbagai jenis produk dalam industri kewangan, teknologi kewangan, teknologi pintar dan juga kecerdasan buatan. Sebagai platform pembinaan kekayaan, Pareto menghubungkan pelabur kepada beberapa peluang pelaburan yang paling menarik di seluruh dunia.

Di Asia Tenggara, tumpuan utama syarikat adalah terhadap Perdagangan Pengurus Berbilang Akaun Forex. Melalui sistem perdagangan yang sangat konservatif, pedagang Pareto berupaya untuk sentiasa menjana margin keuntungan yang kompetitif setiap bulan untuk pelanggan mereka. Ini dapat dicapai menerusi penggunaan sistem digital telus yang dilengkapi bersama pasukan kakitangan khidmat pelanggan yang berdedikasi, yang membimbing pelabur mereka dengan lancar bermula daripada pengenalan produk, peruntukan pelaburan sehinggalah proses pengeluaran.

Di sini, pelanggan akan terlebih dahulu diarahkan untuk mendaftar akaun perdagangan mereka sendiri dengan broker pihak ketiga dan memasukkan dana melalui pemindahan bank bagi memastikan sumber dana disahkan dengan pematuhan yang ketat menurut peraturan KYC, AML/CTF. Pareto tidak mempunyai akses kepada dana pelanggan memandangkan ia disimpan dalam akaun bank berasingan oleh broker bagi memastikan agar semua dana digunakan untuk tujuan perdagangan sahaja.

Sekiranya mana-mana syarikat menutup perniagaan lantaran keadaan yang tidak dapat dielakkan, dana ini akan disekat dan dipulangkan sewajarnya kepada pelanggan.

Dengan terdapatnya peningkatan permintaan, Pareto merancang untuk meluaskan operasinya dan berada di setiap bandar raya utama dalam rantau APAC ini menjelang Disember 2020.

Latar Belakang Pareto International 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Pareto International ialah platform pendidikan kekayaan, pembinaan kekayaan dan perangkaian semua dalam satu, menampung keperluan kedua-dua pelanggan korporat dan runcit. Pada masa kini, ia mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, Kuala Lumpur. Sepanjang tahun-tahun pembentukannya, syarikat memberi tumpuan pada pengiklanan dan penstrukturan IPO dalam pasaran modal AS serta pelaburan dalam syarikat-syarikat swasta dalam sektor perubatan, pertanian, Teknologi Kewangan (Fintech) dan kewangan.

Pengembangannya ke Asia Tenggara dan penceburan dalam perdagangan Forex sebahagian besarnya adalah hasil daripada pempelbagaian risiko dalam pendedahan kewangan dan bidang kuasa. Semasa tempoh inilah Pareto membina rangkaian luas pedagang profesional dan pakar IT untuk membangunkan strategi perdagangan merentas pelbagai kelas aset dengan nisbah risiko kepada faedah yang paling tak simetri.

Selepas menguji secara menyeluruh strategi perdagangannya yang memperoleh pulangan tinggi yang konsisten, syarikat memutuskan unutk membuka perkhidmatannya kepada pelabur runcit dengan menggunakan sistem perdagangan MAM, yang pada dasarnya membolehkan pelanggan untuk "menyalin" strategi perdagangan pasukan Pareto. Jurucakap Pareto En. Ryan Ng memberitahu kami "Wang tiada nilainya sekiranya kita tidak menjadikan kehidupan orang lain lebih baik. Dalam masyarakat hari ini, setiap hari seseorang memperoleh gaji yang hampir tidak dapat mengatasi inflasi. Kami ingin membantu orang ramai, kami ingin orang ramai mengambil inisiatif untuk memperbaiki kehidupan mereka, kami ingin menyampaikan apa yang kami telah pelajari dan memberi orang ramai kebebasan kewangan yang diperlukan untuk pertumbuhan peribadi."

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191119/2647205-1LOGO?lang=0

Source: Pareto International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services