omniture

ZTE jalin kerjasama dengan KDDI perkenal telefon pintar 5G baharu di Jepun

ZTE Corporation
2020-03-25 02:38 536

SHENZHEN, China, 25 Mac 2020  /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia antarabangsa utama bagi penyelesaian telekomunikasi, perusahaan dan teknologi pengguna untuk Internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan siri produk baharu ZTE a1 di Jepun, dengan kerjasama pengendali tempatan yang terkemuka KDDI pada tahun 2020. Telefon pintar 5G baharu ini akan serasi dengan kedua-dua mod SA dan NSA, menampilkan paparan 6.5-inci, sistem rakaman kuad AI dan kamera swafoto 32MP.

ZTE a1
ZTE a1

Dalam era 5G, kedua-dua pihak akan berganding bahu bagi membangunkan telefon pintar 5G bertumpu pengguna dalam usaha untuk memenuhi tuntutan peribadi yang baru muncul daripada kalangan pengguna tempatan di samping penggunaan rangkaian 5G di Jepun. Pada tahun 2020, ZTE akan melancarkan hampir 10 telefon pintar 5G di seluruh dunia dan sejumlah lebih 15 peranti terminal 5G.

Selain daripada KDDI, ZTE turut bekerjasama dengan SoftBank di Jepun untuk melancarkan ZTE Axon 10 Pro 5G pada bulan Mac 2020. ZTE Axon 10 Pro 5G telah disediakan di lebih 10 buah negara pada skala global dan diiktiraf sebagai telefon pintar 5G pertama yang disediakan secara komersial di Eropah Utara, Timur Tengah dan juga China.

"ZTE komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pengendali, pengguna perusahaan dan pengguna dalam berbilang senario perkhidmatan serta memperkasa beratus-ratus industri menerusi portfolio peranti terminal 5G yang lengkap," kata Xu Feng, Naib Presiden Kanan ZTE Corporation dan Presiden Bahagian Peranti Mudah Alih. "Kami menjalin kerjasama yang erat bersama pengendali-pengendali yang terkemuka di seluruh dunia, termasuk KDDI dan SoftBank bagi mengetahui dan memenuhi keperluan sebenar pengguna dalam pasaran tempatan."

Susulan pelancaran telefon pintar 5G baharu ZTE Axon 11 5G di China pada 23 Mac, ZTE telah memperluaskan lagi portfolio produknya serta kehadiran globalnya dalam segmen peranti terminal 5G. Setakat ini, ZTE telah menjalin kerjasama dengan lebih 30 pengendali global dalam bidang terminal 5G.

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi, peranti mudah alih, dan penyelesaian teknologi perusahaan termaju kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung-ke-hujung bersepadu untuk menyampaikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 buah negara.

Setakat ini, ZTE memperoleh 46 kontrak 5G komersial dalam pasaran-pasaran utama, seperti Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika (MEA). ZTE memperuntukkan 10 peratus pendapatan tahunannya kepada penyelidikan dan pembangunan serta mengambil peranan kepimpinan dalam organisasi penetap standard antarabangsa.

Hubungan Media: 

Margaret Ma
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189 
Emel: ma.gaili@zte.com.cn

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200324/2759197-1?lang=0

 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services